Pelakon Azhar Sulaiman tampil memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung susulan pendapat peribadinya berhubung isu tular melibatkan pendedahan seorang pelakon remaja, baru-baru ini.
Azhar menerusi Instagram hari ini bagaimanapun turut membariskan lima perkara yang menjadi pendiriannya iaitu;
“Salam Jumaat Semua……
Saya ingin mohon maaf kepada semua yang marah sangat kepada saya sejak dua tiga hari ni.
Apapun saya berpegang kepada:-
1-“Wajib bagi seorang Islam untuk menjaga Aibnya sendiri & Orang lain” – Ustaz Azhar Idrus.
2-”Regardless you Agama apa,it is a smart thing Not To Share Your Family Secret Openly” – Mami Azhar Sulaiman
3-When it comes to masalah maruah diri dan keluarga, selesaikan ia mengikut cara yang betul.
4-Aqish Uncle Har cares and love you and im sorry i have hurt your feelings.
5-Semoga Segala Urusan Aqish & Family Akan Allah swt permudahkan.
The End,” tulisnya.
View this post on Instagram
Terdahulu, Azhar menerusi platform sama memberikan respons selepas menonton video temu bual bintang remaja terbabit bersama sebuah saluran YouTube yang disifatkan tidak mendatangkan kebaikan.
Memilih untuk tidak menontonnya secara penuh, aktor berusia 50 tahun ini turut mempersoalkan adakah tiada pihak yang menasihati pelakon itu sebelum membuat pendedahan berkenaan selain merasakan aib keluarga perlu dijaga.
Hantaran tersebut bagaimanapun sudah dipadam Azhar.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI