Pelakon meningkat naik, Arabella Ellen
menepis dakwaan segelintir pihak yang mengatakan pemilihannya selaku pelakon utama bagi drama terbaharu, Dari Mata Turun Ke Hati hanya kerana memiliki wajah Pan Asia.
Menurut Arabella atau nama sebenarnya, Arabella Ellen John Robert Nelson, dia juga menjalani sesi casting sama seperti pelakon-pelakon lain dan bakat mereka telah pun dinilai.
“Pada saya, bakat juga memainkan peranan. Jika anda bagus, pasti ada peluang. Semua barisan pelakon menjalani sesi uji bakat termasuklah saya juga untuk watak Iris Sofea ini.
“Malah, sesi casting ini juga turut diadakan buat pelakon-pelakon lama. Bila saya dapat pegang watak ini, saya sangat berbangga dengan diri sendiri.
“Pada masa sama, saya juga harus buktikan kepada semua pihak dengan cara menjayakan watak ini sebaik mungkin,” katanya kepada MH.
Naib juara Hero Dewi Remaja 2023 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Dari Mata Turun Ke Hati, baru-baru ini.
Ads
Pada masa sama, Arabella akui dirinya terpaksa berdepan pelbagai cabaran untuk membawakan watak ini namun ia tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk memberikan yang terbaik.
“Agak mencabar juga untuk melakon watak ini memandangkan saya merupakan pelakon baharu. Malah, menjayakan projek seperti ini pada usia 19 tahun sememangnya berat.
“Tanggungjawab sebagai gadis buta dan heroin di slot Megadrama ternyata bukan mudah.
Ads
“Pada permulaan penggambaran, saya agak struggle juga tapi saya banyak buat rujukan dengan menonton drama asal dari Jepun.
“Malah, Michael Ang pun banyak beri tunjuk ajar. Saya tidak banyak ditegur. Jadi, saya merasakan lakonan saya agak okay juga,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, gadis kacukan Melayu-Inggeris ini mendedahkan dirinya sudah bersedia berdepan dengan sebarang kritikan dan percaya proses tersebut akan mematangkan perjalanan kerjayanya sebagai anak seni.
Ads
“Saya sudah bersedia dan saya tidak kisah dengan apa yang akan diperkatakan oleh orang luar. Saya sudah pun bekerja keras untuk drama ini dan diharapkan agar mereka suka dengan watak saya.
“Janganlah tengok episod satu sahaja dan terus hentam. Selepas beberapa episod, saya percaya penceritaan drama ini akan lebih menarik. Para penonton pasti akan suka,” akhirinya.
Terdahulu, drama arahan Michael Ang ini merupakan sebuah karya yang diadaptasi daripada siri popular Jepun iaitu ‘Yankee-kun to Hakujou Garu’ dan komik ‘manga’ ‘Yankee-kun And The White Cane Girl’.
Selain Arabella, drama ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Mierul Aiman, Qistina Khaled, Azhar Sulaiman, Kimberly Chuah dan Ramona Zam Zam.
Dari Mata Turun Ke Hati boleh ditonton pada setiap Ishin hingga Khamis jam 10 malam di slot Mega Drama, Astro Ria dan Astro Go dan aplikasi Sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas berita mengenai Aliff Aziz yang didakwa curang sekali lagi bersama seorang pelakon wanita dengan mengunjungi sebuah pusat hiburan selepas hampir seminggu insiden tersebut diperkatakan ramai, isterinya Bella Astillah ada berkongsi potongan video mesra bersama anak.
Video yang merakamkan aksi ceria antara ibu dan anak itu nyata menyentuh hati netizen.
Menerusi ruangan kapsyen, Bella menulis yabg membayangkan anaknya, Mohamad Ayden Adrean yang sudah pun mendapat ratusan ribu tanda suka itu sebagai kurniaan dari syurga yang diberikan kepadanya.
HSemalam satu sedutan video persembahan Mas Idayu di Anugerah Juara Lagu Ke-18 menerusi lagu Hasrat Perindu kembali viral di media sosial.
Semuanya gara-gara persembahan unik yang dipersembahkan Mas Idayu yang secara lagu diangkat dalam gerakan terbalik dan berpusing oleh penari latar sebelum nyanyian berakhir.
“Tanjat kita bila tengok mami tengah feeling “uhuuu oooo” terus beliau diterbalikan oleh penari di belakangnya ya,” tulis netizen.
Lantas, video berdurasi 10 saat itu telah menjadi tular di laman media sosial Twitter sejak semalam lalu netizen terhibur melihat geligat Mami yang memberi reaksi yang terkejut.
Malah netizen turut memuji penyanyi yang sinonim dipanggil Mami itu yang tetap boleh menyanyi dengan baik walaupun badannya diterbalikan.
Dalam erti kata lain, memang powerlah Mami Mas Idayu.
Apa-apa pun, memang respek dengan Mami sebab boleh menyanyi dengan baik walaupun badannya di terbalikan oleh penari.
Video : Twitter Hud Den
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon versatil, Fasha Sandha ada bertemu mengisi masa bersama rakan lamanya, Nurida Suraya yang juga isteri kepada pereka terkenal di bawah jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin.
Pertemuan dua ibu itu nyata bagi melepaskan kerinduan, selain Fasha turut memuji kecomelan anak sulung pasangan berkenaan.
“Baby Rizqaa @rizqaarizman comelnya kamu ni nak. Thank you Rizman and baby, izinkan kami pegang baby Rizqaa ni.
“Selalu tengok dia di IG dan selalu terasa teringin nak jumpa baby comel ni, Alhamdulillah hari ni Allah izinkan jumpa,” tulisnya.
Perkongsian tersebut dibuat Fasha menerusi satu entri terkininya di Instagram.
Sambil mengakui usia Rizqaa sama dengan anak bongsunya, Fasha turut mendoakan agar bayi perempuan itu membesar dengan baik.
“Semoga membesar dengan sihat baby. Aunty kenal mommy Rizqaa sejak kami sama2 remaja.
“Alhamdulillah seronok tengok mummy bahagia dengan daddy. Syukur. Beza sebulan je dengan Aisha, semoga besar nanti dapat jadi kawan Aisha,” tulisnya lagi.
Beberapa foto yang dikongsikan itu juga turut mendapat perhatian peminat lantas pelbagai komen turut ditinggalkan.
Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!