Bekas isteri Fizo Omar, Mawar Abdul Karim yang baru sahaja bercerai talak satu kira-kira jam 10.55 pagi tadi mengakui sedih atas apa yang berlaku.
Bagaimanapun, Mawar, 30, tidak menafikan pengorbanan yang dilakukan adalah yang paling besar dalam hidupnya.
“Perasaan sudah tentunya sedih, tapi saya harap pengorbanan ini adalah satu pengorbanan paling besar dalam hidup saya.
“Bukan kerana ego atau harta tapi saya reda. Apa yang terjadi ini ada hikmah disebaliknya.
Ads
“Saya perlu jaga banyak hati pihak sebab saya takut apa yang saya cakap ini, takut disalahtafsir oleh pihak lain,” katanya sejurus selesai prosiding cerai sebentar tadi.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini pada masa sama turut menjelaskan, sebagai wanita, sudah tentu dia sedaya upaya cuma untuk selamatkan rumah tangga.
Ads
“Selama tempoh enam tahun ini, kami cuba untuk selamatkan rumah tangga kami tapi saya pasrah dan sampai sini sahaja saya dan Fizo.
“Penjagaan anak dapatkan saya. Saya tidak akan pisahkan mereka sebab Maryam pun masih kecil.
Ads
“Saya korbankan kasih sayang saya untuk Fizo. Saya cuba pertahankan, tapi ini sudah pun terjadi. Cuma apa yang boleh saya katakan, Fizo seorang bapa dan anak yang baik terhadap keluarganya,” kongsi Mawar yang turut mengakui ketika ini Maryam berada di bawah penjagaan Mawar.
Terdahulu, Fizo melafazkan cerai talak satu kepada Mawar menerusi prosiding tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, pagi tadi.
Pasangan pengantin baru, Datin Seri Heliza Helmi,36, dan suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman,38, sekali lagi diraikan di dalam satu majlis istimewa, Sabtu lalu.
Acara tersebut telah dilangsungkan di Bizmilla Grand Ballroom, Eco Sanctuary, Selangor dan majlis tersebut sebenarnya telah anjurkan rakan baik, Mila Jirin sebagai hadiah buat rakan baiknya itu.
Mengambil tema ‘Malam Islamik’, majlis turut meraikan simbolik 15 tahun ukhuwah serta persahabatan di antara Mila dan Heliza.
Terdahulu Heliza, mengakhiri zaman bujang pada 1 Januari lalu dengan suaminya yang juga ahli perniagaan, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Heliza atau atau nama penuhnya, Nur Heliza Helmi pada mulanya agak keberatan untuk menerima hadiah berkenaan. Namun mengalah mengenangkan persahabatan mereka yang sedia terjalin sejak sama-sama menyertai Akademi Fantasia musim kelima (AF5).
“Selesai majlis pernikahan dan resepsi, saya dan suami tak ketinggalan diraikan teman baik yang bersungguh-sungguh menganjurkan beberapa majlis. Mila sendiri tak ketinggalan. Dia memang berniat sekian lama. Kalau saya kahwin, mahu diberikan hadiah majlis persandingan.
“Dia sendiri siapa tak kenal memang ‘tauke majlis kahwin’ sejak tahun 2013 selepas tak lagi fokus dalam dunia seni. Masa dia suarakan hasrat itu, saya terkejut. Malah bertambah segan kerana hadiah itu terlalu besar nilainya.
“Tapi dia bersungguh sungguh nak juga memenuhi niat terbuku itu. Akhirnya saya ‘tewas’. Lantas saya pun teringat Nabi Muhammad SAW sendiri tidak menolak hadiah pemberian sahabatnya.Saya pun ikut sunah Nabi dengan menggembirakan Mila,” katanya.
Malah Heliza yakin Mila dan perniagaan perkahwinannya menjadi asbab untuk terus mengerat dan menyatukan silaturahim sesama insan.
“Penerimaan dan persetujuan hadiah itu juga membuka ruang dan harapan kepada tetamu yang datang majlis itu sama sama berkongsi kegembiraan dan keberkatan.
“Saya yakin hadiah itu ibarat susun atur Allah Taala menerusi Mila untuk diri ini. Dapat juga rezeki sahabat dan insan lain saya kenali datang ke majlis. Termasuklah teman dan tenaga pengajar AF5.
“Majlis Maulid juga diadakan seperti sebelum ini bertujuan memuliakan Nabi SAW. Turut diadakan majlis bacaan Al Quran serta perkongsian ilmu bermanfaat daripada golongan asatizah,” katanya.
Heliza pada masa sama turut berkongsi soal hubungan di antara mereka berdua dan bersyukur mereka dipertemukan.
“Mila cukup bernilai, Masya-Allah. Saya ini tiada apa apa. Dia sangat hebat, baik, solehah dan segala serbi lengkap. Tuhan mempertemukan kami di AF5. Kami akrab walaupun tak sentiasa berhubung dan bersua.
“Namun hubungan dalam hati itu tetap mekar. Kami kalau ada kesempatan akan berkongsi pelbagai cerita. Termasuklahberborak fasal zaman dan kenangan dulu,” katanya.
Heliza yang mesra dengan sapaan Kakja rupanya sebelum ini pernah menerima mesej pertanyaan Abang Dee (suami) di Instagram (IG) mengenai bantuan kemanusiaan yang ingin disalurkan.
“Saya ketika itu sudah terbabit dengan aktiviti pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO). Mesej itu sebenarnya cukup rawak. Macam orang lain mesej tanya mengenai bantuan mahu diberikan dan sebagainya. Saya membalas pertanyaannya seperti orang lain juga.
“Momen itu berlalu sepintas lalu tanpa ada sebarang pertemuan. Selepas itu tiada apa apa pun terjadi. Malah masing masing meneruskan kehidupan macam biasa. Dijadikan cerita saya dapat tahu dia mahu menunaikan umrah.
“Jadi saya pula jenis yang selamba akan mengirimkan doa untuk dipanjangkan di Tanah Suci Makkah. Saya turut mengirimkan doa melaluinya.
“Saya jenis yang akan kirim doa kepada sesiapa termasuk mereka yang tak dikenali seperti netizen. Kita pun tak tahu doa siapa yang akan dimakbulkan Tuhan,” katanya.
Ungkap Heliza lagi, salah satu doa yang dikirimkan kepada Abang Dee termasuklah perihal jodoh.
“Doa jodoh itu dipanjangkannya di depan Kaabah. Pada ketika detik itu juga, bagai hadir isyarat yang jodoh tertulis antara kami .
“Dipendekkan cerita, dia bertemu keluarga untuk menyunting saya. Seterusnya Allah lorongkan semua itu ke satu ikatan ijab kabul,” katanya.
Ditanya mengenai Abang Dee yang juga pengasas dan Presiden AUF MBZ Consortium iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan, Heliza dengan rendah hati mengakui sukar mengungkapkan gambaran itu dengan kata kata.
“Sesuatu mengenai dirinya yang susah nak diterangkan dalam satu perkataan atau baris ayat.
“Dia… Masya-Allah, Subhanallah, Alhamdulilah. Dialah syurgaku. Saya bersyukur dikurniakannya. Moga mudah mudahan doa rumah tangga kami sampai ke jannah,” katanya yang turut menyifatkan isteri sebagai wanita yang boleh hidup bersamanya sampai bila-bila.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Bizmilla Wedding Centre
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lana Nordin menerusi Instagram ada menitipkan ucapan istimewa buat anak bongsunya, William Daud Mckienzie atau Billy yang kini genap berusia setahun.
Pelakon ini memanjatkan kesyukuran atas nikmat serta ujian yang diberikan dalam proses menjaga amanah permata hati.
“MMDG&W, Syukur pada ilahi tahun lalu pada Tarikh ini, Allah swt berikan ujian yg sangat hebat pada daddy dan mommy sekeluarga… Dan pada tarikh hari ni juga, alhamdulillah Allah swt berikan nikmat untuk menyambut tahun pertama bersama kami.
“Terima kasih Allah Swt dengan anugerah ini, anakku ini semakin sihat dan terima kasih juga kerana memberiku peluang utk ku menjaganya yg pernah ku rayu dan ku mohon padaMu dan terima kasih kepada semua yg telah mendoakan dan masih mendoakan kesihatan anak sy, terima kasih semua.
“Happy Birthday to my dearest son, semoga jadi anak yg soleh dan beriman…amin. We love u Billy Boy @gibi_mck #1stbirthday #oneyearold #alhamdullilah #prayforbilly #bless #cutebaby #handsomeboy #billydaud #lanadavidmckienzie #myprecious #myboy #mybudak #myhero #mckienzieclan,” tulisnya.
Fiesta Belia Merdeka 2024 bakal berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, 8 September depan.
Acara ini dianjurkan oleh KL Care dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan NGO belia seperti International Youth Centre (IYC), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP).
Menurut Pengerusi KL Care iaitu Shafiq Saharudin, program ini bertujuan untuk memperkukuh semangat kemerdekaan di kalangan belia, sambil memupuk kepimpinan dan kesedaran sosial dalam kalangan generasi muda.
“Acara ini juga menjadi platform bagi belia untuk mempamerkan bakat dan kemahiran mereka melalui pelbagai aktiviti dan program yang telah disusun sepanjang hari tersebut.
“Fiesta Belia Merdeka 2024 ini juga dapat membantu belia untuk meneroka peluang kerjaya dan latihan untuk perancangan masa hadapan,” katanya.
Shafiq menambah, antara acara utama yang akan berlangsung termasuk Fitness Dance Marathon, Karnival Kerjaya oleh PERKESO, Bike Show, Forum Belia Berisiko, Pertandingan Filem Pendek, Hari Rock Negara dan Sambutan 50 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China.
Malah, tetamu yang hadir turut berpeluang untuk berjumpa dengan selebriti popular tanah air antaranya ialah Fikry Ibrahim, Cacha Maembong, Bella Dowanna, Wan Raja Lawak, Trisha Ooi dan ramai lagi.
Pada masa sama, turut menjadi tarikan adalah Hari Rock Negara yang akan berlangsung pada hari sama sekitar jam 7 malam.
Antara barisan penyanyi yang akan menggegarkan pentas Hari Rock Negara adalah kumpulan Gerhana Ska Cinta, SYJ, Lipan Bara, Kugiran D’ Tepi Pantai dan banyak lagi.
Meski kali pertama KL Care menganjurkan karnival yang berskala besar seperti Fiesta Belia Merdeka 2024, pihaknya optimis menjanjikan pelbagai aktiviti menarik yang bukan sahaja mendidik tetapi juga menghiburkan.
Difahamkan, Fiesta Belia Merdeka 2024 ini mendapat sokongan penuh daripada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Datuk Azman Hj Abidin, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti dan usahwan, Noor Neelofa berpendapat isu mengenai pengambilan epidural dan ubat tahan sakit terhadap ibu yang melahirkan zuriat tidak perlu diperdebatkan.