Kecoh di media sosial beberapa hari lalu apabila Datin Diana Danielle akhirnya mendedahkan dirinya ada mengalami masalah penyakit ‘Anxiety Disorder’.
Malah, bintang Gol Gincu 2 ini turut berkongsi perihal keresahan yang dialami menerusi media sosial hingga menimbulkan reaksi pelbagai pihak.
Diana atau mesra disapa Dee, mengalami kesukaran untuk bernafas dengan baik.
“Dua minggu sebelum saya terkena serangan semput itu, saya alami peluh sangat teruk dan degupan jantung saya sekejap okey sekejap tidak secara tiba-tiba.
“Saya sendiri tak tahu kenapa. Nak kata saya menghadapi masalah itu sebelum ini, tidak pula memandangkan rutin harian seperti menguruskan anak-anak, perniagaan dan sebagainya itu normal.
“Cuma apa yang menjadi punca semua ini adalah saya tak jaga tidur dan perubahan hidup.
“Saya kongsi kepada orang yang senasib dengan saya, yang mengalami masalah yang sama dan bukan berkongsi kepada orang yang memberi kritikan kepada saya”, katanya jujur.
Malah, ibu kepada dua cahaya mata ini juga tidak pernah ambil peduli andai ada pihak yang hanya gemar memberi kritikan.
“Saya tak kisah langsung apa yang mereka yang nak cakap pasal saya, saya kongsi sebab saya ingin membantu.
“Itu sahaja,” kongsi bintang berusia 27 tahun itu lagi andai ada yang membayangkan dia seperti cuba raih simpati.
Sekadar informasi, Diana dan rakan selebriti yang lain bakal muncul dalam program komedi pentas All Stars Buka Panggung bermula 6 September depan di saluran Astro Warna (CH132) dan Astro Warna HD (CH124)
Diana ditemui MH ketika sidang media program berkenaan yang berlangsung di Nicsmann, The Starling Mall, Damansara Utama, pada Selasa.
Program All Stars Buka Panggung merupakan sebuah pertandingan komedi pentas yang menguji dan mencabar pelakon beraksi dalam babak komedi pentas.
Pentas komedi tersebut bakal dihangatkan berasama para pelakon hebat lain seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Aaron Aziz, Datin Seri Umie Aida, Sharifah Sakinah, Rita Rudaini, Fahrin Ahmad, Izzue Islam dan ramai lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI