Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan isterinya, Datin Shahida yang kini hamil empat bulan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami komplikasi pendarahan yang agak teruk.

Khabar mengekutkan itu dimaklumkan sendiri oleh Aliff menerusi sebuah hantaran video di Instagram.

Menurut Aliff, dia sememangnya amat terkejut saat mendengar isterinya menjerit disebabkan pendarahan tersebut.

“Tengah sibuk buat live (sesi siaran langsung), tiba-tiba isteri saya menjerit sakit dan mengalami pendarahan yang banyak.

“Masa ni saya lari macam tak cukup tanah. Saya hanya fikir bayi dan isteri saya,” tulisnya.

Ads

Dalam pada itu, bapa kepada lima orang cahaya mata itu memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan semoga tiada apa-apa yang serius berlaku pada isterinya itu

“Awak saya sedih. Doakan smuanya selamat. Masa ni semua jadi kelam kabut. Sepanjang perjalanan wife saya mengalami pendarahan,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Aliff turut memaklumkan dia terpaksa membatalkan beberapa urusan kerja atas faktor kesihatan isterinya itu.

Ads

“Sepatutnya minggu ini saya ada event perasmian koleksi telekung dan tudung @as.hijabofficial tapi sebab @shahidadherbs mengalami pendarahan saya terpaksa lancarkan secara online sahaja. Inyallah dah sehat nanti kita rasmikan di butik,” kongsinya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut selain turut memberikan kata-kata semangat buat Aliff dan Shahida.

Ads

Sekadar informasi, pada 8 Oktober lalu, MH melaporkan Shahida kini sedang hamil anak keenam.

Terdahulu, pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan telah terlebih dahulu dikurniakan lima orang cahaya mata.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI