Pelakon dan pengarah, Ahmad Idham telah menjalankan satu misi bantuan dengan menghulurkan sumbangan berupa kelengkapan meja dan kerusi baru.

Sesi berkenaan telah pun dilakukan di kelas pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Taman Tasik, Ampang, Selangor, beberapa hari lalu.

Di samping berkongsi khabar gembira itu bersama peminat di laman media sosial Instagram, Idham turut meluahkan rasa syukur kerana berpeluang menyediakan persekitaran pembelajaran yang selesa buat anak istimewa di sekolah berkenaan.

“Saya Juga Mempunyai Anak Istimewa. Sebagai Ayah, Sudah Pasti Saya…,” – Ahmad Idham “Saya Juga Mempunyai Anak Istimewa. Sebagai Ayah, Sudah Pasti Saya…,” – Ahmad Idham

“Alhamdulillah hari ini kita dapat hadiahkan kerusi dan meja baru untuk kelas pendidikan khas di SK Taman Tasik, Ampang. Uncle hadiahkan untuk anak-anak uncle di sini!

“Suasana dan persekitaran yang baik amat penting untuk anak-anak khususnya anak istimewa.

Ads

“Besar harapan saya untuk melihat anak-anak istimewa mampu berdikari sendiri dalam kehidupan dan tidak terasing dalam kalangan masyarakat,” tulisnya.

“Saya Juga Mempunyai Anak Istimewa. Sebagai Ayah, Sudah Pasti Saya…,” – Ahmad Idham “Saya Juga Mempunyai Anak Istimewa. Sebagai Ayah, Sudah Pasti Saya…,” – Ahmad Idham

Dalam pada itu, Idham memberitahu sebagai seorang bapa yang turut mempunyai anak istimewa, sudah pasti dia mahukan yang terbaik mereka.

Ads

“Saya juga mempunyai anak istimewa! Sebagai seorang ayah, sudah pasti saya mahukan yang terbaik untuk anak saya, Abang!

“Jadi, mereka yang bergelar anak istimewa dan anak syurga ni sangatlah dekat dihati saya. Ayah kepada anak syurga! – Dr. Ahmad Idham -#DrAI #Ampang #HabPendidikanKhas,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Ahmad Idham (@ahmad_idham)

Ads

Sekadar informasi, Idham atau nama sebenarnya Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 48, telah menyertai dunia politik sekaligus dilantik sebagai Ketua Cawangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pinggiran Ukay, Ampang, sekitar bulan April lalu.

“Saya Juga Mempunyai Anak Istimewa. Sebagai Ayah, Sudah Pasti Saya…,” – Ahmad Idham “Saya Juga Mempunyai Anak Istimewa. Sebagai Ayah, Sudah Pasti Saya…,” – Ahmad Idham

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Ahmad Idham

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI