“Saya Juga Manusia Biasa, Ada Kekurangan,” – Hafiz Hamidun Mohon Maaf

Share

Baru-baru ini, penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun telah menerima reaksi pelbagai daripada netizen selepas memberikan komen di media sosial, dipercayai terhadap persembahan Nabila Razali di Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35), Ahad lalu.

Sedar khilaf, Hafiz atau nama lengkapnya Mohammad Hafiz Hamidun telah memohon maaf, yang mungkin ada kaitan dengan kenyataannya sebelum ini.

Perkara itu dimuat naik Hafiz menerusi satu hantaran di akaun Instagram.

“Maaf kalau pandangan kita berbeza. Saya juga manusia biasa, ada kekurangan. Yang baik hanya dari Allah, yang kurang itu dari kelemahan kita sendiri.

“Mulakan pagi ini dengan Bee Coffee dari @listramalaysia dan dapatkan juga hand sanitizer dari Listra dengan setiap pembelian Bee Coffee. Pek yang kecil dan mudah dibawa,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menasihati kepada penyanyi berusia 36 tahun itu sentiasa berwaspada dan berhati-hati untuk meluahkan pendapat di laman media sosial.

Terdahulu, nyanyian Nabila telah mendapat perhatian orang ramai selepas ada bahagian nyanyiannya tergelincir daripada nota di pentas berprestij itu.

Foto: Instagram Hafiz Hamidun, TV3 Malaysia

Published by
Nazar Rafiqhi