Meskipun baru beberapa tahun menceburi bidang seni dan boleh dianggap sebagai hijau, pelakon Mierul Aiman mendedahkan dia tidak pernah berhadapan dengan situasi dibuli oleh pelakon senior atau pihak produksi.
Sebaliknya, Mierul mahu berterima kasih kepada semua pelakon-pelakon senior yang pernah bekerjasama dengannya sebelum ini kerana telah memberikan banyak tunjuk ajar dan ilmu tentang dunia lakonan.
“Saya tak pernah melalui pengalaman seperti itu. Pada saya, kita kena tahu untuk beradaptasi dengan budaya kerja sebagai pelakon.
“Dua era berbeza ini sebenarnya saling bantu-membantu untuk diri masing-masing. Mereka kaya dengan pengalaman. Kita kaya dengan tenaga.
“Kalau kita ikatkan kedua-dua faktor ini, ia akan menghasilkan sesuatu yang pastinya akan memberi impak.
“Orang-orang lama dan berpengalaman dalam bidang lakonan ini sememangnya banyak membantu saya dari segi memberikan semangat dan ilmu. Saya memang laparkan perkara itu,” katanya kepada MH.
Juara Hero Remaja 2021 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan bersama episod akhir drama Projek; Exit yang berlangsung di KLCC, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Ads
Ditanya adakah sukar buat pelakon-pelakon baharu ini untuk mendekatkan diri dengan para pelakon senior, Mierul berpandangan cara kerja seseorang itu sangat memainkan peranan.
“Ini bukan fasal pelakon lama atau baharu. Dalam dunia lakonan pun tiada hal seperti itu. Setiap orang yang kita bekerjasama , kita akan diberikan watak yang sudah tertulis di dalam skrip.
“Setiap pelakon akan menjadi segar dalam setiap naskhah yang diberikan. Pada saya, situasi akan menjadi mencabar kalau kita tidak betul-betul teliti.
Ads
“Pada saya, cara kita untuk mengikat jiwa pelakon-pelakon lain ini adalah dengan memberikan yang terbaik terutamanya dalam soal skrip dan memahami naskhah.
“Insya-Allah semuanya akan dipermudahkan ketika penggambaran,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Mierul akui teruja selepas Projek; Exit sekali lagi mencipta sejarah apabila menjadi drama yang mempunyai jomlah tontonan tertinggi bagi siri terbitan Astro Original dan francais ‘Projek’.
Ads
“Tidak lain dan tidak bukan, perasaan saya sangat gembira. Objektif sebagai seorang pelakon, kita kena bawakan watak-watak itu mengikut arahan skrip dan pengarah.
“Bila kita satu tentang kejayaan Projek; Exit yang mencipta satu lagi sejarah, saya percaya segalanya bermula bila kita betul-betul teliti dan memahami skrip.
“Ia secara tidak langsung memberikan saya motivasi untuk terus memberikan kualiti lakonan yang terbaik,” akhirinya.
Terdahulu, dua episod terakhir Projek; Exit kini sudah boleh mula ditonton di platform penstriman Astro Go (On Demand) dan sooka.
Project; Exit juga ditayangkan satu episod setiap minggu di Astro Premier (saluran 110) dan Astro Citra (saluran 108).
Selain Mierul, drama sarat emosi ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Shasha Abedul, Naim Daniel, Kimberly Chuah dan Nabila Huda.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, YM Che Puan Sarimah Ibrahim ada memuat naik statusnya di Twitter perihal warna kulit.
“Tak payahlah nak bash orang yang kulit putih or kulit cerah semata-mata nak mengangkat mereka yang kulit hitam manis. Why they need to bash either?..
“Celebrate all skin beauty.. Sedih bila baca komen yesterday TV Show competition seperti ‘ala kulit putih pun bukannya cantik, pucat etc,” tulis Sarimah.
Serentak dengan itu, ada netizen bersetuju dengan kenyataan yang dikemukan Sarimah itu.
Aduhai, rasanya isu warna kulit tidak perlu dijadikan isu sebab bak kata Sarimah, celebrate all skin beauty. Kita semua cantik dengan cara masing-masing kan?
Foto : Twitter YM Che Puan Sarimah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ibu mertua kepada personaliti versatil, Ifa Raziah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur awal malam tadi kerana tahap kesihatannya yang kian menurun sejak kebelakangan ini, awal malam tadi.
Berita tersebut dimaklumkan bintang yang popular menerusi lagu Ser Ser Ser itu menerusi Instagram miliknya, lengkap dengan sepotong video yang menyaksikan Ifa bersama keluarga sedang berada di perkarangan Zon Kritikal & Kecemasan, Hospital Besar Kuala Lumpur.
Malah, Ifa turut memuat naik perkara sama menerusi Insta Stories.
“Assalamualaikum.. Sesiapa yg mengenali Ibu Mertua Ifa.. Khizan Binti Zain.. beliau skrg dlm keadaan Nazak masih kritikal di ICU HKL.
“Ifa sekeluarga memohon doa2 anda semua semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusannya Aamin . . kpd saudara jauh dan dekat boleh hubungi Abg Yang atau Yani,” tulis Ifa.
Serentak dengan perkongsian usahawan produk Solid Molid itu, rata-rata para peminat mendoakan semuanya dipermudahkan dan tidak kurang yang meminta Ifa sekeluarga supaya tabah, perbanyakkan doa.
Malah, dedikasi sama turut diberikan sahabat dan rakan selebriti lainnya.
Moga Ifa dan keluarga tabah menghadapi ujian dariNnya.
Foto: Instagram Ifa Raziah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sinonim dengan watak antagonis dan gangster, pelakon Adam Corrie mengharapkan selepas ini dia akan mendapat tawaran lakonan yang lari daripada stereotaip tersebut demi melebarkan lagi kebolehan serta bakatnya.
Cukup terkenal dengan watak Dragon menerusi filem KL Gangster, Adam, 54, berkata dia sebenarnya sudah bosan apabila selalu mendapat tawaran watak jahat seperti biasa yang dilihat di kaca televisyen dan filem.
“Asal watak jahat je muka saya. Saya sebenarnya bosan. Kadang-kadang persepsi orang tengok saya ini memang jahatlah. Tolonglah bagi saya watak baik pula.
“Baru-baru ini pun saya dapat tawaran watak jahat juga. Ia watak anggota pasukan beruniform tapi watak antagonis.
“Ada satu lagi itu pun watak jahat… tapi tidak mengapa, saya tetap anggap semua itu adalah rezeki.
“Saya bukanlah terlalu memilih watak tertentu, asalkan saya boleh bawakan watak itu dengan baik dan orang terima, Alhamdulillah,” katanya kepada MH.
Hasrat Adam akhirnya tercapai apabila dia akhirnya ditawarkan watak yang diidamkan menerusi filem seram terbaharu, Bangkitkan Aku Kembali yang akan memulakan penggambarannya Isnin ini.
Menerusi naskhah tersebut, Adam akan melakonkan watak seorang ustaz yang perlu mengubati orang dirasuk.
“Saya nak sangat bawa watak orang baik macam ustaz dan akhirnya saya dapat untuk filem Bangkitkan Aku Kembali.
“Saya memang nak sangat orang nampak saya pun boleh bawa watak berbeza selain antagonis.
“Untuk filem ini nanti, saya diperlukan untuk membaca surah Al-Fatihah sahaja tapi saya bersedia jugalah kalau tiba-tiba pengarah suruh baca suruh Kursi pula ketika dalam set nanti,” katanya.
Bangkitkan Aku Kembali merupakan adaptasi daripada novel judul sama yang ditulis novelis, Sophilea.
Bakal menjalani penggambaran di sekitar Jitra dan Baling, Kedah, filem ini turut dibintangi Amy Nur Tinie, Aishah Azman dan Mustaqim Bahadon dan Jay Iswazir.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!