Baru-baru ini, tular di media sosial sepotong video yang memaparkan kemegahan dan kemewahan rumah yang didiami penyanyi, Marsha Milan.

Video tersebut difahamkan telah dimuat naik oleh rakannya segali gus mengundang reaksi pelbagai daripada netizen.

Menurut Marsha, dia sendiri tidak menyangka video tersebut akan tular sehingga ada yang menyifatkan dirinya sebagai riak.

“Saya Kurang Senang, Ia Privasi,” – Rakan Tak Sengaja Viralkan Video Rumah Mentua, Ini Reaksi Marsha

“Saya sebenarnya kurang senang video itu dikeluarkan. Bagi saya, rumah merupakan ruang peribadi. Kalau saya kongsi di media sosial pun, saya tak tunjuk sangat keadaan rumah.

“Ditambah pula dengan zaman media sosial, kita risau kalau ada apa-apa berlaku. Itu adalah rumah keluarga dan bukan rumah saya sendiri.

“Tiada istilah pun nak mengatakan saya kaya. Saya perasan video itu tular tapi saya tak nak cari tahu lebih mendalam lagi,” katanya kepada MH.

Ads

Penyanyi lagu Kembali Terang itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis Meet And Greet Paling Ikonik AJL38 yang berlansung di Pasar Seni, Kuala Lumpur pada Ahad.

“Saya Kurang Senang, Ia Privasi,” – Rakan Tak Sengaja Viralkan Video Rumah Mentua, Ini Reaksi Marsha “Saya Kurang Senang, Ia Privasi,” – Rakan Tak Sengaja Viralkan Video Rumah Mentua, Ini Reaksi Marsha

Dalam pada itu, Marsha turut menjawab persoalan ramai mengapa dia memilih untuk tinggal bersama keluarga mentua selepas mendirikan tumah tangga.

“Saya pun tak jangka akan duduk dengan keluarga mentua selepas berkahwin.
Kalau saya dan suami sahaja tinggal di rumah itu, rasanya kami akan sunyi.

Ads

“Duduk beramai-ramai ini juga menyenangkan sebab kalau ada apa-apa, saya suka kalau ada orang di rumah. Kalau saya pergi outstation, saya tahu suami saya dalam keadaan baik.

“Ada kalanya saya risau kalau dia berseorangan di rumah. Duduk dengan keluarga juga ada hikmahnya.

“Mungkin ramai yang tak biasa tinggal dengan mentua. Ada boleh terima dan ada yang tidak.

“Tapi saya okay dan selesa. Ibu pula tinggal seorang. Jadi kami boleh sama-sama jaga,” ulasnya lagi.

Ads

Dalam pada itu, Marsha turut memaklumkan dirinya akan lebih berhati-hati untuk berkongsi perkara privasi kepada umum.

“Saya Kurang Senang, Ia Privasi,” – Rakan Tak Sengaja Viralkan Video Rumah Mentua, Ini Reaksi Marsha

“Selepas ini, saya akan lebih berjaga-jaga tapi kita pun tak boleh nak halang tindakan orang. Saya tahu video tersebut dirakam tapi saya tak tahu ia akan pergi sejauh ini.

“Suami saya kata, kalau boleh selepas ini, jangan sampai bagi orang naik atas. Kalau di dapur, okay lagi. Ini adalah pengajaran buat saya. Tak semua perkara boleh dikongsikan.

“Kawan saya pun tidak sengaja. Dia juga tak tahu akan jadi hal seperti ini. Pengurus saya dah minta video tersebut diturunkan,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI