Selebriti, Kamal Adli tidak menyangka apabila dia tersenarai bagi dua kategori iaitu kategori Pelawak MeleTOP dan Hos MeleTOP di Anugerah MeleTOP 2019 (AME2019).
Kamal ketika ditemui selepas Malam Eksklusif Memperkenalkan barisan Top 20 AME2019 di program MeleTOP.
“Saya pun tak tahu sebenarnya saya tercalon bagi dua kategori iaitu Pelawak MeleTOP dan Hos MeleTOp. Saya tak sangka saya masuk lagi kategori itu (Pelawak MeleTOP) tahun ni.
“Adakah saya ni lawak orangnya? Tapi saya anggap ni semua rezeki Allah bagi kan untuk dua kategori,” kata Kamal kepada MH.
Bagaimanapun, Kamal mengharapkan bahawa dia tercalon bagi kategori Pelakon MeleTOP, tetapi andaiannya tersasar jauh.
Ads
“Sebenarnya saya nak juga tercalon bagi kategori Pelakon MeleTOP sebab saya dalam bidang lakonan agak lama iaitu selama 10 tahun, tapi lain pulak kategori yang saya dapat,” katanya secara berseloroh.
Menariknya, tahun ini, Kamal tercalon sebagai Hos MeleTOP.
“Kalau macam dulu, saya tercalon sebagai kategori Pelawak MeleTOP dan tak sangka pulak tahun ni ada juga kategori baru iaitu Hos MeleTOP,” kata Kamal terkejut.
Ads
“Kategori Hos MeleTOP adalah perkara baru bagi saya dan ni semua rezeki,” tambah Kamal Lagi.
A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial) on
Di samping itu, peminat turut memberi pujian kepada bintang drama bersiri Puteri Yang Ditukar itu yang kelihatan semakin jelita dan menawan.
Untuk rekod, Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya telah dilahirkan pada 8 Jun 1999 di Kuala Lumpur dan menceburi dalam dunia lakonan seawal usia 16 tahun.
Adik kepada aktres, Fasha Sandha ini juga kian mencuri perhatian dalam dunia lakonan tempatan, seiring barisan pelakon baru popular sedia ada.
Golongan selebriti sentiasa menjadi perhatian ramai dalam setiap apa jua perkara yang dilakukan mereka.
Begitulah situasi yang dialami chef selebriti, Datuk Dr Fazley Yaakob apabila di mendakwa fotonya telah dirakam peminat baru-baru ini.
Perkara tersebut dikongsikan Fazley menerusi Instagram miliknya.
“Saya sedang duduk ditepi pantai teman anak2 swim, tiba2 ada sefamily dtg depan2, tunding2 “Eh artis kan dia?”. Saya senyum. Lepas tu duduk sebelah saya & anak2, curi2 ambil gambar.
“Then ada lgi ahli keluarga dia dtg, dia jerit kuat2 “Wei ada artis lah!”. Rasa mcm kucing dalam sangkar!,” tulis Fazley.
Bagaimanapun, tindakan keluarga itu menjadikan Fazley kurang senang kerana mereka tidak meminta izin untuk merakam foto bersama, sebaliknya merakam foto secara diam-diam.
“Kalau dia minta ambil gambar elok2 saya mesti bagi.. atau tanya dan sapa serta bagi salam saya mesti jawab. Masalahnya masih ada orang yang kurang ‘cara’ apabila bertemu orang lain. Apa nak buat eh?
“Actually saya kemudiannya offer, “Nak ambil gambar ke makcik? Jomlah saya pegangkan camera kita selfie!” Tahu apa dia jawab? “ Maaf ye Fazley, saya tak minat artis2 ni!” Hahahaha luah mati mak telan mati bapak jadinya,” luah penyanyi itu.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memberikan pendapat masing-masing.
Foto : Instagram Fazley Yaakob
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri yang ketika ini berada di China atas urusan kerja ada memuat naik fotonya bersama isteri, Datin Seri Norshahida.
Seperti lazimnya, penyanyi lagu Abang Nak Tegur ini pastinya memberi kapsyen dan entri lucu hingga mendapat perhatian netizen.
Kisahnya, menerusi foto yang dirakam berdua sama isterinya itu, Aliff sengaja posing sambil meletakkan tangan ke bahagian perut isterinya itu.
“Sajee pose tangan mcm tu nak pujuk @shahidadherbs mengandung lagi tahun depan nak baby girl. Tapi kesian dia kata dia dah penat,” tulisnya di Instagram.