“Saya Juga Sudah Bukan Staff Sepenuh Masa,” – Pengacara MHI, Hanif Miswan Dedah Status Terkini Sebagai Kakitangan Media Prima, Mohon Urusan Dipermudahkan

Share

Pengacara program bual pagi popular, Malaysia Hari Ini iaitu Hanif Miswan ada menjelaskan mengenai status terkininya sebagai warga kerja di Media Prima Bhd.

Menurutnya, dia kini bukan lagi staff sepenuh masa dan hanya bergerak sebagai pengacara ‘freelance’ di syarikat media berkenaan.

“Semakin sunyi lah Media Prima lepas ni.

“Buat yg bertanya, saya juga sudah bukan staff sepenuh masa di sana, dah MSS selepas program cinta mati saya ScoreboardExtratime dah ditamatkan.

“Sekarang hanya freelance host di sana. Semoga semua dipermudahkan,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan Hanif yang juga merupakan seorang pengulas sukan itu di akaun Twitter miliknya.

Tambah Hanif lagi, status tersebut telah pun bermula sejak program ScoreboardExtratime kendaliannya ditamatkan pada 2018 lalu.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan semoga segala urusan Hanif dan semua warga kerja Media Prima yang terlibat dipermudahkan.

Baru-baru ini, syarikat konglemerat media itu mengumumkan sebanyak 300 kakitangannya menerima notis pemberhentian yang juga merupakan inisiatif untuk mengatasi ketidakcekapan kos akibat pertindihan tugas.

Ini adalah pemberhentian pusingan kedua selepas pemberhentian pada Mac lalu yang melibatkan 543 kakitangan.

Sumber: Twitter Hanif Miswan & Astro Awani

Published by
MH