Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana mendedahkan dia menerima keputusan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada Jumaat yang menolak permohonan dua individu untuk membatalkan saman fitnah yang difailkan bintang tersebut, Julai tahun lalu.
Siti Nordiana Alias atau Nana, 37, bagaimanapun belum boleh memberikan komen secara terperinci kerana proses selanjutnya masih berjalan.
“Keputusan tersebut saya terima semalam (Jumaat) daripada peguam saya. Ini adalah keputusan pertama dan saya difahamkan masih ada lagi beberapa permohonan lain daripada pihak sana.
“Yang pertama ini sudah dapat jawapan, ditolak. Keputusan yang diputuskan mahkamah, itulah dia. Apa pun saya serahkan segalanya kepada prosedur perundangan,” katanya kepada MH.
Nana berkata demikian ketika ditemui ketika siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak ELL yang berlangsung di Paradigm Mall, Johor Bahru, pada Sabtu.
Ditanya perkembangan dirinya susulan kes mahkamah yang masih berjalan, Nana akui dia memilih untuk meneruskan kehidupan seperti sebelumnya.
Ads
“Saya jalankan hidup macam biasa. Walaupun mungkin proses ini ambil masa yang lama, tapi tak mengapa, saya okay saja. Hidup dengan cara sendiri.
“Kalau dipanggil untuk perlu hadir ke mahkamah, saya akan hadir. Begitulah, ” katanya lagi.
Terdahulu media melaporkan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan dua individu untuk membatalkan saman yang difailkan Nana terhadap mereka, berhubung dakwaan memfitnahnya di platform media sosial Instagram.
Dua individu itu ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music Sam Musyadzafar Samin, 44, dan jurusolek artis bebas Razidah Ahmad Senusi, 43.
Ads
Perkara itu dimaklumkan peguam Abang Azlan Abang Ariffin yang mewakili Nana selaku plaintif selepas prosiding kes secara dalam talian di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Dr. John Lee Kien How @ Mohd.Johan Lee.
Menurut peguam itu, mahkamah turut memerintahkan kedua-dua defendan tersebut membayar kos RM3,000 kepada Siti Nordiana.
“Mahkamah menolak permohonan itu atas alasan antaranya terdapat asas fitnah dalam pernyataan tuntutan plaintif. Tarikh 27 September ini ditetapkan untuk pengurusan kes, seterusnya,” kata peguam tersebut yang dipetik.
Ads
Terdahulu Sam Musyadzafar dan Razidah masing-masing merupakan defendan keempat dan kelima telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman tersebut pada 24 Januari lalu.
Pada prosiding sama, Sam Musyadzafar diwakili peguam Zeti Zulfah Zulkifli @ Hassan manakala Razidah diwakili Muhammad Aliff Haiqal Roslan.
Selain kedua-dua defendan itu, Siti Nordiana turut menyaman Lan Solo atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36, isterinya Nur Sheila Hassim, 36, dan Zuraidah Badron, 35, atau lebih dikenali sebagai Syura, selaku defendan pertama sehingga ketiga.
Menerusi pernyataan tuntutan yang difailkan pada 30 Julai 2021, Siti Nordiana mendakwa pada 20 Julai tahun lepas kira-kira 11.58 malam, melalui siaran langsung yang dikendalikan oleh Nur Sheila dan disertai empat defendan lain menerusi akaun Instagram masing-masing telah menyiar, mengeluar serta menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Abu Sufyan Muhammad Mokhtar Rozaidi atau sinonim dipanggil PU Abu menafikan dirinya tidak lagi tinggal serumah dengan isteri, Hana Azraa yang baru dikahwininya.
PU Abu menyifatkan apa yang didedahkan Hana tidak benar memandangkan dia hanya ke Kuala Lumpur selama dua tiga hari atas urusan kerja.
“Kami masih suami isteri. Kami masih sebumbung dan saya datang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja dan anak.
“Dakwaan Hana itu tidak benar kerana saya baru saja ke sini dua tiga hari,” katanya seperti yang dipetik MHE TV.
Terdahulu, penceramah bebas itu menjelaskan dakwaan isterinya itu sebagaimana yang dilaporkan yang mendakwa mereka sedang dalam proses perceraian.
Di samping itu, Hana Azraa seperti yang dipetik turut mendakwa suaminya itu tidak lagi di Kedah bagi menetap di Kuala Lumpur.
Sumber: MHE
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusoff meluahkan rasa berang selepas mendedahkan ada pihak yang cuba menyamar menggunakan suaranya di aplikasi video secara langsung di media sosial.
Menurutnya, ada individu yang didakwa menggunakan akaun palsu memandangkan dirinya langsung tidak mempunyai akaun Bigo mahupun Facebook.
Selepas kerap dilihat bersama ketika mengadakan sesi siaran langsung di platform media sosial, finalis Hero Remaja 2023, Evertts Gomes akhirnya membuka mulut mengenai hubungannya bersama salah seorang anggota Dolla iaitu Syasya.
Menurut Evertts, dia dan Syasya sekadar berkawan dan perkenalan mereka bermula selepas drama pendek lakonannya tular di media sosial.
“Kami hanya berkawan baik. Saya dan Syasya mula rapat ketika video lakonan saya viral di media sosial. Dalam video tersebut, saya berlakon menjadi peminat Syasya Dolla.
“Kamudian, bila kami mula bersembang, rupanya kami banyak persamaan. Kami makin selesa untuk berkawan. Tiada apa yang istimewa pun,” katanya kepada MH.
Anak jati Kota Kinabalu, Sabah ini berkata sedemikian sejurus pentas akhir, Hero Dewi Remaja 2023 baru-baru ini.
Evertts bagaimanapun mengakui tertarik dengan perwatakan Syasya yang lemah lembut bila berbicara.
“Saya selesa berkawan dengan Syasya kerana dia juga orang industri walaupun kami dalam bidang yang berbeza. Dia seorang penari dan saya juga pernah menjadi penari satu ketika dahulu.
“Saya suka cara dia bercakap. Sangat lemah lembut. Itu yang membuatkan saya tertarik,” katanya lagi.
Bagaimanapun, Evertts yang baru sahaja muncul menerusi telemovie, Crush Pilihan Mama tidak menolak andai dia dan Syasya berjodohan satu hari nanti.
“Buat mereka yang sering doakan kami, teruskanlah berdoa. Mana tahu satu hari nanti memang kami ditakdirkan untuk dijodohkan.
“Namun, kalau tiada jodoh, kami tetap akan berkawan. Anda akan tetap melihat kami sebagai satu pasangan duo,” ujarnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Evertts bersyukur kerana sudah menerima beberapa tawaran berlakon meskipun program Hero Dewi Remaja 2023 baru sahaja berakhir.
“Sejujurnya memang ada perasaan sedih apabila tak berjaya ke peringkat Q&A. Namun, tak mengapa sebab saya sudah buat yang terbaik. Ini bukan pengakhiran tapi baru permulaan.
“Saya juga bersyukur kerana saya sudah pun mempunyai beberapa tawaran berlakon pada tahun 2024. Telemovie lakonan saya juga baru sahaja ditayangkan.
“Penantian selama lapan tahun nyata membuahkan hasil. Akhirnya ada penerbit yang melihat bakat saya. Mungkin pertandiangan saya bukan di sini tapi di luar sana,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seorang bekas pelakon saluran YouTube popular Singapura Wah!Banana, Lev Panfilov, didapati bersalah atas empat pertuduhan termasuk rogol, serangan seksual dan cabul, dalam satu keputusan...