Selepas sekian lama mencuba nasib, impian pempengaruh media sosial, Aizat Saha untuk bergelar pelakon akhirnya tercapai pada usia 29 tahun.
Menurut Aizat, meskipun namanya dikenali disebabkan konten ‘Abang POV’ yang viral di aplikasi Tik Tok, namun dia juga pernah melalui proses yang sama seperti pelakon-pelakon lain.
“Saya memang berminat untuk menjadi pelakon. Sejak 2017, saya pernah bekerja bersama sebuah syarikat produksi. Dalam tempoh tersebut, saya ada pergi ke sesi casting tapi belum ada rezeki.
“Mungkin rezeki saya hadir selepas aktif membuat konten di media sosial. Pada umur 29 tahun, baru Allah berikan rezeki ini.
“Mungkin ada yang kata saya guna jalan pintas sebab dikenali di Tik Tok tapi jika diikutkan, saya juga lalui proses sama seperti pelakon-pelakon lain,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Aizat turut mengakui suasana ketika penggambaran drama sangat berbeza dengan pembikinan konten-konten di media sosial.
Ads
“Jika konten di Tik Tok, saya sendiri yang mengarah dan susun jalan cerita. Suasana di sekeliling juga tak melibatkan ramai orang.
“Bila di set, kita ada pengarah, pelakon-pelakon yang ramai. Suasana dan tekanannya juga berbeza.
“Saya belum biasa dengan dunia lakonan dan bila diperhatikan ramai orang, tekanan itu sangat tinggi. Alhamdulillah, saya dapat lawan perasaan itu dan buat yang terbaik,” ujarnya lagi.
Ditanya adakah dia akan terus aktif membikin konten di media sosial selepas bergelar pelakon, Aizat memaklumkan dirinya tidak akan sesekali melupakan platform yang menaikkan nama seperti sekarang.
Ads
“Konten ‘Abang POV’ akan tetap diteruskan. Saya datang daripada platform Tik Tok dan konten POV itu yang menaikkan nama saya.
“Jadi, tak adil untuk saya tinggalkan terus hanya kerana sudah bergelar pelakon,” kongsinya.
Katanya lagi, dia juga mahu melalui setiap proses sebagai anak seni dan tidak mahu terlalu terburu-buru untuk memenang peranan utama.
Ads
“Saya memang memasang impian untuk memegang watak utama dan berlakon di dalam filem. Namun, pada waktu sekarang, ia masih terlalu awal buat saya.
“Saya nak lalui dahulu segala proses bergelar pelakon. Saya tak mahu terburu-buru. Biarlah saya bermula dengan peranan pelakon pembantu.
“Saya juga belum tahu sejauh mana kemampuan saya dalam bidang lakonan. Kalau jadi pelakon utama tapi tidak mampu berikan yang terbaik, ia akan menyusahkan ramai orang,” akhirinya.
Terbaharu, Aizat kini merupakan antara pelakon yang membintangi drama terbaharu yang berjudul Kelas Tahanan Cikgu Hiragi.
Selain Aizat, drama ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Nadhir Nasar, Arabella Ellen, Arena Wan dan Evertts Gomes.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Kredit Foto: Instagram Aizat Saha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Komposer, Ajai menegaskan dirinya akan tetap memberikan komitmen 100 peratus dalam menjalankan tugas selaku juri tetap program Big Stage 2022 meski kerap kali dihujani kecaman serta kata-kata kesat.
Menurut Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas, dia mahu memanfaatkan peluang sebagai juri demi memastikan para pesertanya dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai nyanyian.
“Fokus utama saya hanyalah kepada peserta Big Stage 2022. Melakukan tanggungjawab saya dan memastikan mereka semua faham tentang maksud ‘kerjaya’,” tulisnya.
Kata-kata tersebut dikongsikan penyanyi lagu Keliru itu menerusi hantaran terkini di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Ajai mendedahkan dia maafkan sesiapa sahaja yang telah menlontarkan kata-kata kesat kepada dirinya.
Malah, dia juga ingatkan para peserta untuk sentiasa memberikan yang terbaik di setiap persembahan mereka.
“Pada peminat-peminat mereka yang telah melontarkan kata-kata kesat pada saya, no worries saya faham. Saya sentiasa ‘Memaafkan’.
“Nasihat saya pada semua peserta, kena percaya pada bakat yang ada pada diri sendiri. Bak kata pepatah, ‘Alang-Alang Menyeluk Pekasam, Biar Sampai Ke Pangkal Lengan’. ‘Kalau Takut Dilanda Ombak, Jangan Berumah Ditepi Pantai’.
“All the best untuk persembahan minggu ini. InsyaAllah,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mengkritikan tindakan individu yang mengecam selain turut memberikan kata-kata semangat buat Ajai.
Terdahulu, Ajai bergandingan bersama penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai juri tetap program Big Stage 2022.
Big Stage 2022 yang kini telah memasuki minggu ke-5 dihoskan oleh Sheery Al-Hadad dan Alif Sattar secara langsung pada setiap hari Ahad jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Astro Go.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Ajai
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Komen pesimis yang dilemparkan kepada penyanyi, pelakon dan usahawan Tya Arifin membabitkan jamu keluarannya, Mutyara mendapat maklum balas negatif dalam kalangan warganet.
Ini kerana, rata-ratanya tidak bersetuju dengan komen yang ditulis selain menyifatkan ia tindakan sengaja untuk menjatuhkan mencemarkan imej jenama bisnes Tya.
Malah pelakon Anna Jobling yang popular menerusi drama Melur Untuk Firdaus misalnya, turut menolak komen berkenaan yang dianggap sebagai sengaja mahu menutup periuk nasi orang.
Anna, 22, atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman berkata, dia antara pengguna yang sudah merasai sendiri jamu itu.
“Baru-baru ini saya baca artikel yang cakap jamu Mutyara ini pahit. Tapi, sebenarnya yang cakap macam itu tak pernah cuba. Sebenarnya saya dah cuba dan tak pahit langsung. Tapi tak tahu kenapa orang cakap macam itu sebab rasanya manis.
“Rasa manisnya bukanlah manis buatan, tapi manis daripada bahannya seperti kurma, madu, delima dan habatus sauda. Rasanya sangat bagus dan tak pahit langsung. Sebelum nak komen, cuba dulu. Tak baik tutup periuk nasi orang,” katanya dalam hantaran video dimuat naik di Instagram.
Dalam masa sama, Anna menasihati pengguna laman sosial agar lebih berhati-hati sebelum menulis komen mereka.
“Sebelum nak ‘judge’ atau nak hentam barang orang cuba dulu dan baru komen. Saya harap Kak Tya kuat dan buang semua perkara negatif daripada fikiran,” katanya.
Hantaran dimuat naik Anna itu turut mendapat respons daripada Tya yang juga isteri kepada usahawan, Asyraf Khalid.
“Terima kasih Anna sayang,” tulis Tya.
Susulan itu, Tya mengambil keputusan untuk memberikan 10,000 pek percuma untuk Trial Mutyara. Sesiapa yang ingin mencuba boleh tebus menerusi laman web rasmi mereka.
Perkongsian video Anna itu sehingga kini sudah mencecah hampir 400,000 tontonan bersama ratusan komen yang ditinggalkan pengguna Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!