Penyanyi dan pelakon bertubuh genit anak kelahiran Ipoh, Perak Amy Mastura merupakan antara selebriti wanita tanah air yang terkenal dengan wajah awet muda dan tak dimamah usia!

Malah, komposer dan pengacara Malaysia yang sentiasa tampil dengan personaliti dan keletahnya yang sarat dengan sense of humor dan bersahaja ini langsung tidak mencerminkan usia sebenarnya yang sudah mencecah 53 tahun.

Pesona dan perwatakan pelantun lagu popular Sha Na Na ini tetap menawan hati setiap peminat seni hingga ke hari ini. Mungkin kerana itu juga, bintang filem Puteri Impian ini sering tampak muda.

 

Asalnya Hanya Sekadar Minat, Akhirnya Tempa Kerjaya Sebagai Anak Seni!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by amy mastura (@amymasturalerr)

Ads

Mendedahkan sisi peribadi kepada media suatu ketika dulu, Amy menjelaskan, “Saya menceburi bidang seni atas dasar minat.

“Kejuaraan di Jepun itu pun tidak disangka. Walaupun bermula sebagai seorang penyanyi, saya masih terima jika lebih dikenali sebagai pelakon kerana kedua-duanya adalah minat saya.

“Sedari awal lagi, saya langsung tidak mempunyai persediaan dan sehingga kini, saya hanya follow the flow.”

Anak-Anak ‘Mentor’ Kecantikan Amy
“Saya Langsung Tiada Persediaan, Hanya Follow The Flow..” – Amy Mastura

Berkongsi kisah bersama anak-anak, Amy Mastura jadikan anak sebagai ‘mentor’ untuk penjagaan kecantikan!

Ads

“Saya tidak ada rutin kecantikan langsung. Sekarang ni saya pula yang minta tip dari Adalia apa yang terbaik untuk kulit. Krim muka dia lebih banyak dari apa yang saya ada.

Saya sendiri tidak mengamalkan apa-apa petua. Dulu sewaktu dalam berpantang, saya cuma ikutkan apa yang diajar. Berpantang sepenuhnya secara tradisional pun tidak, cara moden pun tidak. It’s a mix of everything.

Cuma saya jenis yang tidak suka minum ais. Bukan pantang tapi saya sendiri tak terasa untuk menikmati air ais setiap masa. Mungkin itu juga membantu saya menjaga badan,” katanya.

Ads

Amy Mastura mula mencipta nama sejak menjuarai pertandingan nyanyian, Asia Bagus pada tahun 1993. Dia juga pernah memenangi anugerah Penyanyi Wanita Popular (ABPBH) dan Pelakon Wanita Terbaik (FFM).

Amy Mastura mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Alvin Tham Suffian pada tahun 2000. Mencecah usia perkahwinan 23 tahun, pasangan ini dilihat cukup romantis dan bahagia di samping dua cahaya mata perempuan iaitu Adriana dan Adalia.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber Foto: Instagram Amy Mastura

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI