“Saya Ke Tandas Nak Tadah Urine, Sekali Ada Darah Melimpah,” – Abby Abadi Kongsi Detik Kelahiran Baby D

Share

Selepas berkongsi perkembangan terkini anak bongsu, Muhammad Danial Firman Faizal yang kini mencecah usia 17 hari, Abby Abadi menerusi posting terbaru di Instagram ada mengimbas saat dirinya bersalinkan bayi lelaki yang sinonim dipanggil Baby D itu.

Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan memaklumkan, dia melahirkan Baby D selepas mengalami tumpah darah.

“Baby tepat2 24minggu. Terpaksa keluarkan sbb pagi Jumaat 27/9 2kul 9am Sy tumpah darah (video ni hilang kepala sbb nampak tgn kita. Baju hospital pendek).

“Ikutkan hari khamis & berterusan sampai mlm jumaat tu Sy minta balik sbb dah 4mlm di ward Sy sgt tertekan. Tidur wad luar berhari2 dah buat Sy takut (Sy ni pengecut sbnrnya takleh tidur camtu sbb tu mengelak masuk hospital).

“1st time masuk Hospital kerajaan, bila masuk rupanya payah nk keluar. Dorang punya jaga pergh!

“Kebetulan juga Sy baru kenal Dr Yusrina, bacaan BP pulak huru hara… mmg payah betul beliau nk lepaslkan saya.

“Bayangkan malam ke 5 Sy tidur ward biasa, ber 6 masa tu. Separuh nyawa dah Sy rasa sbb terpaksa bertahan tidur tepi bilik airrr. Siang ok tidur sbb senang nk gi bilik air, bila malam.

“Tangan Sy masuk hari ke 5 tu pun bengkak2 dah dua2 sbb tak tahan sakit kena pam (sbb nk dptkan bacaan BP) Setiap 15min.. pastu bila ok, setiap 30min. Sudahnya kembung bengkak.

“Bukan tangan je bengkak, hatipun dah bengkek masa tu sampai takleh nk dpt bacaan dah malam Jumaat sblm tumpah darah tu huhu,” tulisnya.

Bintang Gerak Khas itu turut menjelaskan, dia ke bilik air sejurus diminta petugas hospital bagi mengambil ujian urine sebelum berlaku tumpah darah secara tiba-tiba.

“Tak lena tidur Sy malam tu.. tp tertidur juga. Subuh terbangun. Solat. Pastu tertidur balik. Tiba2 kul 9am Doc dtg utk cek, nurse minta urine, Sy pergi toilet, nk tadah urine sekali ada darah darah melimpah. Aduh.. terasa2 mcm Baby dah takde.

“Sy bgtau Doc yg bertugas waktu tu.. sekali dgn Dr Yusrina ada juga pagi tu. Tengah sibuk2 dorang cek, Sy sempat whatspp suami.. bgtau tumpah darah, suruh suami @jaiezzany dtg sbb tiba2 doc kata kena terus operate.

“Terus Sy di bawa turun ke bilik operation. Tak tunggu2 dah sbb uri dah terpisah dari baby Doc kata. Sampai bawah suami tak sampai lagi sbb Sy tahu jalan jem pagi tu. Sy dah lama tak nangisss, terrrnangisss sedihhhh.

“Mcm2 ada dlm kepala. Paling worst, Sy takut Sy padam terus sbb doc ada bgtau salah satu risiko bacaan darah tinggi kalau tinggi sgt adalah kalau baby tak meninggal, maknya yg meninggal.

“Sempat whatsp pesan pd suami mcm2, suami nangis2 dah, 10.15/1030am cmtu operation bermula.. 1045 am keluar Baby dah. Sy kul 1pm baru dibawa naik ke wad 6B,” jelas bintang Gerak Khas ini panjang lebar sambil disusuli dengan tanda pagar #bersambung.

Kira-kira dua tahu lalu, Abby juga pernah dilaporkan mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.

Pelakon dan usahawan itu turut sama mendedahkan perbualan menerusi aplikasi WhatsApp bersama suami, Faizal Zakaria.

Abby dan Faizal mendirikan rumah tangga  pada 14 Ogos 2015 dan pasangan ini turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Abby juga mempunyai tiga orang anak, Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim, 11, hasil daripada perkahwinan terdahulu dengan pelakon Norman Hakim.

Foto: Instagram Abby Abadi

Published by
MH