Pelakon Syanie terkilan apabila ada pihak yang bertanya mengenai jumlah pengikut di Instagram sebelum memberi tawaran lakonan terhadapnya.
Malah, Syanie yang sudah hampir tiga dekad dalam industri hiburan seiring dengan kredibilitinya dalam dunia lakonan khususnya.
Syanie berkata, dia pada masa sama turut tidak jelas siapa sebenarnya yang mahu melihat jumlah pengikut meski tawaran yang diberikan hanyalah watak sampingan.
“Kalau saya boleh bertahan selama 30 tahun maknanya adalah kerja saya yang memang bagus.
“Bukan nak cakap saya hebat, tapi jika saya boleh bertahan selama ini, takkanlah kredibiliti saya diletak begitu rendah dengan dibandingkan dengan jumlah pengikut di Instagram.
Ads
“Saya sangat kecewa apabila ada pengurus produksi yang bertanyakan jumlah pengikut Instagram saya untuk watak yang ingin ditawarkan. Saya ini bukanlah pengguna yang pandai menggunakan media sosial dan saya tak akan buat kandungan yang mengarut.
“Walaupun saya tahu kandungan yang bukan-bukan ini cepat mendapat perhatian dan boleh menaikkan jumlah pengikut tapi itu bukan prinsip hidup saya. Pengikut yang ada sekarang adalah pengikut setia dan bukan dibeli,” katanya.
Syanie yang juga anak kepada penerbit televisyen terkenal, Ruhanie Abd Rahman menjelaskan, jika syarikat produksi masih menilai bakat seninya bersandarkan jumlah pengikut di Instagram sampai bila pun dia tidak berpeluang berlakon kerana tidak mampu berlawan dengan jumlah pengikut pelakon lain yang jauh lebih ramai.
Ads
Lebih menyedihkan, Instagram peribadinya yang memiliki hampir 80,000 pengikut baru saja digodam individu tidak dikenali baru-baru ini.
“Bagi saya tak perlulah pelakon seperti saya diukur berdasarkan jumlah pengikut. Alasannya sebab nak hantar kertas cadangan ke stesen TV.
Ads
“Kalau macam itu, sampai bila-bila pun saya susah nak dapat tawaran berlakon sebab nak lawan dengan artis-artis sekarang yang jauh lebih tinggi pengikut mereka. Siapalah saya ini.
“Kredibiliti seseorang pelakon perlu diambil kira. Kalau watak utama nak tengok jumlah pengikut saya boleh terima, tapi kalau watak sampingan pun macam itu, susahlah.
“Namun saya bersyukur apabila penyanyi Mawi menawarkan saya berlakon filem Hantu Kuat Ketawa di samping pelawak popular Saiful Apek.
“Saya terus bersetuju tanpa mengetahui bayarannya. Lakonan adalah jiwa saya dan saya sangat rindukan kerjaya ini selepas hampir tiga tahun tiada tawaran berlakon,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menzahirkan rasa syukur, penyanyi Misha Omar ada mengenang memori indah bersempena dengan ulang tahun perkahwinannya bersama suami, Firos Ezzwan Rossly yang ketujuh.
Jelas Misha, dia dan suami kini berkongsi suka-duka bersama apabila melihat kekurangan yang ada sebagai satu kelebihan.
“7 Tahun hari ini… Alhamdulillah, masih saling menerima..malah setiap kekurangan dijadikan kelebihan untuk saling membahan dan mentertawakan kesilapan masing-masing…Hahaha!!
“Bila dah 7 thn ni..rentan dah kurang…ketawa je yang banyakkk..mmg gitu eh?,” seloroh Misha menerusi pautan foto pernikahannya.
Dia pada masa sama turut mengucapkan terima kasih atas ucapan serta doa yang dititipkan semua.
“Terima kasih buat kalian yang mendoakan kami, merestui dan menyaksikan perjalanan kami hingga sampai ke mari…bertunang, bersanding, membesarkan keluarga tetap juga di mata kalian.
“Jasa kalian dalam mendoakan kami tak terbalaskan. Terima kasih tau,” tulisnya lagi beserta emoji kucupan.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut sama memberikan ucapan istimewa termasuk rakan selebriti, seperti Aina Abdul, Elly Mazlein, Nourul Depp dan ramai lagi.
Imbas kembali, Misha dan suami mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2014 dan pasangan itu dikurniakan seorang anak Muhammad Idris Ezzwa.
Foto: Instagram Misha Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Krisdayanti merupakan figura popular yang sangat mementingkan nilai kekeluargaan. Baru-baru ini penyanyi dan juga ahli politik terkenal Indonesia ini telah menyambut majlis istimewa ‘Tedak Siten’ untuk cucu sulungnya, Ameena Hanna Nur Hatta.
Ameena merupakan cahaya mata pertama anak sulungnya, Aurel Hermansyah dan menantu, Atta Halilintar. Apa yang menarik perhatian ramai mengenai acara tersebut adalah penampilan mereka sekeluarga yang kelihatan sajak dalam persalinan rona jingga.
Persalinan tradisi seperti baju melayu dan kebaya menjadi pilihan. Krisdayanti yang tidak pernah kalah bergaya tampil menawan bagaikan puteri keraton dalam persalinan kebaya renda siap dengan perincian riben besar dan dipadankan dengan kain batik motif jawa.
Majlis Tedak Siten merupakan satu majlis sempena usia bayi mencecah bulan ke tujuh atau lapan. Tedak bermaksud melangkah, manakala siten atau siti bermaksud tanah atau bumi. Jadi secara literalnya, tedak siten bermaksud sedang memijak bumi.
Upacara ini bertujuan sebagai bentuk penghormatan kepada bumi, yang mana kanak-kanak mula belajar berjalan. Selain itu, tedak siten diwarisi turun temurun sebagai harapan ibu bapa agar anak itu bersedia dan berjaya dalam memijak kehidupan apabila membesar.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Kredit foto: Instagram Kridsayanti, Instagram Aurelie Hermansyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!