Mendapat markah terendah pada konsert minggu ke-5, Gegar Vaganza 8 (GV8), penyanyi Indonesia, Upik Isil mengakui insiden lupa lirik yang dialami semalam berpunca daripada kegagalannya dalam memberikan fokus terbaik.

Menurut Upiak, dia sebenarnya baru sahaja mendengar lagu Pengemis Muda dendangan asal Datuk Sheila Majid, seminggu lalu.

“Lagu ini sebenarnya baru je saya dengar sepanjang minggu ini. Saya jadi kurang fokus. Perasaan pun jadi ragu-ragu sebab takut salah.

“Saya rasa sebenarnya seperti ada kekeliruan sikit mengenai lirik lagu ini. Kalau menerusi platform Google liriknya sedikit berbeza dengan apa yang ada di prompter,” katanya kepada MH.

“Saya Kurang Fokus, Perasaan Pun Jadi Ragu-Ragu,” – Terselamat Dari Tersingkir Meski Lupa Lirik Di GV8, Upiak Isil Akui Terkesan Kecaman Netizen

Dalam pada itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Tak Tun Tuang ini turut mengakui kritikan yang diberikan netizen ada memberikan kesan buat dirinya sejak kebelakangan ini.

“Kerana terima banyak sangat kecaman saya jadi sedikit takut. Saya jadi terlalu memikirkan mengenai kecaman tersebut. Saya pasrah sahaja sekarang ini. Saya ikut sahaja nasib membawa saya ke mana.

“Tapi tak mengapalah, saya ikhlas dan reda. Saya sudah terbiasa dengan kecaman. Orang menilai buruk pun saya dah biasa tapi saya pasti Allah sangat menyayangi saya.

Ads

“Kepada peminat yang masih setia dan memaafkan kesilapan saya ketika bertanding serta maklum dengan kelemahan saya, terima kasih saya ucapkan. Apapun keputusannya, itu adalah rancangan daripada Allah,” kongsinya lagi.

Upiak berkata sedemikian ketika ditemui usai konsert minggu ke-5, GV8 yang berlangsung di Putrajaya International Convention Center (PICC) pada Ahad.

“Saya Kurang Fokus, Perasaan Pun Jadi Ragu-Ragu,” – Terselamat Dari Tersingkir Meski Lupa Lirik Di GV8, Upiak Isil Akui Terkesan Kecaman Netizen “Saya Kurang Fokus, Perasaan Pun Jadi Ragu-Ragu,” – Terselamat Dari Tersingkir Meski Lupa Lirik Di GV8, Upiak Isil Akui Terkesan Kecaman Netizen

Ketika ditanya mengenai insiden yang memperlihatkan dia menangis teresak-esak sewaktu penyingkiran Datuk Fazley Yaakob pada konsert minggu lalu, Upiak menjelas dia sebenarnya telah menganggap figura tersebut seperti abangnya sendiri.

Ads

“Saya daripada kecil, orang tua berpisah. Berkahwin pula bercerai. Saya pun anak sulung. Segalanya saya berjuang sendiri. Kasih sayang seorang lelaki itu agak kurang.

“Jadi, bila ada yang baik dengan saya, saya mudah tersentuh. Orang yang tiada di posisi saya mungkin tak faham. Rupanya Datuk Fazley ini asal usul kampungnya sangat dekat dengan rumah saya.

“Dia sudah menganggap saya seperti adiknya sendiri. Sesiapa sahaja yang beri perhatian kepada saya, saya akan jadi susah lupa pada orang tersebut,” ujarnya lagi.

“Saya Kurang Fokus, Perasaan Pun Jadi Ragu-Ragu,” – Terselamat Dari Tersingkir Meski Lupa Lirik Di GV8, Upiak Isil Akui Terkesan Kecaman Netizen

Ads

Katanya lagi, Datuk Fazley juga banyak memberikannya semangat sepanjang bertangding di GV8 ini.

“Datuk Fazley sangat baik. Saya ini selalu menilai orang daripada hati. Saya tahu siapa yang ikhlas dan berpura-pura.

“Datu Fazley juga sering beri nasihat kepada saya. Kalau nanti datang lagi ke Malaysia, dia kata dia akan sentiasa ada untuk saya. Selain Datuk Fazley, isteri dan ibunya juga baik. Mereka anggap saya seperti sebahagian daripada keluarga mereka,” akhirinya.

Pada konsert minggu ke-5, pihak juri telah pun bersepakat untuk tidak mengadakan penyingkiran.

Kesemua peserta layak bertanding pada minggu hadapan dengan lagu bertemakan ‘Seiring & Sejalan’.

Malah, mereka juga akan berduet bersama penyanyi muda atau BBNU (Budak-Budak Baru Nak Up).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI