Susulan ramai yang mengkritik dan mempersoalkan mengenai seksualitinya hanya kerana caranya mengekspressikan fesyen, penyanyi dan pempengaruh, Agy menegaskan dia tidak pernah terdetik untuk mengubah jantinanya itu.
Menurut Agy atau nama sebenarnya, Muhammad Affizy Mohd Khairy, mungkin disebabkan bentuk wajahnya yang agak unik membuatkan ramai yang berasa keliru.
“Perkara ini timbul mungkin disebabkan dahulu rambut saya pendek. Kini rambut sudah panjang dan nampak agak feminin. Ada istilah untuk wajah saya iaitu ‘androgynous’.
“Ada tak boleh nak salahkan saya kerana punyai wajah seperti ini. Saya tak pernah ubah dan ni wajah asli. Kalau nak kata fasal bersolek, ramai lelaki yang bersolek sekarang.
“Mungkin disebabkan feature saya ini kelihatan seperti diantara lelaki dan perempuan, orang jadi keliru. Namun, jujur saya katakan, saya tak pernah ada niat nak jadi perempuan,” katanya kepada MH.
Agy berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media dan tayangan perdana muzik video lagu terbaharunya yang berjudul Unos Dos Tres di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Ads
Pada masa sama, Agy menyifatkan setiap
orang mempunyai pandangan yang tersendiri dan dia tidak boleh mengawal perkara tersebut.
“Saya adalah lelaki. Cuma personaliti saya seperti ini. Saya harap orang ramai boleh terima saya seadanya. Takkan la saya nak kena buat pembedahan untuk tanam jambang atau ubah bentuk muka.
“Ini semua soal penerimaan masing-masing. Ada sahaja perempuan yang muka seperti lelaki.
“Pada saya, isu ini mudah sahaja cuma netizen yang suka cari kesalahan. Saya diam sahajalah,” ujarnya lagi.
Ditanya adakah dia pernah berasa tersinggung dengan komen-komen negatif lebih-lebih lagi bila ada yang menggelarkannya sebagai ‘pondan’, ini reaksi Agy;
Ads
“Saya tak terasa langsung tapi ia membuatkan ibu bapa dan keluarga saya terasa. Umur saya sudah pun 30 tahun, takkanlah baru nak jadi pondan.
“Namun, bila kita bercakap tentang fesyen, ramai sahaja fesyen lelaki yang lebih kurang dengan saya. Cuma feature mereka jelas lelaki.
“Mungkin ini rezeki saya dapat feature yang unik. Jadi, saya kena terima diri saya dan buat sahaja apa yang saya nak. Sebab itulah saya keluarkan lagu ‘Unos Dos Tres’. Ia melambangkan diri saya,” kongsinya lagi.
Ads
Mengulas mengenai single terbaharunya yang berjudul Unos Dos Tres, Agy menyifatkan ia merupakan kemunculan semula buat dirinya apabila sebelum ini pernah menceburkan diri dalam bidang muzik.
“Sebelum Agy dikenali, nama pentas saya adalah Affizy Khairy. Saya sebenarnya bukan bermula sebagai influencer tetapi sebagai penyanyi.
“Mungkin ketika itu bukan rezeki saya lagi. Jadi, apabila diberikan rezeki dengan pelbagai pendedahan selepas bergelar influencer, ia membuka ruang untuk saya kembali menyanyi.
“Lagu ini tentang menjadi diri sendiri, tampil berbeza, unik dan mencari keyakinan,” akhirinya.
Karya ciptaan komposer Mas Dewangga dan Jova Devito itu kini boleh didengari di seluruh platform penstriman manakala muzik video pula baru sahaja dilancarkan di platform Youtube pada Jumaat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Anzalna Nasir kali ini menyambut ulang tahun kedua anak lelakinya, Mohamad Eidrees bersama anak-anak yatim dan asnaf dari Rumah Anak-Anak Yatim Nur Qaseh.
Anzalna berkongsi beberapa buah video sambutan ulang tahun yang dilakukan secara ‘online’ itu menerusi Instagram.
“Sambutan hari jadi Eidrees. Tahun ni menyambut birthday Eidress bersama anak-anak yatim/asnaf tapi kami hanya boleh join melalui online sahaja.
“Terima kasih anak-anak mendoakan untuk Eidrees. Hope to see you all soon. Sayang semua! Thank you kak Ros di atas kerjasama untuk menjayakan sambutan birthday Eidrees,” tulisnya.
Malah, Anzalna sebelum ini turut berkongsi beberapa momen bahagia sebelum bersalinkan Eidress menerusi Insta Story miliknya.
Sementara itu meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji cara Anzalna meraikan hari jadi anaknya dalam penuh kesyukuran.
Kisah pergolakan rumah tangga melibatkan aktor Hafidz Roshdi serta insiden menumbuk isteri, Nur Shuhada Mat Shukri terus hangat diperkatakan dalam kalangan netizen.
Pelakon Sharnaaz Ahmad tidak ketinggalan memberikan kata-kata pesanan buat rakan selebritinya serta mengharapkan Hafidz cepat sembuh dan kembali membetulkan kesilapan yang dilakukan.
“Nota buat Hafidz.. sahabat, dunia ni kadang-kadang pelik. Allah tengah uji awak dan keluarga.
“Stay strong buat awak dan isteri.Cepat-cepat sembuh dan kembali perbetulkan mana yang longgar dan silap.
“You can get through this brother,” tulis Sharnaaz dalam perkongsian Insta Story.
Dalam posting itu juga, Sharnaaz, 38, mengharapkan agar tidak ada mana-mana pengikut Instagramnya cuba untuk ‘melaga-lagakan’ lagi permasalahan yang sudah sedia menimpa pasangan tersebut.
“2.1 juta yang follow aku ni, tolonglah jangan mencurah minyak pada api.Semoga dia kembali sihat dan isterinya kembali mencari kebahagiaan walau bukan bersama dia.
“Cuba ambil yang positif.. tak cukup ke negatif dalam harian kita?” soal Sharnaaz.
Terdahulu, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu telah memerintahkan Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.
Hafidz, 29, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menumbuk pipi kiri isterinya sebanyak tiga kali hingga luka dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya pada 2 Mac lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!