Selebriti, Kamal Adli tidak menyangka apabila dia tersenarai bagi dua kategori iaitu kategori Pelawak MeleTOP dan Hos MeleTOP di Anugerah MeleTOP 2019 (AME2019).
Kamal ketika ditemui selepas Malam Eksklusif Memperkenalkan barisan Top 20 AME2019 di program MeleTOP.
“Saya pun tak tahu sebenarnya saya tercalon bagi dua kategori iaitu Pelawak MeleTOP dan Hos MeleTOp. Saya tak sangka saya masuk lagi kategori itu (Pelawak MeleTOP) tahun ni.
“Adakah saya ni lawak orangnya? Tapi saya anggap ni semua rezeki Allah bagi kan untuk dua kategori,” kata Kamal kepada MH.
Bagaimanapun, Kamal mengharapkan bahawa dia tercalon bagi kategori Pelakon MeleTOP, tetapi andaiannya tersasar jauh.
“Sebenarnya saya nak juga tercalon bagi kategori Pelakon MeleTOP sebab saya dalam bidang lakonan agak lama iaitu selama 10 tahun, tapi lain pulak kategori yang saya dapat,” katanya secara berseloroh.
Menariknya, tahun ini, Kamal tercalon sebagai Hos MeleTOP.
“Kalau macam dulu, saya tercalon sebagai kategori Pelawak MeleTOP dan tak sangka pulak tahun ni ada juga kategori baru iaitu Hos MeleTOP,” kata Kamal terkejut.
“Kategori Hos MeleTOP adalah perkara baru bagi saya dan ni semua rezeki,” tambah Kamal Lagi.
Menjelaskan perkara berkenaan, Kamal berasa terharu dan tidak menyangka bahawa kategori tersebut hanyalah berdasarkan satu program sahaja.
“Dua kategori ni sebenarnya berdasarkan program hiburan yang kelakar iaitu Gegar Lawak,” jelas Kamal.
Dalam perkembangan lain, Kamal kini sedang menjalani pengambaran drama terbaru iaitu Boyfriendku Dari…
AME 2019 akan disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad, 21 April 2019.