“Saya Jenis Tak Kacau Orang, Saya Buat Hal Saya Tapi Bukan Sombong. Less Is More,” – Haqiem Rusli

Share

Sebagai anak seni, sudah menjadi lumrah apabila segala tindak tanduk mereka sering menjadi perhatian.

Malah sekiranya ada tersilap langkah, ia akan mengundang pula kritikan daripada orang ramai.

Bagaimanapun, bagi mereka yang sudah lama berada dalam industri ini, perkara tersebut sudah pun dianggap normal. Bak kata pepatah, alah bisa, tegal biasa.

Itulah yang cuba disampaikan penyanyi dan penulis lagu, Haqiem Rusli selepas ada yang mempersoal bagaimana dia boleh sentiasa kelihatan tenang setiap kali berhadapan dengan kritikan mahupun kecaman.

Jelas pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Ke-33 (ABP33) itu lagi, dia tidak kisah seandainya dirinya kecam kerana yang paling penting adalah bagaimana caranya untuk berhadapan dengan situasi tersebut.

“Biarlah dikecam, asalkan kita tahu jika kita salah, maaf harus dihulur. Jika betul, pertahankan.

“Sebab saya ni jenis tak kacau orang, saya buat hal saya tapi bukan sombong. less is more. Just be yourself and be kind,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagi Tergantung Sepi itu menerusi akaun Twitter miliknya.

Kongsinya lagi, Haqiem turut mendedahkan dia bukanlah seorang yang sombong sebaliknya menjelas dirinya tidak gemar untuk mengambil tahu mengenai perihal orang lain.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sifat Haqiem itu selain turut mendoakan semoga penyanyi tersebut akan lebih berjaya pada masa akan datang.

Terdahulu, Haqiem telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Ke-33 (ABP33) dengan jumlah undian sebanyak 22,332,676.

Selain anugerah utama tersebut, Haqiem turut diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular Xiomi Malaysia dan Lagu Paling Boom Popular.

Sumber: Twitter Haqiem Rusli

Published by
Aizam Manaf