Pengarah terkenal, Eyra Rahmah akui pada mulanya agak berat hati untuk mengarahkan drama terbaharu berjudul ‘Senyawa’ sewaktu mendapat skrip daripada pihak penerbit, Metrowealth iaitu Jason Teo.
Menurut Eyra, isu yang ibu tumpang yang diangkat di dalam drama ini sememangnya berat kerana ia bercanggah dengan agama.
Namun, selepas sesi perbincangan, dia bersetuju untuk mengarahkan drama ini sebagai pengajaran buat masyarakat.
“Pada mulanya saya mendapat skrip Senyawa ini daripada Jason Teo. Ingatkan naskhah ini bercerita soal anak. Ketika bertemu, Jason maklumkan ia drama tentang ibu tumpang.
“Pada awalnya saya agak terkejut. Saya bagitahu Jason, ibu tumpang ini haram di sisi Islam. Kemudian, berjumpa pula dengan ibu Jason.
“Saya bagitahu yang saya tak boleh buat drama ini. Kalau buat, umpama saya tiada agama.
“Jadi, saya melihat semula isu ini dengan lebih terperinci. Saya kupas satu per satu agar tidak tersasar,” katanya kepada MH.
Ads
Eyra berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama ‘Senyawa’ yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Rabu.
Katanya lagi, dia juga sudah bersedia untuk berhadapan dengan respon-respon daripada netizen meskipun drama ini sarat dengan mesej-mesej yang positif.
“Kita tak nak orang tengok drama ini dan mengatakan kami menyokong perbuatan ibu tumpang ini.
Ads
“Dalam skrip ini, kita selitkan juga hukum-hukum agama. Terangkan juga mengapa ibu tumpang ini haram.
“Namun, kerana status dan desakan hidup, watak utama dalam drama ini sudah tidak memikirkan fasal hukum agama.
“Sebagai manusia, bila kita mengutamakan nafsu dan kehendak, kita melupakan haram dan halal ini. Itu yang saya nak tonjolkan. Jadi, saya sudah bersedia dengan apa sahaja respon penonton,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai cabaran sepanjang menjayakan drama ini, ini reaksi Eyra;
Ads
“Naskhah ini sangat berat. Ia menuntut perasaan dan mental yang kuat daripada barisan pelakon. Drama ini sarat dengan emosi
“Untuk kekalkan perasaan itu daripada Trisha dan Siti Hariesa agak mencabar. Namun, saya sentiasa percaya mereka mampu buat yang terbaik.
“Mereka juga harus mempercayai saya agar drama ini mampu menjadi naskhah yang terbaik,” akhirinya.
Terdahulu, drama Senyawa ini dibintangi barisan pelakon-pelakon hebat seperti Shahz Jaszle, Trisha Ooi, Siti Hariesa, Datin Nina Juren dan Aleza Shadan.
Senyawa bakal ditayangkan bermula 25 Oktober ini, pada Jumaat dan Sabtu jam 9 malam di platform penstriman Iqiyi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebagai tanda persahabatan, pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam dan suaminya Datuk Azam telah menyambut hari ulang tahun kelahiran rakan pelakon Norman Hakim.
Menerusi akaun Instagram milik Rebecca, dia berkongsi momen ketika meraikan hari jadi Norman yang turut ditemani isteri, pelakon Memey Suhaiza.
Dalam pada itu, Rebecca turut mendoakan agar Norman dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.
“Happy birthday Abg @normanhakim_786 Semoga Panjang Umur,Murah Rezeki Sentiasa Dan Berbahagia Sentiasa bersama Keluarga TerCinta thank you sayangku mummy Cantik @memeysuhaiza for having me and Hubby today,
“Yeayyy Jadi plan Para isteri, next location after this please. @memeysuhaiza @azambecca @normanhakim_786,” tulisnya.
Untuk rekod, Rebecca mendirikan rumah tangga bersama Datuk Nor Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011.
Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nor Adam Daniel 11 tahun, Nor Anggun Raverra, 7 tahun, Nor Anggerik Renesmee, 6 tahun, Nor Aliff Al-Raffael, 3 tahun dan Nor Ahmet Al-Reaggan, setahun.
Selain itu, Rebecca juga turut menjaga beberapa orang anak angkat.
Foto: Instagram Rebecca Nur Al-Islam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran adik bongsu, cef selebriti Datuk Fazley Yaakob secara seloroh sedang mencari calon suami untuk adik perempuannya itu.
Jelas Fazley, sebagai seorang abang yang bertanggungjawab, dia mahu mencari calon suami yang terbaik untuk adiknya.
Menerusi entri yang di Instagram, Fazley juga tidak membenarkan lelaki yang berstatus suami orang untuk menjadi calon suami adiknya yang kini mencecah usia 25 tahun.
“HAPPY BIRTHDAY TO MY LITTLE SISTER Saya sebagai abang sulong memegang tanggungjawab besar untuk menjadi wali dan sekaligus mencarikan jodoh yang sesuai untuk adik2 saya semua.
“Cuma untuk adik bongsu saya ni, saya cakap kat bee, “Bee kena bukak mata baru lah nampak jodoh!”
“Saya bagi diri saya 6 bulan untuk carikan jodoh dia, dan 6 bulan lagi untuk dia suai kenal dengan bakal jodoh dia,” tulisnya.
Fazley pada masa sama turut memberikan butiran lanjut mengenai fizikal adiknya.
“So here it goes! Yang berminat, you guys can DM me with a proper profile (SUAMI ORANG STAY AWAY KALAU TAKNAK KENA BAKAR DALAM OVEN ATAU KENA SEKEH KEPALA DENGAN WHISK OLEH SAYA ABANG LONG DIA!), and yes, I’M SERIOUS!
“This is about her: Tinggi 170cm (Boys, you need to be taller!)
“Qualifications: Certificate in Cuisine from Le Cordon Bleu Malaysia & Business Degree from UNITAR
“Others: Suka bela kucing macam jaga anak sendiri, Baking amazing cookies dan marshbars, almost a makeup expert, rajin menjaga & sayang gila anak2 buah and more (nak kena inquire within to find out lah kan?)
“Dia sangat penyayang orangnya, tapi boleh jadi T-rex kalau ganggu ibu dia dan family dia 25 years old today! Only serious applicants allowed!,” tulisnya lagi.
Pelakon dan usahawan Wawa Zainal memberikan dedikasi bersempena hari jadi suaminya yang juga pelakon, Aeril Zafrel dengan cara tersendiri.
Kali ini, Wawa yang merakam ‘keletihan’ suaminya yang sedang dukung sambil menyusukan anak keempat mereka dengan botol susu sebagai ‘hadiah’ sempena ulang tahun kelahiran aktor itu yang genap 33 tahun usianya.
Seloroh Wawa menerusi Instagram, ia dibuat agar Aerilyang genap usianya 33 tahun semalam bersetuju dengan hasratnya untuk ‘tutup kilang’ selepas ini.
“Happy birthday my love. Nah hadiah hari jadimu, kepenatan. Nak sangat anak ramai kan. Saje buli dia jaga sepanjang malam supaya dia setuju untuk tutup kilang.
“I love u @aeril_zafrel, suami terbaik & ayah yang terbaik untuk anak-anak. Begini la nanti setiap tahun, 3 hari berturut-turut posting pasal birthday je.
“Korang rasa berapakah umur Aeril?,” tulis Wawa pada ruangan kapsyen.
Gurauan Wawa itu nyata mendapat perhatian wargamaya dan hingga kini, video pendek tersebut sudah pun ditonton lebih 800,000 kali bersama ratusan komen yang ditinggalkan.
Anak keempat mereka selamat dilahirkan pada 30 November lalu.
Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 2013 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lain iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!