Penyanyi, Khai Bahar menjelaskan dirinya terpaksa bersuara bagi menjawab tuduhan melampau yang mendakwanya berseronok dengan rakan lelaki songsang di Langkawi ketika ibunya, Rosnah Muhammad sedang sakit sebelum meninggal dunia pada 2 Januari lalu.

Menurut Khai atau nama sebenar, Muhammad Khairul Baharuddin, dia jadi hilang sabar kerana perkara tersebut turut melibatkan nama baik ibunya.

“Saya Hilang Sabar Kerana…,” – Didakwa Bercuti Dengan Rakan ‘Songsang’, Khai Bahar Maafkan Individu Sebar Fitnah

“Saya bercuti di Langkawi bersama empat orang rakan baik. Kami sekampung lagi. Semua bekerja di Kuala Lumpur dan kami selalu bercuti bersama.

“Tiba-tiba, ada pula individu seperti paling tahu saya keluar dengan siapa. Bila dia cakap perkara yang tidak betul, itu yang buatkan saya marah.

“Sebelum ini, ada lagi dakwaan yang lebih dasyat tapi tak bersuara kerana bagi saya ia tidak penting. Kali ini, saya hilang sabar karana ia membabitkan arwah ibu saya.
Siap kata mak terlantar tapi saya pergi berseronok pula.

“Mak saya tak terlantar. Keadaan dia sudah memang begitu. Sedangkan adik beradik saya di rumah pun tak sempat melihat ibu buat kali terakhir,” katanya kepada MH.

Ads

Khai berkata sedemikian ketika ditemui pada sidang media pengumuman Top 5 Gempak Most Wanted Awards 2023 di Dadi Cinema Pavilion, Kuala Lumpur pada Rabu.

“Saya Hilang Sabar Kerana…,” – Didakwa Bercuti Dengan Rakan ‘Songsang’, Khai Bahar Maafkan Individu Sebar Fitnah

Pada masa sama, penyanyi lagu Oh Wanita ini juga terkilan apabila isu ini secara tidak langsung telah menjejaskan nama baik rakannya itu.

“Orang terdekat yang mengenali saya pasti tahu saya berkawan dengan siapa. Saya jenis yang berkawan dengan semua orang. Saya berhak memilih siapa kawan saya.

Ads

“Kalau nak buat dakwaan fasal saya, kenapa tak kongsi gambar saya? Kenapa kongsi gambar kawan saya? Secara tidak langsung kawan saya yang menerima tempiasnya.

“Sampai keluarga dia pun terkesan,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, Khai mendedahkan dirinya sudah pun memaafkan individu tersebut dan enggan memanjangkan lagi hal ini.

Ads

“Saya Hilang Sabar Kerana…,” – Didakwa Bercuti Dengan Rakan ‘Songsang’, Khai Bahar Maafkan Individu Sebar Fitnah

“Saya maafkan individu yang membuat cerita tersebut. Kalau dakwaan tersebut benar, saya akan iyakan. Tapi ia jelas sekali tidak benar.

“Mungkin saya perlu perbaiki hubungan dengan orang sekeliling. Saya pun tak tahu apa salah silap saya pada orang lain. Rasanya saya tiada buat salah.

“Saya akan cuba perbaiki diri dan menjadi lebih baik. Doakanlah saya. Saya tak nak besarkan lagi hal ini. Cukuplah sekali saya bersuara,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Khai Bahar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI