Hazelina Mat Jalil iaitu ibu kepada penyanyi, Aiman Tino tampil memohon maaf kepada netizen atas hal yang berlaku baru-baru ini, yang turut melibatkan anaknya itu.

Dia yang mesra disapa Riena turut memaafkan semua pihak yang mengecam, mengharapkan agar perkara yang berlaku sebelum ini tidak mempunyai sebarang ‘dakwa mendakwa’ di akhirat kelak.

“Saya Ingin Memohon Maaf Kepada Netizen Yang…,” – Moga Tiada ‘Dakwa Mendakwa’ Di Akhirat, Ibu Aiman Tino Jernihkan Keadaan“Assalamualaikum, saya Riena, di sini saya ingin memohon maaf kepada netizen, yang mengecam saya dan anak saya, saya juga maafkan kamu semua semoga tiada dakwa mendakwa di akhikat kelak.

“Alhamdulillah terima kasih kepada yang memberi nasihat, pendapat dan semangat,” tulisnya menerusi satu status yang dikongsi melalui Insta Story.

Riena turut berterima kasih kepada mereka yang menitipkan nasihat sepanjang kemelut yang berlaku.

Ads

“Terima kasih syukur dapat kenal anda semua,” tulisnya lagi.

Sementara itu menerusi platfrom sama, Riena ada memuat naik beberapa foto bersama anak serta kedua ibu bapanya dengan mengucapkan kata sayang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Riena yusri (@yusririena)

Ads

Malah menerusi salah satu fotonya bersama Aiman, penyanyi tersebut dilihat turut memberikan respon sama.

“Saya Ingin Memohon Maaf Kepada Netizen Yang…,” – Moga Tiada ‘Dakwa Mendakwa’ Di Akhirat, Ibu Aiman Tino Jernihkan Keadaan

Ads

Terdahulu, Riena menerusi Instagram meluahkan perasaan terkilan dengan Aiman yang didakwa berubah sehingga mengabaikan kerjaya seni selain memberi bayangan hidup anaknya itu dikongkong seorang wanita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Riena yusri (@yusririena)

Namun, Aiman kemudiannya tampil memohon maaf dan mengakui kesilapannya yang mendakwa ia hanya salah faham dan berpunca daripada khilafnya sendiri.

Foto: Instagram Hazelina, Aiman Tino

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI