Wanita yang dikaitkan dengan pergolakan rumah tangga pelakon, Hafidz Roshdi, 29, iaitu Athira Yuhada memohon maaf kepada isteri Hafidz, Nurul Shuhada Mat Shukri dan dua anak mereka, Humairah dan Umar.
Perkara itu dikongsikan Athira menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, awal malam tadi.
“Assalamualaikum, saya Athira Yuhada. Saya memohon maaf kepada Shuhada, Humairah dan Umar dengan seikhlas hati.
“Apa yang saya lakukan ini mementingkan diri sendiri. Selepas Hafidz cuba menghubungi saya sejak sembilan tahun lalu, saya cuba sehabis baik untuk mengelak banyak kali.
“Namun, akhirnya perkara ini berlaku susulan mengetahui keadaan kesihatan mentalnya yang membuatkan saya simpati dan ingin menyokong apa yang dilaluinya.
“Saya akui saya insan yang lemah dan bodoh apabila hanyut dalam situasi ini,” tulis Athira.
View this post on Instagram
Wanita tersebut bagaimanapun menegaskan hubungannya dengan pelakon tersebut sudah lama berakhir.
“Saya sudah lama tidak berhubung dengan dia dan tidak akan berlaku lagi. Saya dengan rendah diri ingin sekali lagi memohon maaf kepada Shuhada, Humairah dan Umar,” luahnya lagi.
Hantaran serupa turut dikongsikan di Insta Story.
Terdahulu, identiti wanita yang dipercayai ada kaitan dengan situasi rumah tangga Hafidz terbongkar menerusi satu hantaran yang tular di media sosial.
Hantaran tersebut memaparkan tangkap layar finalis Hero Remaja sezaman Fattah Amin itu berbalas mesej dengan wanita menerusi WhatsApp yang turut terpapar sekeping foto wanita.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI