2022 dan 2023 merupakan tahun yang agak cemerlang buat penyanyi Jaclyn Victor.
Masakan tidak, masih segar dengan kemenangan di Gegar Vaganza musim ke-9, kini beliau dinobatkan pula selaku juara All Star Gegar Vaganza.
Menerusi dua pertandingan ini, Jaclyn atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor berjaya mengumpul wang kemenangan sebanyak RM310,000.
Ditanya mengenai perancangannya dengan wang tersebut, penyanyi lagu Gemilang ini memaklumkan duit berkenaan akan dimanfaatkan buat masa hadapan anak-anaknya.
“Sama seperti di GV9, saya akan masukkan duit kemenangan ini ke akaun anak-anak saya. Saya tak belanja langsung duit kemenangan yang lepas. Semuanya ke akaun mereka.
“Sebagai penyanyi, kadang kala kehidupan kita kais pagi, makan pagi. Kita tiada pendapatan tetap setiap bulan. Anak-anak saya masih muda. Jadi, saya kena buat persediaan awal.
“Kita semua tahu betapa kerasnya kita bekerja selama 12 minggu ini. Saya sudah berjanji kepada diri sendiri dan tanpa berfikir panjang, ini semua buat mereka,” katanya kepada MH.
Ads
Jaclyn atau lebih mesra disapa Jac berkata sedemikian selepas selesai pentas akhir ASGV yang berlangsung di Axiata Arena pada Ahad.
Mengulas mengenai kemenangannya di ASGV, Jac mendedahkan dia sebenarnya tidak meletakkan harapan tinggi untuk bergelar juara.
Katanya lagi, fokusnya pada pentas akhir ini hanya untuk memberikan persembahan yang terbaik.
Ads
“Semua orang tahu saya ini mudah stres. Bila stres, ia jelas terlihat pada wajah saya. Jadi, lebih baik saya tidak meletakkan sebarang sasaran terutamanya untuk mendapat nombor satu.
“Saya hanya nak buat persembahan yang terbaik. Kita juga sudah tukar ke vanue, pentas pula lebih besar, ditonton ramai orang dan diiringi orkestra.
“Makna lagu When You Believe ini juga sangat mendalam dan dekat dengan situasi saya ketika ini,” ulasnya lagi.
Dalam pada itu, Jac turut mendedahkan lagu yang dipersembahkan sewaktu tugasan solo sebenar telah diubah daripada perancangan asal.
Ads
“Sebenarnya, lagu yang betul-betul saya mahukan adalah I Believe I Can Fly. Pada mulanya, semua dah okay dengan pemilihan lagu tersebut.
“Namu, pihak GV minta saya tukar kerana saya pernah menyanyikan lagu tersebut di sebuah program realiti nyanyian yang lain tapi bukanlah bertanding.
“Disebab ia program itu besar, mereka sarankan saya untuk ubah. Lagipun, saya juga mahu mencabar diri. Salah satu matlamat utuma program ini adalah kemampuan kita untuk berfikir di luar kotak,” akhirinya.
Terdahulu, Jac berjaya menewaskan tujuh peserta la di pentas akhir ASGV sekaligus membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM200,000, pakej percutian dan penginapan beserta trofi emas.
Jac berjaya mengungguli kedudukan pemenang selepas meraih markah tertinggi iaitu 80.10 peratus.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Satu khabar gembira terutamanya buat pencinta dunia permainan apabila sebuah siri drama komedi keluarga terbaru bakal menemui penonton tidak lama lagi.
Siri komedi berjudul Take CTRL merupakan sebuah drama bergenre sains fiksyen yang menceritakan kisah sebuah keluarga menghadapi pelbagai konflik dan rintangan setelah terperangkap di dalam dunia permainan.
Menariknya, konsep dan jalan ceritanya sangat berbeza dan unik jika dibandingkan dengan siri komedi yang lain.
Take CTRL ini juga padat dengan pelbagai aksi yang menghiburkan dan sememangnya sangat sesuai ditonton seisi keluarga di rumah.
Siri komedi sebanyak enam episod ini telah dibintangi oleh pelakon hebat Shaheizy Sam, Hana Mazlan dan para pelakon pelbagai bangsa antaranya bintang Maharaja Lawak Mega (MLM) Prakash, Chi Ho, Jinnyboy dan ramai lagi.
Jadi kepada anda semua jangan lupa untuk saksikan Take CTRL pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam di saluran TA-DAA (612), mulai 29 Januari ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Di samping itu, rata-rata peminat mendoakan agar mahligai cinta pasangan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.
Untuk rekod, Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussein mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Ahmad Shariff Ahmad Taufik pada 24 Disember 2017.
Wah! Seronoknya Indah dapat bercuti dan meluangkan masa bersama suami tercinta. Mesti seronok!
Foto: Instagram Indah Ruhaila
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tular di media sosial baru-baru ini sebuah ambulans yang sedang dalam perjalanan untuk mengambil pesakit dirempuh sebuah kereta yang enggan berhenti di lampu isyarat Jalan Song Ban Kheng, Bukit Mertajam.
Kemalangan itu sempat dirakam oleh salah seorang pengguna jalan raya menggunakan kamera papan pemuka (Dashcam).
Dilaporkan, ambulan terbabit yang datang dari arah Pusat Perniagaan Gemilang sedang menuju ke rumah pesakit di Taman Merak, Simpang Ampat kira-kira jam 8.15 pagi.
Kejadian berlaku apabila seorang pemandu kereta yang datang dari arah kiri tidak memberikan laluan kepada ambulan tersebut hingga menyebabkan berlaku rempuhan di tengah persimpangan lampu isyarat tersebut.
Akibat rempuhan itu menyebabakan ambulans kemudiannya melanggar pula sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti di persimpangan lampu isyarat dari arah yang bertentangan.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid hanya seorang seorang penunggang motosikal cedera manakala pemandu ambulan dan pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.
Tambah beliau lagi, ambulan milik pusat perubatan swasta itu dikatakan tidak memberhentikan kenderaannya ketika lampu isyarat berwarna merah.
Dalam pada masa yang sama, seorang pemandu kereta yang datang dari arah kiri tidak memberikan laluan kepada ambulan tersebut hingga menyebabkan berlaku rempuhan di tengah persimpangan lampu isyarat terbabit.
Susulan daripada rempuhan tersebut, dua buah motosikal yang dilanggar mengalami kerosakan selain penunggangnya cedera dan terpaksa pula dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk menerima rawatan susulan.
Kes itu disiasat di bawah Peraturan 17 LN167/59 Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959 manakala mangsa yang cedera kini sedang menerima rawatan di hospital.
Sumber : Astro Awani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!