“Saya Kasihankan Dia Kerana Ia Dipanjangkan. Sepatutnya Sudah Boleh Diselesaikan Dengan Mudah,” – Ini Reaksi Neelofa Atas Isu Libatkan Nabila

Share

Pengacara dan pelakon, Neelofa bersimpati terhadap situasi yang menimpa kakaknya, Noor Nabila apabila konflik melibatkan perkahwinannya bersama aktor, Sharnaaz Ahmad masih lagi berlanjutan.

Neelofa,30, bagaimanapun menyifatkan apa yang berlaku terhadap kakaknya itu secara tidak langsung akan menjadikannya lebih matang dan kuat.

“Saya adik dan sebagai rakan serumah kakak, saya rasa proses tersebut sedikit berlanjutan untuk dia. Saya kasihankan dia kerana ia dipanjangkan. Sepatutnya sudah boleh diselesaikan dengan mudah, singkat dan simple.

“Akan tetapi atas sebab-sebab tertentu, ia dipanjang dan dirumitkan. Tetapi saya rasa proses tersebut membuat Nabila lebih matang dan lebih kuat.

“Banyak perkara yang dirinya akan tempuhi dalam masa beberapa bulan sebelum perbicaraan kes itu berlangsung.

“Saya harap dia akan lebih bersedia untuk buat keputusan selepas ini, lebih-lebih lagi jia dia pempertimbangkan untuk berkahwin lagi,” katanya kepada MH.

Ditanya apakah penerimaan ahli keluarganya yang lain terhadap apa yang berlaku, hos program MeleTop itu menyokong segala apa tindakan yang dilakukan Nabila.

“Kami sekeluarga sangat supportive, dan akan sentiasa berada di sisi Nabila.

“Dia juga tahu akan hal itu dan apa yang boleh saya kongsikan sekarang, ia sangat gembira dan kami semua sayangkan Jebat,” katanya lagi.

Terdahulu, Neelofa ditemui pada majlis pelancaran koleksi kasut kolaborasi bersama jenama antarabangsa, Giuseppe Zanotti di Pavilion, Kuala Lumpur pada Khamis.

Bintang terkenal itu menjadi antara selebriti terawal Asia yang berkolaborasi dengan jenama kasut popular itu.

Terahulu Pada 11 September lalu, Sharnaaz bertukar fikiran dan enggan menceraikan isterinya, Noor Nabila kerana ingin menyelamatkan rumah tangga yang dibina sejak dua tahun lalu.

Susulan itu, mahkamah telah memerintahkan satu JKP dibentuk bagi tujuan berkenaan. Pasangan itu mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis pada 31 Mac 2017.

Hasil perkongsian hidup, keduanya dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden, Ogos tahun lalu.

Published by
Rafiq Mazlan