Usahawan dan penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa syukur kerana perkahwinan yang dibina bersama dengan Datin Seri Shahida sejak Ogos 2008 semakin utuh dan bahagia.
Kongsinya, setiap pasangan yang melalui alam perkahwinan, pasti tidak akan ‘lari’ dari cabaran dan dugaan sepanjang bergelar suami isteri.
Bagaimanapun, setiap masalah pasti akan menemui sinar dan jalan untuk menyelsaikannya.
Bak kata pepatah, ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’, bagi memulihkan setiap masalah dan perbalahan yang menimpa.
“Terima kasih Allah.. kerana masih sygkan family ni
“Semua orang nak bahagia dalam perkahwinan setuju tak?? kalau setuju komen di bawah.
“Bagi abang nak berkahwin itu amat mudah tetapi nak mempertahankan perkahwinan itu bukan satu perkara yang mudah banyak dugaan cabaran dan kesabaran.. yang perlu dilalui..
“Pergaduhan dalam perkahwinan itu memang normal apatah lagi kami adalah pasnagan kontra dari smua sudut.. siapa yang tak pernah bergaduh dalam rumah tangga sy pasti smua pernah,” tulisnya.
Dalam pada itu, Aliff akui setiap pendapat antara suami dan isteri pasti akan ada sedikit percambahan dan bermulanya ego masing-masing.
“Begitu juga sy..itulah lumrah kehidupan cuba bayangkan dua kepala yg dilahirkan berbeza perut,nak hidup sekali sampi kemati… mungkin rambut sama hitam hati lain-lain dan didikan keluarga pun berbeza beza,pendapat dan ego.
“Sedangkan dengan ayah dan mak pun kekdang kita tidak sependapat … dan kadang kala mahu bergaduh… inikan pula suami isteri … orang yang belum berkahwin mungkin tidak akan faham apa yang abang rasa ini.. bagi abang dlm perkahwinan berhenti mencari kesalahan masing- masing kadang kala tak semua benda kita betul… .
“Tak guna pun kalau Kita cari siapa betul atau siapa yang menang ??pokok pangkalnya kita cari titik keserasian untuk memperbetulkan keadaan dan yang paling penting kita kena tahu syurga isteri tetap bawah kaki suami tapi suami pun kena pandai main peranan lah,” kongsi bapa kepada empat orang anak ini iaitu Ammar Ahyan, Ibrahem Edham, Qadeeja El Zahra, dan Yusoff Al Qardawi.
“Jangan pula disebabkan syurga kat bawah kaki suka hati saja nak pijak isteri begitu juga dengan isteri kadang kala isteri ini kena lah belai dan faham suami..jgn suami buat baik.. dipijak kita pula Kesimpulannya tak pernah ada benda yang sempurna dalam Hidupan maklumlah kita bukan hidup dalam syurga kalau semua sempurna.
“Itu namanya syurga ..Apa pun terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang hubungan kami sekeluarga.. terima kasih doa kalian smua.
“Syukur alhamdulillah segalanya telah berdamai sebab apa?? yang berlaku ini biarlah kami sahaja yg tahu.. kami dua dua salah dan kami akan betulkan kesalahan kami..apa pun saya sayang awak sampai mati @shahidadherbs dan family kita❤️ dan lagu #cubabahagia itu sy ciptakan sempena kisah sedih saya yg bergaduh hanpir 3bulan,” akhirinya.
Terdahulu, rumah tangga pasangan usahawan ini dikatakan mengalami masalah apabila keduanya saling memuat naik kapsyen yang memberi pelbagai spekulasi di kalangan netizen.
Video : Instagram Aliff Syukri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI