Penyanyi Nikki Palikat mendedahkan dia mendapat tawaran untuk menyanyikan lagu Sudah ketika mula-mula dirinya terlibat dengan program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Nikki menggantikan Allahyarhamah Siti Sarah sebagai penyanyi single tersebut sekaligus mendapat reaksi positif peminat.

Mengimbau kembali perjalanannya merakamkan lagu berkenaan, Nikki akui arwah mengimpikan ia untuk lolos ke Anugerah Juara Lagu (AJL).

“Saya Ikat Tangan, Bungkus Diri Dalam Comforter Sambil Menyanyi,” – Ini Cara Nikki Palikat Ambil Mood Demi Lagu Sudah “Saya Ikat Tangan, Bungkus Diri Dalam Comforter Sambil Menyanyi,” – Ini Cara Nikki Palikat Ambil Mood Demi Lagu Sudah

“Ketika masih peringkat awal GV8, pihak Indigital datang kepada saya dengan lagu ini. Mula-mula dengar lagu ini dan kita tahu cerita di sebaliknya, macam-macam perasaan ada.

“Arwah target untuk AJL dan tambahan pula Naim Daniel yang tulis. Jujurnya, saya agak nervous. Tapi, bila dilihat semula, saya yakin boleh bawakan lagu ini kerana saya ingin menceritakan kepada masyarakat dan juga peminat tentang kisah yang terkandung dalam karya yang indah ini,” katanya.

Ads

Pemenang tempat kedua GV8 itu menambah, dia ingin menyambung hasrat Sarah dan akan cuba sehabis baik untuk membawa lagu tersebut ke pentas AJL.

“Demo lagu ini dah ada dah, tinggal ke studio untuk masukkan vokal sahaja. Tapi tak ada rezeki dia. Jadi, bila saya dapat lagu ini dan Shuib pun merestui, saya rasa ini adalah tanggungjawab saya untuk tunaikan hasrat Sarah sampai ke AJL,” katanya lagi.

“Saya Ikat Tangan, Bungkus Diri Dalam Comforter Sambil Menyanyi,” – Ini Cara Nikki Palikat Ambil Mood Demi Lagu Sudah

Ads

Ibu kepada seorang cahaya mata ini turut mempunyai cara sendiri di dalam menghayati bait-bait lirik lagu berkenaan.

“Lagu ni memang kuat dan saya tidak mahu menyanyi macam lagu balada biasa. Dalam masa sama saya tak nak tayang vokal semata-mata. Saya banyak buat eksperimen sebab saya kan anak teater.

“Saya ikat tangan, bungkus diri dalam comforter sambil menyanyi. Hal ini kerana saya nak tengok hasil dia macam mana dan adakah rutin itu akan beri impak pada nyanyian.

Ads

“Cara saya sampaikan lagu ini juga bukan sekadar menyanyi. Ada part yang saya seperti bercakap dan mengeluh sebab saya mahu ekspresikan perasaan putus harapan itu. Putus sampai tiada tenaga nak berkata-kata,” katanya lagi.

“Saya Ikat Tangan, Bungkus Diri Dalam Comforter Sambil Menyanyi,” – Ini Cara Nikki Palikat Ambil Mood Demi Lagu Sudah “Saya Ikat Tangan, Bungkus Diri Dalam Comforter Sambil Menyanyi,” – Ini Cara Nikki Palikat Ambil Mood Demi Lagu Sudah

Lagu dan muzik video Sudah kini boleh distrim di semua platform digital bermula 25 Mac lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI