Bekas isteri Fizo Omar, Mawar Abdul Karim yang baru sahaja bercerai talak satu kira-kira jam 10.55 pagi tadi mengakui sedih atas apa yang berlaku.

Bagaimanapun, Mawar, 30, tidak menafikan pengorbanan yang dilakukan adalah yang paling besar dalam hidupnya.

“Perasaan sudah tentunya sedih, tapi saya harap pengorbanan ini adalah satu pengorbanan paling besar dalam hidup saya.

“Bukan kerana ego atau harta tapi saya reda. Apa yang terjadi ini ada hikmah disebaliknya.

IKLAN

“Saya perlu jaga banyak hati pihak sebab saya takut apa yang saya cakap ini, takut disalahtafsir oleh pihak lain,” katanya sejurus selesai prosiding cerai sebentar tadi.

Ibu kepada seorang cahaya mata ini pada masa sama turut menjelaskan, sebagai wanita, sudah tentu dia sedaya upaya cuma untuk selamatkan rumah tangga.

IKLAN

“Selama tempoh enam tahun ini, kami cuba untuk selamatkan rumah tangga kami tapi saya pasrah dan sampai sini sahaja saya dan Fizo.

“Penjagaan anak dapatkan saya. Saya tidak akan pisahkan mereka sebab Maryam pun masih kecil.

IKLAN

“Saya korbankan kasih sayang saya untuk Fizo. Saya cuba pertahankan, tapi ini sudah pun terjadi. Cuma apa yang boleh saya katakan,  Fizo seorang bapa dan anak yang baik terhadap keluarganya,” kongsi Mawar yang turut mengakui ketika ini Maryam berada di bawah penjagaan Mawar.

Terdahulu, Fizo melafazkan cerai talak satu kepada Mawar menerusi prosiding tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, pagi tadi.

https://www.instagram.com/p/BzufK7JHElS/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI