Mengumpul pengalaman dalam industri serta pengetahuan dalam bidang muzik menjadi bekalan sebelum membuat keputusan bergelar penyanyi.

Itu formula yang cuba diguna pakai bintang baru, Adam Izzy bagi mempersiapkan diri, selain menyedari persaingan yang perlu dihadapi dalam cabang seni baru yang diterokai.

Pada masa sama, dia turut mengambil langkah termasuk mengumpul duit dan membeli kelengkapan berkiatan penerbitan muzik bagi memastikan dirinya faham secara menyeluruh berkaitan bidang tersebut.

“Saya kumpul duit sedikit demi sedikit dan beli peralatan berkaitan serta belajar mengenai muzik supaya saya lebih faham.

“Saya juga belajar di YouTube dan banyak bertanya kepada rakan dan orang berpengalaman mengenai bidang ini,” katanya.

“Saya Kumpul Duit Sedikit Demi Sedikit Dan Beli…,” – Dari Penyampai Radio, Adam Izzy Buat Persediaan Teliti Fokus Dunia Nyanyian

Bintang berusia 27 tahun ini turut mengakui, penerimaan baik single Bahasa Inggerisnya tahun lalu memberikan sedikit sebanyak memberikan semangat untuk muncul dengan karya terbaru berjudul Tak Bersalah.

Ia sudah pun dilancarkan sejak Jumaat lalu sekali gus mengharapkan sambutan positif pecinta muzik lokal.

IKLAN

Bekas penyampai Hitz FM ini juga berharap single terbaharu ciptaan Omar K bersama Ikhwan Fatanna dan dirinya sendiri diterima baik oleh peminat industri muzik tempatan.

“Saya berharap Tak Bersalah yang mempunyai sentuhan Pop RnB ini sesuai dengan halwa telinga semua. Dalam lagu ini pelbagai emosi dikongsi.

“Lagu ini juga menceritakan seorang lelaki yang mempertahankan dirinya dan yakin kebenaran akan terbukti akibat salah faham,” akui Adam yang turut mahir bermain piano.

Lagu Tak Bersalah yang mempunyai lirik dalam Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris ini boleh didengari di semua platform digital dan muzik video ditonton di YouTube Adam Izzy.

Adam turut menambah, dia juga selesa menyanyikan lagu Bahasa Melayu kerana memang mempunyai kawan serta peminat yang menyokong kerjaya muziknya.

IKLAN

“Saya Kumpul Duit Sedikit Demi Sedikit Dan Beli…,” – Dari Penyampai Radio, Adam Izzy Buat Persediaan Teliti Fokus Dunia Nyanyian

“Bila saya keluar dengan single Bahasa Inggeris tahun lalu berjudul Dying Inside, memang ada yang cadangkan saya nyanyikan lagu Melayu.

“Setelah berbincang dengan pengurusan dan rezeki dapat bekerjasama dengan komposer hebat seperti Omar membuatkan saya bersemangat,” katanya lagi.

Terdahulu, Adam bermula di pentas komersial menerusi iklan beberapa jenama ternama sejak kecil sehingga dewasa.

IKLAN

Malah dia juga diberi kepercayaan mengendalikan beberapa acara antarabangsa sebagai pengacara serta kempen yang dijalankan.

Berkenaan persaingan dengan ramai bakat baharu sedia ada, Adam berkata, dirinya hadir dengan bakat yang ada untuk dikongsi dengan peminat industri muzik tempatan.

“Saya mahu memeriahkan industri dan pada masa yang sama menjual bakat saya. Saya percaya ada yang akan menyokong usaha ini.

“Masing-masing pasti ada citarasa muzik dan saya kongsikan apa yang saya ada untuk anda semua,” katanya.

Adam juga rajin membuat ‘cover’ lagu-lagu popular di laman YouTube miliknya dan pernah mendapat pujian dari penyani tersohor seperti Faizal Tahir.

Bagi yang ingin mengenalinya dengan lebih dekat, kalian boleh berinteraksi secara terus bersamanya menerusi laman Instagram @adamizzy, Facebook Page dan YouTube : Adam Izzy.

https://www.youtube.com/watch?v=IgffkDxitzI

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI