Penyanyi Tajul Arif atau nama sebenarnya, Tajul Arif Nood Md Shari,22, menyifatkan perkahwinannya bersama isteri, Nurul Shamieza,24, sejak tiga tahun lalu menjadikan hidupnya lebih teratur.
Malah kehadiran puteri sulung mereka, Adriana Carisa yang kini mencecah usia setahun dua bulan turut menjadikan dirinya lebih bersemangat untuk terus membina nama dalam kerjaya seni.
“Alhamdulillah hidup saya kini lebih teratur dan bahagia, sejak ada anak ni saya rasa lebih bersemangat untuk tingkatkan kerjaya saya, saya nak isteri dan anak saya rasa hidup senang dan selesa,” katanya.
Mula bergelar sebagai anak seni di tahun 2016 hingga kini, Tajul telah menghasilkan hampir 10 buah lagu termasuk lagu solo, duet dan lagu raya.
Terkini, Tajul telah pun muncul dengan single Izinkan Aku dan buat pertama kalinya Tajul menyanyikan lagu ciptaan pendatang baru, Tuah Adzami.
Lagu yang berkisarkan tentang cinta berentak balada ini turut mendapat sentuhan lirik dari tajul sendiri.
Namun ada sesuatu kejadian yang berlaku di sebalik tabir sewaktu rakaman vokal sedang di jalankan.
Ads
“Sebenarnya saya taknak sebut tentang hal ni, sebab saya tak suka besar besarkan perkara yang remeh.
“Tapi kalau dia masih nak bermasam muka itu hak dia. Sebab saya lebih suka bersikap profesional,” jelas Tajul.
Khabarnya, telah berlaku selisih faham antara Tajul dan Tuah Adzmi sewaktu sesi rakaman berlangsung.
Malah, keduanya dikatakan saling bertikam lidah dan hampir tumbuk menumbuk.
Ads
“Ya saya mengaku ada silap saya, tetapi bila dia taknak faham keadaan saya waktu itu dan menuduh saya membuat rakaman sambil lewa, saya tak boleh terima.
“Kebetulan saya kurang sihat dan tak cukup tidur kerana malam sebelum tu anak saya meragam.
“Sebab itu tumpuan dan suara saya agak kurang baik sewaktu rakaman tu berlangsung,” katanya lagi.
Atas hal yang berlaku, Tajul hampir meninggalkan studio kerana terlalu berang dengan sikap Tuah Adzmi.
Ads
“Saya cuma minta dia faham keadaan saya dan minta tangguhkan sessi rakaman tetapi beliau tetap memaksa saya selesaikan rakaman vokal dan mengeluarkan kata-kata yang tak sedap saya dengar.
“Ia mencabar tahap kesabaran saya, apa pun setelah dileraikan dan wakil FMC ada menghubungi, pergaduhan kami tamat di situ.
“Malah saya juga sudah pun minta maaf pada Tuah. Saya amat menyesali atas apa yang berlaku, dan mungkin salah saya juga kerana tak dapat kawal emosi” katanya.
Walaubagaiman pun, proses rakaman dapat diselesaikan setelah beberapa jam berikutnya.
“Sudah nak masuk tahun baru, tambahan pula saya kini suami orang dan bergelar ayah, jadi saya tidak mahu perkara negetif mengganggu hidup dan perjalanan kerjaya saya.
“Apa yang saya lakukan kini hanyalah untuk isteri dan anak saya. Saya nak cari nafkah yang halal sebanyak mungkin demi mereka berdua,” akui Tajul yang turut mengharapkan agar single terbarunya itu diterima baik peninat.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro di Instagramnya baru-baru ini.
Entri tersebut berkisar mengenai keratan di akhbar tempatan isu bakal jemaah yang ditipu tajaan umrah oleh sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej berkenaan.
“Jangan percaya Datuk ke Nenek ke Datin ke Haji ke Hajah ke..Saya bercakap sebab sy pun dah kena.. Kalau la Allah tu pilih aku orangnya bawakkan mak bapak korang ke umrah..Insyaallah xde tipu2 ni..
“Sebab dah pernah pergi jadi x tergamak nak tipu benda2 camni..Korang doakanlah Baba buat travel umrah ni..Bukan apa..Sy pun pernah kena tipu..
“Jadi berjaga2 la..Mak bapak kita bukan org senang..Noreh getah ngumpul duit nak pergi..Penyudah kena tipu.. Xsenang pn hidup kau penipu.. Pada mangsa semoga Allah balas jemputan kalian ketanah suci..Doakan Baba berangkat kesana Jumaat ini,” tulis Ajak.
Menurut posting tersebut, sebanyak 19 individu sudah tertipu dengan pakej tersebut dengan hanya membayar RM2,200 untuk mengerjakan umrah, manakala bakinya akan ditaja seorang individu bergelar ‘Datuk’ berjumlah RM5,000.
Difahamkan, Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi bin Razak akan berangkat ke tanah suci Jumaat ini.
Foto : Instagram Ajak Shiro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Zul Ariffin mendedahkan dirinya tidak mempunyai masalah untuk berlakon bersama para pelakon baru terutamanya yang lahir menerusi platform media sosial.
Jelas Zul, sebagai pelakon yang lebih senior, dia sebolehnya mahu memberikan pengalaman yang berguna buat para pelakon baru ini untuk dimanfaatkannya pada masa akan datang.
“Kebanyakkan Instafamous dan influencer yang menceburi bidang lakonan majoritinya adalah perempuan. Lelaki mungkin kurang sebab tiada siapa yang berani untuk menjadi hero ketika pertama kali berlakon.
“Saya sebenarnya tiada masalah dan tidak judge pun pelakon-pelakon baru atau instafamous ni walaupun mereka baru masuk ke set buat kali yang pertama.
“Apabila kami bekerjasama, saya nak mereka selesa dan saya juga akan berikan pengalaman yang berharga buat mereka. Saya kalau boleh nak memudahkan urusan mereka,” katan kepada MH.
Pelakon drama Love, Elsa ini turut menambah, para pelakon baru ini sepatutnya diberikan lebih banyak ruang dan peluang buat mereka menonjolkan bakat yang terpendam
“Kita tak boleh pentingkan diri sendiri. Saya tak tahu mengapa isu Instafamous ni selalu disebut-sebut. Setiap orang akan bermula di satu tempat.
“Tiada seorang pun pelakon di dunia ni yang terus sahaja berlakon dengan baik sewaktu projek pertama atau kedua mereka. Dalam bahasa mudahnya dalam tahun pertama memang akan ada banyak kesilapan,” ujarnya lagi.
Zul berkata sedemikian dalam satu temu ramahnya bersama MH baru-baru ini.
Dalam pada itu, Zul turut berpendapat sesetengah pelakon lama ini ada kalanya mula berasa manja saat mereka sudah berasa selesa
“Saya rasa sikap seperti ini harus diubah dikalangan orang industri. Saya percaya para pelakon baru ini mereka bermotivasi dan dahagakan ilmu dalam setiap peluang.
“Kadang kala sesetengah pelakon bila dah terlalu lama dalam industri, mereka akan jadi manja dan cara kerja mereka jadi biasa-biasa sahaja.
“Apabila darah muda ni datang, mereka bawa semangat yang tinggi. Itu tak patut kita sia-siakan,” jelasnya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Ani Maiyuni mengenang pemergian sahabat baiknya, penyanyi Mya Ruslee (Maya Mahatari) akibat kanser sarcoma tahap empat, pada Mac 2020.
Menurut Ani, hubungan mereka sememangnya akrab hingga menganggap hubungan mereka sudah seperti sebuah keluarga bersama beberapa rakan artis lain.
Penyanyi lagu Sedap itu berkongsi kisah berkenaan perkara tersebut selepas ditanya media.
“Saya menganggap dia bukan sebagai kawan tetapi lebih kepada keluarga. Dia tak panggil saya Ani Maiyuni tapi Ann. Mya datang ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama nenek yang ada pertalian keluarga dengan suami saya.
“Semasa dia sakit, kami tahu mengenai keadaan dia tetapi dia selalu menunjukkan semangat yang positif. Dia tak nak kawan-kawan rasa kesian terhadap dia. Semasa Maya meninggal, Ieda Moin menelefon saya. Lama kami meluahkan rasa kesedihan.
“Ieda pergi ke majlis pengebumian tetapi saya tidak. Saya tak kuat masa tu. Kami merupakan rakan selebriti yang sangat rapat. Kami aktif bermain bola jaring. Tiba-tiba dia berhenti kerana dia sakit,” katanya kepada MH.
Dalam sebak, Ani dilihat tidak dapat menahan air mata dan dia merupakan antara rakan artis yang paling gembira bila mengetahui akhirnya arwah terpilih untuk menyertai program Gegar Vaganza musim ke-5 (GV5).
“Kami pernah berjumpa sebelum dia dapat menyertai program GV5. Dia pernah hampa kerana musim sebelum itu dia mendapat tawaran tetapi tidak terpilih atas sebab-sebab tertentu. Saya beri dia semangat dan beritahu rezeki Allah ini luas.
“Bila dia terpilih ke GV5, saya merupakan orang yang paling gembira kerana dia sangat-sangat berharap. Sebelum pejam mata, dia dapat apa yang dihajatkan,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Ani turut menyifatkan hubungan akrabnya bersama Mya memang tidak mampu digambarkan menerusi kata-kata memandangkan mereka telah mengharungi pelbagai momen-momen indah bersama sepanjang bergelar anak seni.
“Kami jarang berkongsi di media sosial mengenai keakraban kami. Bila dia dah tiada pun, saya tak pandai nak meluahkan perasaan dan menceritakan kisah kami di Instagram. Tetapi kami selalu ada untuk antara satu sama lain.
“Perkara yang paling saya rindu adalah apabila kami duduk bersama, selalunya kami bercerita mengenai keluarga. Kami pun selalu dapat show bersama. Dia sering bagi semangat dan komen mengenai persembahan saya.
“Saya, Ieda Moin dan Amyza Adnan memang rapat dengan Mya. Keakraban kami tak dapat diungkap dengan kata-kata,” akhirinya.
Terdahulu, Mya telah pun menghembuskan nafasnya yang terkahir pada tanggal 18 Mac 2020 di pangkuan ibunya ketika dalam perjalanan ke sebuah hospital swasta di Sungai Buloh.
Mya difahamkan telah mengidap kanser sarcoma tahap empat yang dideritai sejak beberapa tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.