Selepas berahsia mengenai keadaan kesihatannya, penyanyi Azharina mengesahkan dirinya telah didiagnos mengidap kanser dan perlu menjalani pembedahan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Azharina masih belum dapat berkongsi jenis kanser yang dihidapinya memandang masih perlu menjalani pemeriksaan susulan.

Menurut penyanyi lagu Elergi Sepi ini, dia sepatutnya menjalani dua prosedur pembedahan besar namun terpaksa ditangguhkan disebabkan beberapa komitmen kerja yang harus diselesaikan.

“Saya Insan Biasa, Sudah Tentu Menangis,” – Hidap Kanser, Emosi Azharina Terganggu

“Saya didiagnos kanser tetapi belum boleh dikongsi kerana masih menunggu keputusan yang tepat dalam tempoh dua minggu lagi.

“Sepatutnya saya menjalani pembedahan mengurangkan berat badan minggu depan tetapi terpaksa ditangguhkan kerana ada beberapa kerja yang perlu dilunaskan.

Ads

“Pembedahan itu terpaksa dilakukan atas nasihat doktor akibat masalah kesihatan memandangkan saya suka makan. Satu lagi pembedahan pula melibatkan kanser yang masih belum dikenali pasti,” katanya kepada MH.

“Saya Insan Biasa, Sudah Tentu Menangis,” – Hidap Kanser, Emosi Azharina Terganggu

Azharina berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media pelancaran single terbaharu berjudul Realiti duet bersama Kozea yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.

Pada masa sama, Azharina memberitahu dia mengambil keputusan menangguhkan pembedahan berkenaan kerana ia memerlukan proses pemulihan yang panjang.

Ads

“Saya Insan Biasa, Sudah Tentu Menangis,” – Hidap Kanser, Emosi Azharina Terganggu

Tidak hanya kanser, Azharina memberitahu dia juga menderita penyakit diabetes sejak dua tahun lalu.

Dalam pada itu, Azharina akui ada kalanya emosinya terganggu namun dia harus kekal positif untuk kembali sihat seperti sedia kala.

Ads

“Saya juga insan biasa, kalau sakit tentulah akan menangis. Biasanya saya akan dengar lagu-lagu galau untuk redakan perasaan.

“Tetapi saya selalu ingatkan perlu positif demi anak-anak dan pekerja. Apa pun yang terjadi hidup tetap perlu diteruskan.

“Saya kena tempuh ujian ini walaupun perit dan menyakitkan,” katanya.

Sebelum ini menerusi satu temu bual podcast, Azharina memberitahu dia menghidap penyakit misteri selepas mengalami pendarahan teruk semasa berada di rancangan realiti All Star Gegar Vaganza (ASGV) pada 2023.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI