Pelakon dan model, Ahya Rosli sama-sama teruja teruja apabila turut berpeluang merasai sendiri menuggang salah satu Duke terbaru, bersempena dengan ulang tahun ke-30 KTM Duke, pada Sabtu.
Menerusi acara yang berlangsung di Skypark Rac, Subang itu, turut diundang ke majlis tersebut termasuk pempengaruh, rakan media dan selebiriti jemputan.
Berkongsi pengalaman sebagai pencinta ‘roda dua’, anak kepada bintang legenda Normah Damanhuri itu teruja apabila turut bekerjasama dengan jenama itu bagi tujuan promosi.
“Kerjasama ini adalah untuk beberapa bulan yang pertama. Alhamdulillah teruja dengan rezeki yang diberikan sebabnya kita tahu jenama antarabangsa ini cukup sinonim dengan penggemar motorsikal di negara ini.
“Peranan saya lebih cenderung untuk memperkenalkan model baharu Duke (KTM) kepada peminat di media sosial. Malah saya turut alu-alukan kepada semua untuk sama-sama kongsikan maklum balas mereka yang sudah pun menggunakan model jenama ini.
“Saya juga akan ‘ride’ bersama-sama dengan grup KTM Malaysia ke beberapa lokasi. Sangat teruja dan terharu bila dapat bersama dengan keluarga yang besar ini,” katanya.
View this post on Instagram
Sementara itu, pengilang motosikal serta aksesori dan komponen bertaraf dunia ini telah pun memperkenalkan generasi seterusnya iaitu empat model motosikal Duke terbaru, iaitu KTM 250, KTM 390, KTM 990 dan KTM 1390.
Selain daripada empat model itu, satu lagi model yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat ialah KTM 790 Duke.
Malah, jenama ini turut memperkenalkan slogan baru selari dengan objektif untuk terus menaikkan standard jenama ini ke peringkat yang lebih tinggi seiring dengan permintaan yang terus meninggkat daripada para pembeli.
Generasi terbaru ini bakal ‘menjerit’ dan merentas jalan dengan megah beronakan metalik oren ED Elektronik iaitu warna yang dikhaskan secara eksklusif bari meraikan ulang tahun ke-30 Duke.
Pengurus Pemasaran Strategi KTM Malaysia, Goi Seong Keng berkata, Duke sedia menerima pencabar untuk membuktikan penguasaan mereka membelah jalan raya dan merentas segala halangan.
Semua rangkaian motosikal itu dilengkapi dengan ciri-ciri menarik seperti reka bentuk tajam dan bergaya di samping tahap keselamatan tinggi.
Sebagaimana pengalaman penunggangan model KTM Duke sedia ada dalam pasaran, KTM Duke menjanjikan kepada pengemar motosikal berkuasa tinggi itu, KTM Duke terbaru ini menjaminkan kepuasan berganda kepada pemiliknya.
“Sambutan ulang tahun ke-30 KTM Duke bukan sahaja untuk meraikan kejayaan syarikat tetapi kami mahu berkongsi pengalaman dan mencipta memori penunggangan KTM Duke yang sukar dilupakan.
“Setiap keluaran motosikal KTM Duke, kami menggabungkan penampilan yang sedap mata memandang dengan reka bentuk tajam dan bergaya di samping tahap keselamatan tinggi serta tahap penunggangan berprestasi tinggi di jalan raya.
“Kami sentiasa mengutamakan kepuasan penunggang. Mereka akan mendapat apa yang dijanjikan dan merasai pengalaman tegar bersama Duke,” katanya.
Beliau berkata, selama 30 tahun, idea utama di sebalik setiap model Duke ialah memberikan pengalaman baru dan berbeza kepada penunggang, seolah-olah mereka baru menunggang motosikal.
“Setiap model ada ciri dan keistimewaan tersendiri. Inilah yang membuatkan Duke terus mendahului pesaingnya di pasaran.
“Bagi menepati kehendak pasaran hari ini bersama keinginan Duke untuk sentiasa berada jauh di depan, syarikat sentiasa hadir dengan ilham baru yang lebih ‘garang’, berani dan matang,” katanya lagi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI