Pelakon Sharnaaz Ahmad berpandangan nama-nama besar yang mempunyai pengalaman luas di dalam industri seni tanah air seharusnya memanfaatkan peluang yang ada untuk mencungkil pelapis demi melahirkan penggiat seni berkualiti.
Kenyataan tersebut dipercayai sebagai respon Sharnaaz terhadap pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi susulan isu viral baru-baru ini.
Menurut Sharnaaz, industri seni ketika ini sedang mengalami krisis ketandusan bakat baru sebagai pengganti kepada pelakon berbakat sedia ada yang rata-ratanya sudah berusia.
“Dengar kata Pak Nil, budak baling kek tu semua dibayar untuk buat konten dia. Katanya tiada orang nak bantu akak tu masa dia buat prank tu. Itulah motif dia nak bagi kesedaran kepada kita.
“Allahuakbar Pak Nil, saya sangat menghormati Pak Nil dalam industri tapi kalau nak lahirkan kaki viral di Malaysia, elok lagi lahirkan anak-anak seni berbakat dalam lakonan dan seni tanah air. Bukan viral sampah ni.
“Malaysia kurang pelakon berbakat yang tinggal semua kuda tua dan yang muda dah macam hmm. Nak cakap pun tak sampai hati,” tulisnya.
Ads
Luahan tersebut disuarakan pelakon filem Jebat itu menerusi sebuah hantaran di Instagram stories.
Katanya lagi, sekiranya program-program pencarian bakat baru ini tidak diberikan penekanan terutamanya daripada pihak stesen televisyen, industri seni tanah air sudah pasti akan jauh ketinggalan.
“Aku dah 37 tahun. Tak lama dah dalam industri. Kalau beginilah industri kita, sumpah, sampah yang dilahirkan untuk mewakili seni tanah air.
“Tapi kalau beginilah, dengan station pun mencangak nak juga sibat-sibat viral ni penuhkan drama dan rancangan.
Ads
“Padahal bakat palabana pun takdak. Mana kualititi? Mana zaman ‘hang kena ada bakat?’,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, bapa kepada seorang cahaya mata itu mendedahkan dia juga teringin untuk melihat seni tanah air dipenuhi dengan pelakon yang kaya dengan bakat dan bukan hanya menjual rupa semata.
“Ni ada pula kata, rupa ada bakat boleh latih. Aku teringin nak tengok bakat-bakat baru yang power dalam lakonan dan nyanyian.
Ads
“Bukan setakat muka Korea dan heroin melentik. Cute-cute terus artis nombor satu tanah air. Okay ni aku tahan dua tahun,” akhirinya.
Semalam, tular di media sosial sebuah video prank yang memaparkan aktiviti seorang individu yang mencampakkan kek ke muka seorang wanita.
Video tersebut nyata mengundang reaksi pelbagai banyak pihak.
Bagaimanapun, pemilik video berkenaan telah pun membuat penjelasan sebenarnya ia hanyalah lakonan semata-mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri awal hari ini ada berkongsi video sedang menemani isterinya, Datin Seri Nur Shahida mengikuti sesi imbasan anak kelimanya di sebuah klinik kesihatan.
Bakal melahirkan cahaya mata bongsu tidak lama lagi, Aliff menerusi video yang dikongsi antara lain turut bertanya mengenai jantina anaknya kepada doktor yang sedang melakukan pemeriksaan.
Aliff turut mendoakan agar proses bersalin isteri dipermudahkan.
“Melayan wife abang untuk berjumpa dengan doktor sebelum bersalin pada bulan ini… walaupun abang sibuk tapi abang yakin memori ini abang akan kenang sampai bila bila.. sebab tu abang buat video dan nama simpan dekat YouTube tv Telajak laris.
“Ya Allah ya Tuhanku kau permudahkan lah segala usahaku pada tahun ini … dan murahkanlah rezeki aku tahun ini.. Allah menduga saya dengan kehilangan abah saya😥dan Allah berikan hadiah anak yang bakal lahir ke dunia ini yang tak disangka,” tulisnya.
Pada masa sama, Aliff juga akui tidak mahu tahu akan jantina anak yang bakal dilahirkan, sebaliknya mahu mendoakan yang terbaik dalam perniagaan kerana pasang impian untuk membawa jemaah ke tanah suci bagi menunaikan umrah.
“Abang sengaja tidak mahu tahu apakah jantina anak abang kali ini..sbb abg dah byk anak… abg dah ada segalanya .. suit bukan keutamaan abg.. Misi dan visi abang untuk perniagaan abang @as.legacymalaysia
“Nak menggunakan duit dan jangan abang ke jalan Allah dan nak jadikan semua orang yang bersama abang berjaya dan juga kaya sebab tahun depan abang berniat nak hantar lebih daripada 30 orang ke 100 seorang ke umrah,” tulisnya panjang lebar.
Perkongsian tersebut sudah pun ditonton hampir 200,000 kali setakat ini dan versi penuhnya pula boleh ditonton di saluran YouTube usahawan terbabit.
Terdahulu, pasangan usahawan selebriti ini telah berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi serta menjaga seorang anak angkat.
Foto: Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan hos, Lisa Surihan mengisi masa di rumah dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuat kuasa di seluruh negara sejak beberapa hari lalu.
Lalu, sebagai menyahut cabaran #dudukrumahchallenge, bintang filem Ular itu dilihat turut mengisi masa dengan membaca atat suci suci al-Quran.
Jelas bintang berusia 34 tahun itu, ahli keluarga dan rakan-rakan turut memberikan galakan meski baginya, bacaan yang dialunkan belum cukup sempurna.
“#dudukrumahchallenge kerana bacaan ku tk sempurna. But my dear sisters (the khadijahs) and friends keep encouraging. Dia galakkan. “Daripada tk buat langsung, Lisa?”
“Moga istiqomah. Dgn doa, Ya Allah, rahmatilah kami dgn Al-Quran, Jadikan lah ia sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, Ingatlah kami pada apa yang terlupa, ajarkanlah apa yang tidak diketahui.
“Kurniakanlah kami dapat membacanya siang dan malam. Jadikan ia perisai kami, wahai Tuhan semesta alam,” tulisnya pada entri yang memperlihatkan permata hati turut setia berada di sisi.
Azizul Ammar atau lebih dikenali sebagai Ammar Titan ada membuat kejutan buat isteri tersayang, Amalina Jamil baru-baru ini.
Pelakon dan pelawak berusia 33 tahun itu menghadiahkan mesin pembuat kopi dan video penuh kejutan yang dibuat boleh ditonton menerusi saluran YouTubenya, Armadaammar.
“Video ini khas untuk isteri saya, yang telah banyak berkorban untuk keluarga kami. Mami, i love you so much,” katanya pada awal rakaman.
Turut dikongsikan menerusi IG TV, kelihatan ibu kepada seorang cahaya mata itu terkejut dengan pemberian berkenaan sehingga menitiskan air mata.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, rata-rata peminat serta rakan selebriti memuji pendirian Ammar yang tidak kedekut dengan isteri.
Malah, ramai juga yang mendoakan agar dia sekeluarga dimurahkan rezeki kerana tak lokek demi kebahagiaan dalam rumah tangga.
Sekadar info, Ammar atau nama sebenarnya, Azizul Ammar Abu Hassan yang mulai dikenali menerusi program realiti, Bintang Mencari Bintang bersama kumpulan Titan mendirikan rumah tangga bersama isterinya, lebih tiga tahun lalu.
Pasangan ini turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Airis Aisyah.
Tonton video penuhnya di sini;
Foto: Instagram Azizul Ammar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!