Categories: Berita

“Saya Lebih Perbanyakkan Lagi Taubat…”- Ditimpa Ujian Sakit, Nora Ariffin Sedar Hidup Hanya Sementara

Share

Penyanyi, Nora Ariffin ada berkongsi berita sedih menerusi laman media sosial Instagram miliknya, baru-baru ini.

Difahamkan penyanyi yang sinonim menerusi lagu Di Persimpangan Dilema telah jatuh sakit dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 46 tahun ini meluahkan rasa syukur atas nikmat yang diberikan meski diuji dengan ujian hidup.

“Sesungguhnya….Terlalu banyak nikmat lain yg Allah beri kepada saya berbanding dengan ujian sekecil ini.

“Allahuakbar……syukur Ya Allah.Ini adalah sekadar ujian kecil. Kerana ujian ini mengingatkan saya bahawa kita ini sangat lemah & rapuh.

"Kerana ujian ini menyebabkan saya sedar, hidup kita mmg sementara.

“Kerana ujian ini….saya sedar semua yg saya punyai hanyalah pinjaman saja.
Kerana ujian ini….saya sedar saya tak bole bergantung & berharap pada sesiapapun.
Kerana ujian ini…saya tahu ini adalah penghapus dosa saya. In Shaa Allah

“Kerana ujian ini…..saya sedar kita hanya mampu merancang, Allah menentu segalanya.

"Kerana ujian ini…..saya sedar kita tak boleh sombong dgn manusia apatah lagi lagi dgn Allah. Dan….akhir sekali..

“SYUKUR ALHAMDULILLAH….Kerana ujian ini…..saya lebih perbanyakkan lagi taubat saya dan ISTIGFAR.Allahuakbar…Syukur Ya Allah….diatas ujian ini.Sesungguhnya segala puji hanya bagi Allah. Semoga Allah ampunkan dosa- dosa kita semua,” tulisnya panjang lebar.

Dalam pada itu, peminat dan rakan selebriti turut mendoakan agar Nora diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan.

Foto: Instagram Nora Ariffin

Published by
Nazar Rafiqhi Zaberi