Berita

“Saya Lakukan Demi Abah…,” – Belanja RM500,000 & Bariskan Ramai Bintang Termasuk Yayan Ruhian, Hafiz Mahamad Arahkan Filem Pendek Misi Ainaa

Share

Pempengaruh dan usahawan, Hafiz Mahamad tampil dengan buah tangan pertama filem pendek arahannya berjudul Misi Ainaa, selepas lebih tiga bulan ‘hilang’ dari media sosial.

Menurut Hafiz, kos untuk untuk menerbitkan filem pendek pertamanya itu adalah sekitar RM500,000.

“Kalau saya libatkan orang luar kos filem ini mungkin mencecah jutaan ringgit, tapi apabila kita buat sendiri menggunakan pasukan sendiri, saya yang tulis skrip dan saya sendiri yang berlakon.

“Lalu kos yang dapat dijimatkan sekitar 50 peratus. Saya keluarkan kos untuk filem ini lebih kurang RM500,000,” katanya ketika ditemui pada tayangan perdana filem pendek berkenaan di IOI Putrajaya, baru-baru ini.

Tambahnya lagi, filem yang dihasilkan itu demi memberikan pengalaman baharu kepada kakitangannya selain tidak melibatkan keuntungan.

“Tidak pernah terlintas untuk menjadi pengarah dan menulis skrip, namun saya bersyukur diberikan ilham dan idea sewaktu menghasilkan Misi Ainaa.

“Semuanya saya lakukan demi abah dan mahu berikan satu pengalaman baru dan realisasikan impian staf saya.

“Apa yang kami buat tiada keuntungan daripada segi duit kerana semuanya ditayangkan di laman sosial, tiada kutipan tiket pun di pawagam.

“Namun mungkin ada peluang lain selepas ini, mungkin sudah ada kepercayaan daripada badan seperti Finas atau terbitan Ainaa Dokumentari di Netflix. Saya suka hasilkan sesuatu berdasarkan kisah benar,” katanyq lagi.

Naskhah dalam genre aksi itu turut menampilkan barisan pelakon antaranya Beto Kusyairy, Azhan Rani, Hasnol Rahmat, Hushairi Husain, Elfira Loy dan pelakon Indonesia, Yayan Ruhian.

“Ia bermula dengan angan-angan dan apabila kami cuba risik mereka dan jelaskan pembikinan Misi Aina, Alhamdulillah semua pelakon tersebut berminat dan katakan ia satu naskah di luar kotak.

“Beto sendiri mengatakan nilai yang diterima bukan menjadi ukuran namun jalan cerita yang ditampilkan,” tambahnya.

Keseluruhan jalan cerita dan skrip dinukil sendiri oleh Hafiz bersama mesej yang ingin disampaikan iaitu berkisar liku-liku perjalanan perniagaan bersama isterinya, Syafiqah Aina.

Misi Ainaa mengisahkan kejadian culik pengasas produk Ainaa Beauty, Syafiqah Aina untuk mencuri data mengenai maklumat pembangunan perniagaannya.

Komander Hafiz yang mendapat arahan daripada Jeneral Abah menyertai misi untuk menyelamatkan Aina serta pasukan lain.

Rintangan dan cabaran untuk menyelesaikan misi terbabit merupakan simbolik jatuh bangun perniagaan Ainaa Beauty sepanjang tujuh tahun.

Misi Ainaa bakal ditayangkan di semua platform media sosial Ainaa Beauty sejak 22 Februari lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

@mediahiburanofficial Sejak akhir-akhir ini, kerap kali kita mendengar pasangan suami isteri yang ditimpa ujian saat suaminya mengecap kejayaan. Bercakap mengenai perkara tersebut, usahawan dan pempengaruh, Hafiz Mahamad menegaskan dia akan berusaha menjaga hatinya daripada anasir-anasir luar yang mampu menggugat kebahagiaan rumah tangganya. #MHnews #MediaHiburan ♬ original sound – Media Hiburan
Published by
MH