Media sosial hari ini diibaratkan seperti teman rapat kita dalam menjalani kehidupan harian. Disitulah tempat untuk meluahkan bicara hati, disitu jualah ruang untuk berkongsi momen indah dan tidak kurang juga, platform untuk menunjukkan sisi kecantikan diri dan kejayaan karier.
Pun begitu, biarpun ia dilihat sebagai banyak kelebihannya, masih tercalit kekurangan dalam menggunakan media sosial. Mengejar definisi kesempurnaan barangkali sudah menjadi gaya hidup manusia pada hari ini untuk mendapat sebakul pujian juga untuk mengaut bilangan pengikut yang ramai. Adakah ia relevan sehingga ada yang sanggup mengambil risiko untuk kekal sempurna di laman sosial?
Sudut Pandang Wany Hasrita Tentang ‘Sempurna’ Di Media Sosial
Berbicara mengenai isu ini, NONA menemu bual penyanyi muda yang semakin rancak melakar nama dalam industri muzik tempatan, Wany Hasrita tentang perspektifnya mengenai kesempurnaan di laman sosial.
Ads
Menurut Wany, walaupun sebagai seorang selebriti, dia tidak memandang laman sosial sebagai ruang untuk tampil sempurna. Akur dengan corak gaya hidup kini yang rakus mengejar label kesempurnaan, baginya, ia bukanlah sebuah perkara yang harus difokuskan ketika menggunakan laman sosial.
“Sebenarnya, kita memiliki pilihan untuk mencorakkan laman sosial kita sendiri. Seperti saya, saya lebih senang untuk berkongsi perkara yang patut dikongsikan di laman sosial. Contohnya perihal kerja dan ada kalanya mengenai aktiviti harian. Namun harus diingat, bukanlah semuanya harus dikongsi.
Tukar Kesempurnaan Menjadi Positiviti
Ads
Tambahnya,kita tidak perlu untuk tampil sempurna di laman sosial. Malah lebih pentingkan kepada positiviti.
“Apa kata kita ketepikan dahulu soal kesempurnaan itu. Fokuskan kepada nilai positif ketika menggunakan platform laman sosial. Pelbagai jenis bentuk dan fungsi media sosial yang wujud pada hari ini. Oleh itu, gunakanlah dengan sebaik mungkin untuk sebarkan nilai positiviti kepada semua.
Ads
“Simpankan sedikit privasi hidup anda untuk memberi kebaikan kepada diri sendiri. Harus menjadi lebih bijak supaya laman sosial yang kita miliki, digunakan dengan cara yang betul dan penuh manfaat,” kongsinya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pelakon dan penyanyi, Adibah Noor ada memuat naik sekeping foto sedang menjalani rawatan susulan gangguan saraf muka, Bell’s Palsy yang dialami pada bahagian kiri wajah.
Kongsi penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini, dia kini sedang dalam proses pemulihan daripada penyakit berkenaan.
Perkongsian tersebut dibuat Adibah menerusi satu entri di Instagram buat tatapan umum.
Pelakon, Hairul Azreen berkongsi berita gembira apabila memaklumkan ibunya, Habsah Desa kini sudah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di sebuah hospital swasta.
Malah, status kesihatannya juga bertambah baik.
Lalu, pelakon filem Paskal ini turut meluahkan rasa syukur kerana ramai yang mengambil berat tentang kesihatan ibunya.
Selain itu, ada juga yang berkongsi tips untuk menangani penyakit strok.
Pada masa sama, bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada peminat yang mendoakan.
“Alhamdulilah Mak dah boleh keluar, btw thank you ramai yang doakan mak saya cepat sembuh Alhamdulilah dgn izin Allah selepas 5 hari mak saya sihat & boleh bawa keluar,
“thank you dm saya pasal urut , ubat2 dan supplement utk stroke saya sangat hargai.
“Love guys yang semua ambil berat pasal family saya,” tulisnya.
Penyanyi dan pelakon Faradhiya mengakui timbul perasaan takut untuk melangkah ke alam perkahwinan susulan pendedahan cerita mengenai kisah kecurangan serta keganasan rumah tangga yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.
Enggan fikirannya ‘dibebani’ dengan isu tersebut, Faradhiya atau Faradhiya Mohd Amin, 39, mengambil keputusan untuk tidak terlalu aktif dalam media sosial bagi mengelak membaca berita-berita sebegitu.
“Bila baca kisah-kisah keganasan rumah tangga, memang emosi saya akan terganggu. Bagaimanalah saya nak berkahwin nanti?
“Saya takut jika terkena pada diri sendiri. Sepatutnya untuk para suami, jika sudah ambil anak orang secara elok, jika mahu dipulangkan semula pun biarlah dengan cara elok.
“Ini tidak.. ada yang sampai memukul hingga membunuh. Saya rasa seram. Apa nak jadi dengan dunia ini?”
“Disebabkan itu, saya akui sekarang memang kurang ‘bermain’ media sosial. Saya banyak mengikuti berita yang sejak akhir-akhir ini melaporkan kisah yang tidak seronok untuk dibaca.
“Sebagai contoh kemalangan dan keganasan rumah tangga. Bila baca berita-berita sebegitu, saya berasa agak tertekan. Emosi jadi terganggu. Saya pun tidak tahu kenapa,” katanya.
Terdahulu, menerusi laporan media, penyanyi lagu Bertakhta Di Hati ini pernah memberitahu dirinya belum lagi mendirikan rumah tangga kerana kebanyakan lelaki yang ingin mendekati dirinya berstatus suami orang.
Selebriti berdarah kacukan Melayu- Inggeris itu kekal berpegang pada prinsip untuk tidak akan berkahwin dengan suami orang dan akan menolak awal-awal sekiranya disunting untuk menjadi isteri kedua.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Eyka Farhana mengesahkan dia bakal melangkah ke fasa baharu dalam kehidupannya apabila akan melangsungkan pernikahan bersama pemain bola sepak Terengganu FC (TFC), Akhyar...