Memiliki tubuh badan yang cantik dan jelita merupakan sebuah impian setiap wanita.
Pelakon, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas misalnya ada memaklumkan berita gembira bersama peminatnya di akaun Instagram miliknya.
Kongsi pelakon berusia 27 tahun itu, dia telah berjaya menurunkan berata badan sebanyak 2kg dalam masa seminggu.
“Swimming is the best cardio. I’ve lost 2kgs in a week! Korang suka buat activiti apa during free time? Cycling ? Hiking?,” tulisnya.
Lantas, perkongsian bintang kelahiran Pulau Pinang ini mendapat pujian daripada peminat.
Rata-rata peminat berasa kagum melihat Ruhainies yang menjaga kesihatan.
Wah! Patutlah Ruhainies sentiasa kelihatan cantik dan jelita, rajin bersenam rupanya!
Foto : Instagram Ruhainies