Pelakon terkenal, Nabila Huda mendedahkan dirinya langsung tidak mempunyai niat untuk mempersendakan Masya Masyitah gara-gara meninggalkan komen mempersoalkan gerangan penyanyi muda tersebut.
Hal itu berlaku disebabkan nama Masya menjadi perhatian hangat netizen dan pihak media susulan tindakkannya berkongsi gambar yang memperlihatkan dirinya tidak mengenakan hijab di Instagram minggu lalu.
Ketika ditemui media, Nabila menjelaskan dirinya memang tidak mengenali Masya kerana jarang mengikuti perkembangan berita semasa.
“Saya memang tiada niat apa-apa. Saya ni bukan jenis yang suka carut orang dan saya jarang tengok media sosial atau ikuti perkembangan berita.
“Hidup saya yang anda nampak di media sosial begitulah. Hanya duduk di rumah, main dengan kucing, makan, masak, kongsi fasal anak dan suami. Jadi, saya memang tak tahu apa-apa.
Jadi, bila saya tengok berita di media sosial, saya jadi tertanya-tanya. Kemudian, saya komen dekat Instagram berita itu ‘Siapa pula Masya Masyitah ni? Kenapa saya tak tahu?’,” ulasnya.
Ads
Dalam pada itu, anak kepada penyanyi terkenal, Amy Search berharap agar komenya itu tidak dijadikan isu kerana merasakan dirinya juga berhak bersuara.
“Kenapa tak boleh? Saya juga seperti manusia biasa yang lain. Saya juga boleh memberikan komen atau bercakap apa sahaja. Namun, saya tiada pun cakap yang buruk-buruk.
“Kadang-kala, bila saya komen di mana-mana portal berita atau blog untuk bertanyakan sesuatu, akan ramai netizen yang akan tolong jawab.
Ads
“Selalu saya akan terima banyak komen balas dan mereka pula terangkan mengenai soalan saya itu. Dari situ, saya dapat info lengkap. Tak perlu tanya orang lain,” ujarnya lagi.
Jelas Nabila lagi, ada kalanya, dia juga terlupa dengan komen-komen yang telah ditinggalkan disebabkan terlalu sibuk menguruskan kehidupan seharian.
Ads
“Kadang pula, bila saya dah taip komen itu, lalu, saya lupa. Saya teruskan kehidupan seperti biasa,” akhirinya.
Terdahulu, Nabila kini sedang sibuk mempromosikan filem terbarunya yang berjudul Rahsia.
Rahsia merupakan fliem reboot yang dibikim semula daripada karya asal yang diterbitkan pada tahun 1987.
Selain Nabila, filem ini juga menampil barisan pelakon seperti Fikry Ibrahim, Emma Manan dan Qistina Raisah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas beberapa hari terkandas, Neelofa yang mengalami kekangan Visa akhirnya berjaya berangkat ke tanah suci bagi menunaikan haji.
Difahamkan, usahawan dan hos program MeleTOP itu ada memuat naik status mengenai permasalahan yang dialami.
Bagaimanapun, perkongsian tersebut yang dimuat naik menerusi Insta Stories telah pun dipadamkan.
Yang tinggal hanyalah foto yang memaparkan koleksi jenamanya sendiri, Lofa Brand yang dirakamkan awal.
Namun, beberapa jam lalu, Neelofa ada memaklumkan masalah yang dihadapi sudah pun selesai atas bantuan beberapa pihak, termasuk Zizan Razak.
Pada masa sama, bintang asal Kelantan ini turut menasihati bakal jemaah supaya lebih berhati-hati menjalankan urusan dengan agensi bagi memastikan semuanya berjalan lancar.
Difahamkan, Neelofa sepatutnya berangkat ke Jeddah 4 Ogos lalu. Syukur, semuanya sudah pun dipermudahkan. Semoga mendapat haji mabrur.
Turut sama dalam rombongan berkenaan ialah dua adik lelakinya.
Pelakon Wawa Zainal bersyukur dan terharu selepas penampilan pertamanya di kaca televisyen selepas lima tahun menerusi filem Sabda Kekasih menjadi trending di laman Twitter.
Menurut Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin,30, dia turut menghargai sokongan serta maklum balas positif yang diterima peminat menerusi naskhah filem pertama di bawah produksi penerbitannya, Respected Citizen Production Sdn Bhd itu.
“Alhamdulillah hari pertama tayangan Sabda Kekasih, hari ini riuh kat Twitter dan Instagram. Terima kasih korang. Selepas lima tahun tak berlakon, rasa sangat dihargai dengan komen dan maklum balas semua.
“Korang menangis tengok Sabda Kekasih ni, i nangis tengok semua maklum balas . Ya Allah terima kasih pada pengarah dan semua yang terlibat.
“Tak sia-sia kita shooting sampai pukul 6 pagi,” tulis Wawa di Instagram pada Khamis.
Sementara itu di dalam hantaran berasingan, ibu kepada tiga cahaya mata ini turut gembira apabila filem tersebut turut menduduki carta pertama di saluran Astro First.
“Alhamdulillah segala puji bagi Allah, filem pertama kami cipta rekod. Top 1 di carta Astro First hari ini. Terima kasih korang. Saya sangat menghargainya,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata penonton berpuas hati terhadap nakshah tersebut selain ada yang mengakui jalan ceritanya yang menyentuh perasaan.
Filem Sabda Kekasih arahan Zacc Azhari Zain mengetengahkan kisah romantik tragedi yang bermula apabila seorang pemuzik jalanan bernama Bukhari Muslim lakonan Aeril Zafrel yang mengubah kejahilan dirinya hanya kerana cinta seorang gadis iaitu Kasih Murni (Wawa Zainal).
Selain Wawa dan Aeril, turut sama terlibat di dalam filem berkenaan ialah Fauziah Nawi, Sabri Yunus dan Sharifah Husna.
Sabda Kekasih sudah boleh dilanggan bermula 24 Jun 2021 lalu di Saluran Astro First 480.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...