Sejak semalam, tular di media sosial mengenai sebuah video melibatkan seorang gadis yang didakwa telah mengkritik bakat penyanyi, Nabila Razali.
Jelas gadis tersebut, Nabila difahamkan telah menjalani kelas vokal selama lebih setahun untuk memperbaiki nyanyiannya bagi lagu Peluang Kedua, namun hasilnya seolah-olah sama.
Malah dia juga turut membandingkan bakat yang dimiliki Nabila dengan penyanyi lagenda, seniwati Puan Sri Saloma.
Video yang tular dilaman Twitter itu nyata mendapat perhatian daripada ramai pihak termasuklah Nabila sendiri.
Hmm. I do realised my weaknesses & my flaws, Some people take a longer time to learn something. We are born differently. Embrace your strength & weakness. But don’t put down others just because you are better than them.Most importantly, TRUST THE PROCESS &have faith. InshaAllah. https://t.co/mcXy1GvEO9
— Second Chance 🥀🥀🥀 (@_nabilarazali) April 28, 2021
Menerusi perkongsian di Instagram stories, Nabila dilihat ada memberikan reaksinya berhubung isu berkenaan.
Jelas Nabila, dia sendiri tidak tahu apa motif sebenar gadis tersebut namum dia menyifatkan setiap orang mempunyai kebolehan yang berbeza.
“Ada orang hantar video ini kepada saya. Pertama sekali, saya tidak tahu apa niat perempuan ini untuk memuat naik video berkenaan.
“Saya selalunya abaikan sahaja konten-konten seperti ini. Tetapi kali ini saya perlu jelaskan mengenai beberapa perkara.
“Saya sedar akan kelemahan dan kekurangan saya. Ye memang benar, sesetengah orang perlukan masa yang lama untuk belajar sesuatu.
“Apapun, kita semua telah dilahirkan berbeza. Keluarga berbeza, sekolah berbeza dan kebolehan masing-masing juga berbeza. Kita kena terima kekuatan dan kelemahan kita,” tulisnya.
Dalam pada itu, bintang kelahiran Akademi Fantasia (AF) 2013 ini turut memaklumkan dirinya sentiasa percaya dengan proses pembelajaran yang sedang dilaluinya ketika ini.
“Tapi jangan sesekali kita menjatuhkan orang lain untuk merasakan diri lebih bagus. Sokonglah mereka. Bangkit bersama.
“Bagi kritikan yang membina dan bukan menjatuhkan. Yang paling penting, kita kena percayakan kepada proses tersebut dan berserah kepada Allah,” katanya lagi.
Nabila turut mendedahkan dia telah pun memaafkan perbuatan gadis tersebut selain turut tidak mahu menyimpan perasaan lebih-lebih lagi ketika di bulan yang mulia ini.
“Walau apapun niat gadis tersebut, tak mengapa. Saya maafkan je dia di hari baik bulan baik ni. Saya cuma nak bangkitkan kesedaran supaya kita sama-sama gunakan media sosial dengan berkhemah.
“Sebab kita tak akan tahu yang kata kata kita mungkin boleh memusnahkan impian orang lain. Salam Ramadan dan salam Nuzul Al-Quran.
“Akhir sekali, selalu ingat perkara ini, tiada yang sempurna diantara kita. Yang sempurna hanyalah Dia. Assalamualaikum,” akhirnya.
Sumber: Instagram Nabila Razali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI