Selepas menerima kritikan banyak pihak susulan melakonkan babak yang dikatakan berunsur lucah, pelakon, Shukri Yahaya tampil membuat permohonan maaf.
Menurut Shukri, dia akui kesilapannya itu dan berjanji akan lebih berhati-hati dalam menjayakan sesuatu babak.
“Saya pun tak tahu ‘soft porn’ tu macam mana. Apapun, saya minta maaf. Apa yang terjadi itu adalah kesilapan saya sendiri.
“Ketika itu adalah hari pertama saya menjalani penggambaran dan saya sangat teruja.
“Saya juga mohon maaf kerana tidak memikirkan soal sensitiviti masyarat. Saya berjanji hal ini tidak akan berlaku lagi,” katanya kepada MH.
Shukri berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Layang-Layang Perkahwinan yang berlangsung di Restoran Rebung, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, bapa kepada dua orang cahaya mata ini akui tidak menyangka babak tersebut akan menjadi agak keterlaluan selepas siap disunting.
“Saya berterus terang sahajalah, saya ini tak suka membaca skrip. Bila di set, baru saya akan interpretasi dialog saya mengikut babak. Kebanyakkan drama pun saya buat begitu.
“Saya suka buat kejutan terhadap diri sendiri untuk babak yang akan saya lakonkan.
“Selepas babak itu siap disunting, ada terdetik juga rasa bersalah. Saya bayangkan babak itu biasa sahaja sebab hanya menunjukkan bahagian atas badan.
“Namum, bila sudah siap disunting, saya akui ia sensitif,” ulasnya lagi.
Katanya lagi, dia sebenarnya teruja kerana wataknya di dalam drama ini amat berbeza dengam drama-dramanya yang lain.
“Ramai yang pertikaikan saya selalu bawa watak lelaki bodoh atau menurut sahaja kata isteri. Dalam filem pula, saya kurang diberikan peluang untuk menunjukkan kreativiti saya.
“Jadi, saya anggap skrip Layang-Layang Perkahwinan ini sesuatu yang berbeza dan tak pernah saya buat. Bila saya cuba, rupanya watak tersebut masih belum boleh diterima ramai.
“Saya cuma nak buktikan yang diri saya mampu membawakan watak yang berbeza. Saya jadi teruja bila nak bawakan babak ini ketika hari pertama penggambaran. Sebab itu saya setuju sahaja.
“Apapun, saya tak menyesal. Hal ini pun dah berlaku. Sata terima sahaja,” akhirinya.
Terdahulu, tularnya rakan video memaparkan adegan Shukri yang sedang mandi sebelum didatangi Alya Iman yang masuk ke dalam bilik air.
Shukri yang tidak mengenakan baju kemudiannya bertindak menarik tangan Alya dan aktres tersebut memberikan senyuman.
Potongan video tersebut telah meraih perhatian ramai yang dilihat mengecam adegan dalam telefilem tersebut.
Terdahulu, tular rakaman video memaparkan adegan Shukri sedang mandi sebelum didatangi Alya Iman yang masuk ke dalam bilik air itu.
Shukri yang tidak mengenakan baju, kemudiannya bertindak menarik tangan Alya dan pelakon wanita itu memberikan senyuman.
Potongan video berkenaan cukup meraih perhatian ramai di media sosial yang dilihat mengecam adegan terbabit.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.