Berita

“Saya Jadi Murung, Kepala Pusing & Berat Susut 20 Kg,” – Rugi RM2 Juta! Ezan Ithnin Hampir Nak Terjun Bangunan Sebab Kawan Baik?

Share

Usahawan Ezan Ithnin mengakui dia hampir mahu mengambil nyawa sendiri selepas tertekan kerana dikatakan telah ditipu kawan baik sendiri.

Dakwa Ezan, insiden tersebut berlaku sekitar tahun lalu dan individu berkenaan dipercayai pernah bekerjasama di dalam bisnes yang diusahakannya.

“Nama pun kawan baik. Jadi segala-galanya dikongsi bersama. Ini kerana dalam berkawan, saya niat ikhlas kerana Allah, ingin sama-sama berjaya.

“Tapi itulah, buat baik belum tentu dibalas baik. Bukanlah saya mengharapkan balasan dalam, tapi janganlah mengkhianati sehingga membuatkan saya jatuh terduduk dengan kerugian keseluruhan sebanyak RM2 juta.

“Jumlah ini merujuk kepada beberapa kali saya ditipu oleh kawan yang berlainan. Rasa kecewa, terkilan dan saya hampir mahu bunuh diri kerana terlalu stres.

“Saya jadi murung, kepala berpusing-pusing dan berat badan susut sebanyak 20 kilogram. Malah, kerap kali ada suara berbisik kepada saya agar terjun dari bangunan pejabat yang tinggi untuk hilang stres.

“Saya mengucap panjang. Alhamdulillah, Allah gerakkan hati saya untuk tidak melakukan dosa besar itu,” katanya.

Usahawanita itu bagaimanapun menambah, dia tidak berniat mahu membongkar kisah lama, tetapi hanya mahu berkongsi agar berhati-hati dalam berkawan.

“Kesannya memang cukup terasa. Hingga kini saya memang susah nak percayakan orang lain, meskipun hari-hari berjumpa.

“Malah, saya jadi trauma untuk ada kawan baharu kerana pengalaman tersebut.

“Ada yang cakap saya ni ‘kera sumbang’ atau anti sosial kerana kurang bergaul. Saya dah tak kisah apa tanggapan orang, kerana pengakhirannya nanti saya juga yang merana. Cukup-cukuplah kena tipu,” katanya lagi.

Berbekalkan semangat baharu, Ezan menerusi syarikatnya MYG Group Holding Sdn Bhd, kini sedang aktif mengusahakan bisnes berkaitan teknologi, produk pelancongan dan teknologi dalam pendidikan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

“Manusia yang paling baik adalah manusia yang bermanfaat kepada orang lain. Semoga dengan niat baik ini, saya akan terus dimurahkan rezeki dan dikelilingi oleh insan-insan yang baik,” katanya lagi

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH