Memegang watak sebagai Mia Sara di dalam drama terbaru Cina Buta, pelakon, Nad Zainal mendedahkan dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk melakokan drama-drama yang mengangkat kisah tentang penceraian rumah tangga.
Menurut Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, dia langsung tidak terkesan kerana menyifatkan suasana di set penggambaran sangat positif.
“Sejak drama Hati Yang Tersakiti, kemudian ada back to back drama lain, semuanya berkisarkan tentang saya diceraikan. Malah, dalam dunia realiti pun begitu juga.
“Namun, saya sejenis yang tidak suka bercerita mengenai kisah peribadi tapi mungkin sedikit sebanyak apa yang berlaku di dalam drama itu seperti satu persiapan untuk saya.
“Jadi, saya tidak rasa terkesan. Saya okay sahaja di set penggambaran. Set ini juga sangat-sangat positif walaupun ketika itu saya sedang melalui satu fasa yang sukar. Saya tak rasa terbeban kerana mereka sangat supportive,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Skrin 2018 itu turut memberitahu, ada juga beberapa babak didalam drama ini yang diambil daripada kehidupan sebenarnya.
Ads
“Saya tak boleh bagitahu yang mana satu kerana terlalu personal. Cukuplah saya tengok dan ketawa sendiri. Saya pun tak sangka Abang Shahrulezad akan gunakan idea tersebut.
“Saya cuma ingin membantu pengarah kerana dia tak pernah berkahwin. Jadi, dia pun tanya tentang isu-isu remeh yang selalu buat pasangan rumah tangga bergaduh,” kongsinya lagi
Nad berkata sedemikian ketika ditemui dimajlis sidang media drama Cina Buta yang berlangsung di ibu kota pada Jumaat.
Bercakap mengenai imej terkininya yang tampil anggun berhijab, ibu kepada dua orang cahaya mata ini berharap agar semua pihak dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Ads
Bagaimanapun, dia tidak boleh mengulas lanjut mengenai hal tersebut kerana masih punya komitmen kerja yang memerlukan dia untuk tidak berhijab.
“Tentang imej saya ketika ini, saya tak boleh nak mengulas panjang. Rasanya cukuplah kalian mendoakan yang terbaik buat saya. Saya masih lagi dalam proses belajar.
“Lagipun, saya punyai dua komitmen kerja yang memerlukan saya untuk tidak bertudung. Apapun, saya gembira dengan apa yang saya pakai sekarang dan berharap dapat teruskan lagi pada masa hadapan,” ujarnya lagi.
Ketika ditanya adakah dia akan lebih selektif dalam soal pemilihan watak selepas ini, Nad memberitahu dia percaya dengan perancangan Allah SWT.
Ads
“Selepas ini, mungkin ada sesetengah produser atau pengarah yang akan berasa sedikit susah untuk memberikan watak andai seseorang pelakon itu dah bertudung.
“Cuma, saya rasa ia tidak akan jadi masalah. Saya tengok pelakon-pelakon lain pun masih diberikan kepercayaan seperti Noor Khiriah. Siap dapat watak antagonis lagi.
“Saya pun masih belajar. Saya pun tak la cepat nak mengatakan tidak. Saya juga tak mahu beri kesukaran kepada pihak produksi. Kita berubah perlahan-lahan,” akhirinya.
Terdahulu, selain Nad, drama arahan Shahrulezad Mohameddin ini turut membariskan ramai pelakon-pelakon hebat antaranya Ungku Ismail, Aliff Aziz, Puteri Aishah, Azhan Rani dan ramai lagi.
Cina Buta bakal menemui penonton bermula 9 November ini pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, di slot Mega Drama Astro Ria (104) atau Astro Go.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek telah ditemubual MH ketika majlis pelancaran koleksi hijab eksklusif The Primadona Series Erra Fazira, pada Khamis.
Selain bercerita mengenai sisi kerjayanya, MH turut bertanyakan perihal didikan dalam hal pemakaian hijab terhadap anak tunggalnya, Engku Aleesya.
“Hijab ini bukan sesuatu yang dipaksa tapi kita kena fahamkan dia, macam Aleesya tak dinafikan saya pernah bertanya Aleesya nak tak pakai tudung,
“Lepas tu dia kata sekarang ke? Aleesya ada menjawab yes I want but not now, so kita menghormatilah tapi tak apa lama-lama kita bagi dorongan kepada dia,
Tambahan lagi, Erra turut berkata dia bukanlah seorang ibu yang suka memaksa anaknya.
Akan tetapi dia akan perlahan-perlahan memberikan nasihat dan dorongan kepada Aleesya dalam mendidik anaknya.
“Saya tak nak lah macam paksa, okey lepas ni you kena pakai tudung tak boleh lah nanti lain jadinya,”kongsi Erra sambil berseloroh.
Terdahulu, Erra diundang khas ke sebuah majlis pelancaran koleksi hijab eksklusif The Primadona Series Erra Fazira yang telah berlangsung di The AmeSoeur, Bukit Jalil.
Ini merupakan sebuah kolaborasi kali pertama oleh syarikat tudung terkenal, SOFEAROSE bersama penyanyi Jendela Hati itu.
Pejam celik, rupanya sudah tiga bulan pelakon Elfira Loy bergelar ibu kepada seorang putera comel.
Mengimbau saat permata sulung, Muhamad Rayyan Khalaf saat dilahirkan, bintang drama Kum Kum berusia 26 tahun itu telah memuat naik video anaknya ketika usianya dua hari.
“Two days old Rayyan Khalaf. I kinda miss bedung him.
“Sekarang ni nak pakaikan diapers pun susah,” tulisnya.
Akui rindu untuk membedung bayinya itu, Elfira kini berdepan dengan situasi yang lebih mencabar apabila bayinya itu sedikit agresif apabila mahu dipakaikan lampin pakai buang.
Terdahulu, Elfira selamat melahirkan Muhamad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober 2019seberat 3.68 kg di Andorra Women & Children Hospital, Seri Kembangan.
Elfira dan Faris Khairol Anuar diijabkabulkan pada 1 Januari 2019 dalam sebuah majlis tertutup.
Foto: Instagram Muhamad Rayyan Khalaf
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Senarai 12 lagu yang layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-37 menyaksikan pertembungan lima pemenang vokal terbaik sepanjang anugerah itu dianjurkan.
Antara yang layak ialah lagu nyanyian dan ciptaan Ernie Zakri berjudul Korban, Marsha (Kembali Terang), Aina Abdul (Terus Hidup), Dayang Nurfaezah & Amir Masdi (Debu) dan Liza Hanim & Shila Amzah (Bahagiakan Dia).
Selain lima lagu itu, tujuh lagu lain yang layak ialah Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar, Satu Malam Di Temasek (Joe Flizzow & Sonaone), Nang (Iman Troye), Mainan (Naim Daniel), Payung Pelangi (Noki & MK K-Clique), Sengsara (Khai Bahar) dan Irama (Shiha Zikir).
Kesemua lagu itu diadili barisan juri profesional iaitu Damien, LY, Azlan Abu Hassan, Jenny Chin, Cikgu Shafi dan Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri.
Menurut Mokhzani, AJL kali ini merupakan antara cabaran terbesar daripada pihak juri untuk memilih memandangkan kesemua 30 lagu yang bertanding memiliki keistimewaan tersendiri.
“Ini muzik-muzik paling sukar untuk pilih 12 lagu untuk mara ke peringkat akhir.
“Sebab semua genre dicampurkan dan untuk beri pengiktirafan kepada semua lagu, kami tak boleh lihat kepada satu-satu genre sahaja.
“Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan pemilihan akhir ini sebab kriteria bukan hanya bersandarkan kepada lagu dan penyanyi semata-mata.
“Lirik dan melodi memainkan peranan besar dan penyanyi pula adalah perantaraannya,” katanya.
Mokhzani ditemui pada sidang media Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada Sabtu.
AJL37 bakal bersiaran secara langsung pada 12 Februari depan di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan selebriti, Syafiq Kyle dan Mimi Lana, akhirnya mengesahkan ikatan perkahwinan mereka apabila berkongsi gambar di atas pelamin, sekali gus menamatkan segala spekulasi mengenai...