Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi mengenang memori indah perkenalannya bersama suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sebelum diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri pada 1 Januari lalu.
Menurut Heliza yang sinonim disapa sebagai Kakja, dia terlebih dulu menerima mesej pertanyaan daripada Mahadi atau Abang Dee di Instagram berhubung bantuan kemanusiaan.
“Saya ketika itu sudah terbabit dengan aktiviti pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO). Mesej itu sebenarnya cukup rawak. Macam orang lain mesej tanya mengenai bantuan mahu diberikan dan sebagainya.
“Saya membalas pertanyaannya seperti orang lain juga. Momen itu berlalu sepintas lalu tanpa ada sebarang pertemuan. Selepas itu tiada apa apa pun terjadi. Malah masing-masing meneruskan kehidupan macam biasa,” katanya.
Bagaimanapun, mereka kembali berhubung apabila Heliza mengirimkan doa apabila mengetahui Mahadi bakal ke tanah suci.
“Dijadikan cerita saya dapat tahu dia mahu menunaikan umrah. Jadi saya pula jenis yang selamba akan mengirimkan doa untuk dipanjangkan di Tanah Suci Makkah. Saya turut mengirimkan doa melaluinya.
“Saya jenis yang akan kirim doa kepada sesiapa termasuk mereka yang tak dikenali seperti netizen. Kita pun tak tahu doa siapa yang akan dimakbulkan Tuhan,” katanya.
Ads
Heliza pada masa sama mendedahkan, salah satu doa yang dikirimkan termasuklah soal jodoh.
“Doa jodoh itu dipanjangkannya di depan Kaabah. Pada ketika detik itu juga, bagai hadir isyarat yang jodoh tertulis antara kami.
“Dipendekkan cerita, dia bertemu keluarga untuk menyunting saya. Seterusnya Allah lorongkan semua itu ke satu ikatan ijab kabul,” katanya.
Ads
Ditanya mengenai suami tersayang yang juga pengasas dan Presiden AUF MBZ Consortium iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan, Heliza dengan rendah hati mengakui sukar menyatakan gambaran itu dengan kata kata.
“Sesuatu mengenai dirinya yang susah nak diterangkan dalam satu perkataan atau baris ayat. Dia… Masya-Allah, Subhanallah, Alhamdulilah.
“Dialah syurgaku. Saya bersyukur dikurniakannya. Moga mudah mudahan doa rumah tangga kami sampai ke jannah,” katanya.
Sementara itu, Mahadi sejujurnya menyifatkan jodohnya dengan Heliza seperti sebuah perjalanan mencari permaisuri hati yang boleh hidup bersama selamanya.
Ads
“Moga ikatan ini terus berada dalam sakinah, mawaddah, rahmat dan sampai jannah. Jodoh saya akhirnya tertulis di usia 38 tahun. Ia satu penantian panjang yang terjawab dan berbaloi apabila berjodoh dengannya.
“Kesudahan dan nikmat ini cukup menggembirakan hati dan disyukuri. Masya-Allah, Alhamdulilah dan cukup lengkap serta sempurna segala segi. Pandang dia rasa sejuk hati,” katanya.
Terdahulu, pasangan ini diraikan sahabat baik iaitu penyanyi dan pemilik bisnes perkahwinan, Bizmilla Wedding Centre, Mila Jirin pada Sabtu lalu dalam satu majlis di Bizmilla Grand Ballroom, Eco Sanctuary, Selangor.
Mangambil tema ‘Malam Islamik’ ia sebagai simbolik persahabatan antara Mila dan Heliza yang mencecah 15 tahun, ketika sama-sama menyertai program realiti, Akademi Fantasia musim kelima (AF).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Bizmilla Wedding Centre
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Ayu Raudah telah selamat melahirkan cahaya mata keempat awal pagi semalam.
Berita gembira itu dikongsikan isteri pemain bola kebangsaan, Zaquan Adha itu di laman Instagrammya.
“Allah Hu Akbar !! Syukur ayu telah selamat melahirkan anak ke 4.. It’s a baby boy!Alhamdulillah…
“setiap anak ada rezeki nya dan Pengalaman setiap anak lain2 apapun Alhamdulillah Di permudahkan urusan bersalin harini, rezeki sekejap je sakit dh bersalin xsempat Doctor sambut.
Adik kepada Rozita Che Wan itu juga sempat berkongsi detik-detik cemas sebelum bersalin.
“Kali ni betul2 rasa turun tanda ,pecah ketuban , & contraction.. bukaan 3 cm -10 cm 1 jam lebih ja,maybe dah ank ke 4..
“Seblum ni baby girl mmg la senang, sblum tu 2boys dgn epidurals so xsempat nk rasa sakit.
“Suami kalau bole sumua ank dia nk suruh I ambik epidural dia x sanggup tgk ayu sakit..
“kali ni Allah bg rasa dan menikmati experiences besalin betul2 sama mcm org lain cuma cepat n sakit sekejap bersama org tersayang suami n mama bergilir gilir dkt labour room.
“ Tq sayang sentiasa ada utk ada utk I @zaqone_08. Mama of course mak sanggup buat apa saja utk anak2 dia.. betul2 dak?! Kita belum tentu lg ada utk mak kita.
“Erm.. kami xpernah merancang pun pasal Anak sesungguhnya Rancangan & Kurniaan Allah yg terbaik ,sentiasa bersyukur,” tulis Ayu.
Dalam masa yang sama, Ayu berdoa agar anak-anaknnya membesar dengan baik dan sihat.
“Semoga Anak2 ku menjadi anak2 yg soleh Dan solehah dan menjadi ladang pahala dan rezeki. Amin ya robb.
Pelengkap keluarga Zaquan Ayu,”akhiri Ayu.
Menjengah di Instagram Zaquan pula, dia ada memuat naik gambar dan status di Instagram Stories.
(Salam,isteri saya telah selamat melahirkan bayi lelaki jam 10:46am.. Isteri dan anak selamat..Alhamdulillah),” tulisnya.
Untuk rekod, Ayu dan Zaquan berkahwin pada tahun 2011 dan dikurniakan tiga orang anak sebelum ini iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann dan Laura Zuleykha.
Foto: Instagram Ayu/Zaquan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tak dinafikan Fiza Abdul Halim seorang wanita yang cantik. Meski berstatus ibu tunggal, tapi dia tetap menjaga penampilan diri dan sentiasa kelihatan anggun.
Namun selebriti cantik berusia 43 tahun ini berjaya membuktikan tanpa berbelanja besar pun dia masih boleh tampil menawan.
Tertarik dengan kemulusan kulit wajah Fiza yang tak ubah bak porselin, sehingga sebutir jerawat pun tidak kelihatan di wajahnya. Saat diajukan pertanyaan tentang rejim kecantikan yang diamalkan, bekas penyanyi kumpulan Elite ini ketika dihubungi Nona hanya tertawa kecil.
Hanya Amalkan Minum Air Suam & Air Panas Untuk Jaga Kelembapan Kulit
Ujarnya, tiada penjagaan khusus yang dipraktikkan kerana dia seorang wanita yang ringkas.
“MashaAllah, tip cantik? Saya inilah orang yang paling simple. Mungkin sebab saya tak suka bersolek. Jadi kulit saya tak ada masalah sangat. Petua saya cuma satu je, saya tak suka minum air sejuk dan hanya minum air suam atau air panas.
“Bab kesihatan badan pula saya ni suka vacuum dan mop rumah hari-hari. Bagi saya itulah exercise saya untuk bersenam, sebab kalau nak pergi gym bagai memang tak bolehlah.
“Biasanya kalau duduk di rumah, saya akan cari apa saja kerja yang boleh saya buat walaupun semua dah tersusun dan kemas. Siapa yang kenal saya, tahulah saya ni macam mana.
Petua turun-temurun yang diamalkan tak ada. Cuma saya lebih berhati-hati dengan keadaan badan dan kesihatan diri sendiri. Pendek kata, memang saya pantau sendiri.”
Tambahnya lagi, “Kalau agak-agak badan tu dah naik kalau timbang, saya akan diet sedikit. Kalau bila timbang macam ringan dari selalu, saya akan makan lebih sedikit.
“Sebab saya ni kalau kurus, muka kurus dulu. Cengkung sangat tak elok pula nanti nampak haggard. Apa-apa pun elak minum ais ya!”
Tak Suka Bersesak Di SPA, Hanya Lakukan Rutin Kecantikkan Di Rumah Sahaja
Jika kebanyakan wanita gemar merawat dan membelai tubuh di spa kecantikan, berbeza pula bagi Fiza.
Katanya, “Saya tak suka ke spa sebab tak suka tunggu lama-lama dan saya tak pernah pergi. Kalau di rumah pun, saya tak buat macam orang lain, ada rutin harian yang wajib.
Habis kuat pun saya akan buat skrub dan mask muka. Itu pun boleh kira berapa kali. Agak-agak muka macam kusam, baru saya akan buat. Kalau tak, memang tak buatlah.”
Ferra Aryanna dan Feeya Adyrra merupakan anak gadis Fiza hasil perkahwinan pertamanya dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin. Fiza kemudian berkahwin dengan Adam AF namun berpisah.
Perkahwinan Fiza Halim dengan seorang juruterbang pada tahun 2016 juga tidak berpanjangan. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan dikenali sebagai Baby Aleena.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Penerbit, Michael Ang berang dengan sikap segelintir pihak yang terlalu ekstrem memboikot sehingga merakam video orang lain tanpa kebenaran ketika mereka sedang makan di restoran yang mempunyai pertalian dengan Israel.
Menurut Michael, tindakan memerli juga tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.
“Tengok dekat Tik Tok meriah orang buat video dan kongsi fasal orang kaum Muslim masih makan dekat restoran-restoran yang si perakam nak boikot. Seriously perlu ke buat mcm tu.
“Kau nak boikot, kau boikot la. Kenapa nak buat video macam membuka aib yang makan tu tak boikot dan kapsyen ‘meminta’ dan bahasa lagi sial dari orang Israel,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh penerbit drama One Million Dollar Voice itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Michael turut menyifatkan tindakan memboikat adalah pilihan individu dan tidak boleh dipaksa.
“Mana kamu semua tahu mereka tak sokong Palestine dan mereka tak buat apa-apa untuk Palestin? Berhentilah tunjuk kamu macam ‘ter Palestin’ sekali.
“Kalau aku orang dalam video tu, memang aku saman korang. Niat murni kau orang nak berboikot sekarang dah menjadikan korang macam orang Israel. Memaksa orang ikut tekak kau,” ujarnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut menyeru kepasa semua pihak untuk tidak berbalah dalam isu memboikot ini.
“Setuju! Nak boikot silakan. Hak masing-masing. Tak payah nak jadi terpaling palestine tapi hakikatnya duduk cari salah orang. Bawak-bawak la bertaubat. Mohon saman si kaki rekod tu. Kena ajar sikit.
“Betul. Siapa nak boikot, boikot. Jangan pergi ambil video oran lain. Itu dah
menganaiya namanya. Nak suruh orang lain tengok ke depa tak boikot?
“Sebenarnya kita boleh saman siapa ambil gambr sesuka hati macam tu. Benda tak haram. Boikot atau tak boikot, pilihan masing-masing.
“Saya sekarang fikir macam ni, mereka yang sebar video orang macam tu, Allah pandang lagi tak niat mereka sokong Palestine tu. Niat baik tapi buat kerja jahat,” antara komen-komen netizen.
Semalam, tular sepotong video di aplikasi Tik Tok yang memaparkan beberpa pelanggan beragama Islam sedang makan di sebuah restoran makanan segera terkemuka.
Video tersebut kemudiannya menimbulkan reaksi bercampur baur di kalangan netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Michael Ang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah, syukur dan terharu apabila menerima penghargaan sebagai Ikon Ibu Mudasempena Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di...