Jenazah wartawan yang meninggal dunia di London, United Kingdom, Fiza Kamaruddin telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan, Raudhatul Sakinah, Gombak, Selangor pada jam 12.50 tengah hari tadi.
Jenazah tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.47 pagi daripada London.
Allahyarham Fiza juga telah disolatkan di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur jam 11.30 pagi.
Sementara itu, suami kepada Allahyarham, Mohd Roshdi Ramli menzahirkan rasa syukur kerana segala urusan pengebumian isterinya telah dipermudahkan dari awal hingga akhir.
“Alhamdulillah, segala urusan semenjak di London sehingga ke tanah perkuburan hari ini telah berjalan dengan lancar seperti apa yang saya harapkan.
“Tak banyak yang boleh saya perkatakan hanya ucapan terima kasih kepada semua yang telah terlibat terutamanya Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, Persatuan Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dan rakan-rakan.
“Tidak dilupakan juga kepada komuniti Malaysia di London, Pesuruhjaya Tinggi, Malaysia Airlines dan badan-badan yang terlibat,” katanya yang temui selepas selasai urusan pengebumian.
Ads
Katanya lagi, dia juga syukur dapat menunaikan hajat terakhir isterinya untuk bercuti bersama keluarga di London.
“Antara pesanan yang menyentuh hati, sebelum kami berangkat ke London, dia ada bagitahu yang ini mungkin merupakan percutian kita yang terakhir.
“Kalau saya tak pergi, entah bila lagi saya dan dia akan pergi sekali. Mungkin itu petandanya. Saya pun dah tunaikan hajatnya untuk bawa keluarga ke London.
“Alhamdulillah, dia pun dapat merasai udara dan melawati bandar-bandar di London,” ujarnya lagi.
Ads
Berkongsi mengenai reaksi anak-anak, Roshdi atau lebih mesra disapa Dodi memaklumkan mereka reda dengan ketentuan Ilahi.
“Ketika ibu mereka menghembuskan nafas yang terakhir, mereka agak sedih. Namun, lama-kelamaan, saya nasihatkan mereka supaya reda. Alhamdulillah mereka pun faham.
“Cuma saya kena tunjuk yang saya kuat di hadapan mereka. Kalau saya tak kuat, mereka pun mesti sedih. Diharapkan mereka akan terus reda sehingga mereka dewasa,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Pengarah Urusan KRU Studios, Datuk Norman Abdul Halim meyifatkan pemergian arwah sebagai kehilangan besar dalam syarikat
Ads
Norman yang juga merupakan majikan yang juga pemilik portal Boom dan Jurnal Malaysia, mendedahkan Allahyarham Fiza ialah pekerja yang begitu berdedikasi menjalankan tugas sebagai pengarang berita.
“Arwah bersama kami lebih kurang setahun sejak Disember 2022. Dia sangat komited dengan kerja walaupun sedang bercuti di London, dia tetap memeriksa artikel.
“Kehilangan arwah sangat besar untuk kami kerana dia sentiasa inginkan yang terbaik untuk memajukan portal kami,” katanya.
Sekadar informasi, Fiza dilaporkan pengsan di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, sewaktu menunggu penerbangan pulang ke Malaysia selepas bercuti ke negara tersebut sejak pertengahan Disember lalu.
Allahyarham merupakan bekas pesakit kanser payudara namun sel barah berkenaan dikatakan kembali aktif selepas enam tahun disahkan bebas daripada penyakit tersebut.
Lebih memilukan, percutian yang dirancang ke London kali ini merupakan hajat terakhir Allahyarham bagi menunaikan janji bersama anak iaitu Riyadh Haziq, 10, dan Raisya Hannah, 8.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi pengalaman menjadi ‘hantu’ menerusi Misteri Dilaila, bintang berusia 25 tahun ini memberitahu, dia disolek 3 jam hanya untuk satu babak selama 3 saat.
“Untuk dapatkan shot hantu, saya disolek 3 hingga 4 jam tapi babak itu hanya keluar 3 saat.
“Lepas itu, babak darah yang banyak di muka, kena kekal macam tu sampai 8 jam semata-mata untuk menjaga konti,” ulasnya yang memegang watak Dilaila.
Mengakui tidak pernah takut akan hantu, penyanyi lagu Semua Sudah ini turut memberitahu, ada terdengar kisah mistik yang berlaku ketika penggambaran.
Katanya, kru produksi seringkali mendengar suara wanita masuk dalam rakaman sedangkan tiada sesiapa ketika itu.
Bagaimanapun, Lizzy menjelaskan suara ‘entiti’ itu tidak pernah mengganggunya.
“Saya tak percayakan hantu sebab tak pernah alaminya sendiri. Sebenarnya saya teringin nak jumpa hantu.
“Saya nak tanya apa mereka nak? Mereka bosan ke? Kenapa nak kacau kita?” Selorohnya sambil ketawa.
Terdahulu, Lizzy ditemui media pada majlis Malam Gala Misteri Delaila di MMCinelplex, Damansara.
Turur hadir memeriahkan sesi tersebut ialah rakan pelakon, pihak produksi dan media. Misteri Delaila bakal menjengah pawagam 21 Februari depan.
Foto – Instagram Elizabeth Tan/ Ihsan Skop Productions/ Astro Shaw
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pagi tadi dunia hiburan dikejutkan berita sedih atas pemergian pemuzik terkenal, Faizal Uzir atau sinonim disapa Lok U.
Allahyarham kerap kali mengiringi persembahan penyanyi popular tanah air selain sering terlibat dalam program-program hiburan di TV3.
Bagaimanapun, pemergiannya nyata mengejutkan ramai pihak dan secara langsung ia turut memberi kesan kepada para selebriti yang pernah bekerjasama dengan arwah.
Erra Fazira misalnya antara rakan artis yang turut bersedih atas kehilangan seorang lagi permata seni itu.
Pernah terlibat secara langsung dengan arwah ketika sama-sama terbabit dalam program Mentor, primadona filem Melayu alaf baru ini menitipkan dedikasi terakhir buat arwah menerusi Instagram.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Diusia 45 tahun. Allahyarham Faizal aka LokYu meninggalkan kita mengadap yang Maha Esa. Satu kejutan buat industri muzik tanahair memandangkan LokYu insan seni yg aktif dan bz dgn tugasannya.
“Namun itulah kehidupan, sihat ataupun muda bukan jaminan. Khabarnya, Allahyarham pergi akibat sesak nafas setelah pulang dr jogging . Innalillahiwainnailaihirojiun,” tulisnya.
Erra pada masa sama turut mengimbau kenangan sama arwah suatu ketika dahulu.
“LokYu, saya bekerja rapat dgn beliau ketika program Mentor. Byk jasa dan bantuan LokYu kepada saya untuk menzahirkan kelainan buat anak didik saya, @salma_asis.
“LokYu insan yg sangat creative, cinta pada tugasnya, simple, mudah didekati dan ceria dimata saya.. Hanya Allah yg dapat membalas kebaikkannya dan moga Allah tempatkan Allayarham dikalangan hambaNya yang beriman, amin. AlFatihah buat Faizql aka LokYu,” titip Erra lagi.