Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mengambil keputusan untuk membela kambing selepas kucing liar eksotik peliharannya yang dinamakan sebagai Dodi kian mengganas.
Mencuri tumpuan, pengasas kosmetik yang turut aktif menyanyi itu memuat naik video ‘membawa pulang’ dua ekor kambing ke kediaman mewahnya di Kota Damansara menerusi IG TV.
Malah versi penuhnya juga boleh ditonton menerusi saluran YouTube rasmi Aliff.
“Penganti dodi..come tak? Saya sedih sangat sebab Dodi dah tak nak dengan saya dan semakin ganas.
Ads
“Sebab tu sekarang ini saya cuba jinak kan kambing pula untuk dijaga di dlm rumah saya .. korang rasa boleh dijinakkan tak?
“Kalau korang nak tahu apa yang berlaku dekat kambing saya yg saya kasi nama Siti Zubaidah, korang boleh tengok dekat YouTube saya.. sy dah posting,” tulisnya pada kapsyen entri tersebut.
Rakaman video tersebut juga antara lain turut menyaksikan isterinya, Datin Seri Nur Shahida yang kelihatan berang dan terkejut dengan kehadiran binatang peliharaan tersebut yang dibawa masuk ke dalam rumah.
Ads
Sementara pada ruangan komen pula, wargamaya meningalkan pelbagai reaksi.
Foto: Instagram Aliff Syukri
https://www.youtube.com/watch?v=yUSXrUOBdcg&t=5s
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Genap 14 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama isteri tercinta hari ini, Datin Azrene Ahmad, cef selebriti Datuk Fazley Yaakob menitipkan dedikasi bersama pautan video istimewa buat permaisuri hatinya.
Menerusi video yang dimuat naik menerusi IG TV yang berlatar belakangkan lagu nukilan sendiri berjudul November Itu, Fazley menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan isteri terbaik buat dirinya.
“Syukur ke hadrat Ilahi, 7 November 14 tahun yang lalu kami telah disatukan. Pelbagai onak duri, duka dan duka (bukan suka duka) dan airmata yang mengalir, namun Allah tetap izinkan kita untuk terus berdiri teguh mempertahan masjid yang satu ini.
“Bukan mudah untuk mempertahankan perkahwinan yang baru setahun jagung, apatah lagi memperkukuhkan masjid yang terbina 14 tahun lamanya.
“Moga iman kita semakin kukuh, tiang agama kita semakin utuh, dan anak2 kita yang 4 orang tu membesar dengan tersedianya ilmu dunia dan terpatrinya ilmu akhirat sentiasa,” tulisnya.
Fazley pada masa sama turut merakamkan ucapan terima kasih buat isteri yang menerima dirinya dengan apa adanya.
“Terima kasih di atas pengorbanan Adik sayang @azrene_ahmad selama ini. I am who I am today because of you.
“Adik menjadi isteri abang dalam keadaan sehelai sepinggang, dan abang sendiri sampai tiada apa lagi yang tinggal akhirnya, namun Allah tetap memberi harta kasih dan sayang berpanjangan.
“Biarlah kita miskin harta, namun kekal kaya kasih dan sayang. Yang pahit tak semestinya racun, yang manis tak selalunya madu!
“Salam Ulangtahun kita yang ke-14 dan percintaan yang hampir ke-16 tahun,” titipnya panjang lebar.
Hidup harmoni sebagai suami isteri, Fazley dan Azrene kini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz, Ahmad Fieradz, Ahmad Fierudz dan Alayna Selma.
Foto: Instagram Datuk Fazley Yaakob
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Izreen Azminda berkongsi dia kini berdepan situasi sukar untuk tidur di waktu malam, lebih-lebih lagi ketika sedang meniti hari untuk bersalin anak ketiga tidak lama lagi.
Pekara tersebut dimaklumkan menerusi salah satu hantaran di Instagram selain turut mendedahkan, beratnya kini sudah melebihi 80 kilogram (kg).
“Dah hujung2 ni (fasa kehamilan) mmg semua mommies ada masalah tdoq ka.. kami susah sungguh nk tdoq lately ni.. kalau tdoq pun tdoq2 ayam ja.
“Pusing sana tak kena sini tak kena..mkn pun dah kurang.. eceh… padahai dah 80kg lebih ni,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Serentak dengan perkongsian tersebut, ada di antara pengikutnya yang turut sama berkongsikan pengalaman.
Untuk rekod, Izreen mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Ude Wahid pada 8 Ogos 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki Aaron Ibrahim yang kini mencecah usia 2 tahun.
Terdahulu Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhamd Riza dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Adrian Umar, 5.
Foto: Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan popular, Datuk Seri Vida akui terharu apabila berkesempatan meluangkan masa bersama pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu dan anak-anak ketika kunjungan mereka ke Ipoh, baru-baru ini.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan di Instagram, Vida, Shuib dan anak-anaknya dilihat mesra menikmati makan malam di sebuah restoran.
Menurut Vida, dia sememangnya gembira apabila diberi ruang untuk berkongsi kasih bersama-anak-anak Shuib itu.
“Beginilah akrabnya hubungan saya dengan Shuib dan anak-anaknya. Terima kasih Shuib bagi saya menumpang kasih dengan Uwais, Talita dan Matin.
“Seronok luang masa dengan mereka. Semoga dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dunia dan akhirat,” tulisnya.
Video berdurasi hampir dua minit itu turut menyentuh hati banyak pihak selepas melihat aksi bersahaja anak sulung kepada Shuib dan Allahyarham Siti Sarah, Uwais Alqarni yang memeluk erat Vida ketika pertemuan tersebut.
Turut dlihat ada bersama ketika sesi makan malam itu termasuklah bapa kepada Allahyarham Siti Sarah, Raisuddin Hamzah.
Malah, Vida dan Shuib turut merakamkan gambar kenang-kenangan setelah selesai sesi makan makan tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat hubungan akrab tersebut selain turut mendoakan semoga anak-anak Shuib sentiasa memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.
“Part Dato tolung tutup mulut Talita masa menguap tu sweet sangat.
“Allah luluh hatiku melihat anak-anak Shuib. Terima kasih DSV selalu bertemu mereka. Kalau la saya dapat jumpa ank-anaknya, saya pun ingin memanjakan mereka seperti ibu mereka sendiri. Semoga Allah melindungi DSV, Shuib dan anak-anak sentiasa Aamiin.
“Semoga persahabatan berkekalan till jannah. Doa yang baik-baik. Semoga kebaikan itu kembali kepada kita semua.
“Sebak pula tengok. Makin lama mungkin mereka makin kuat rindukan arwah ibunya.
“DSV terbaik menyantuni anak-anak yatim,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Setakat ini, video tersebut telah pun meraih lebih 130,000 jumlah tontonan di laman Instagram.
Terdahulu, Shuib dan Allahyarham Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.
Bagaimanapun, Shuib diduga apabila isteri tercinta meninggal dunia pada tanggal 9 Ogos 2021 akibat Covid-19 selepas melahirkan cahaya mata bongsunya, Ayash Affan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Vida & Shuib Sepahtu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!