Penyanyi Alyah ada menitipkan ucapan bersempena dengan sambutan Hari Raya Korban yang akan diraikan umat Islam di negara ini, esok.

Penyanyi Cintaiku itu turut memohon kemaafan dan mendoakan agar kita semua sentiasa berada di dalam dakapanNya.

“Selamat hari raya aidiladha. Muslimin muslimat, saya mohon kemaafan atas segala salah silap saya dari yg kenal mahu pun yg tak suka saya.

“Dan saya maafkan utk segala fitnah dan umpatan yg diperkatakan selama ini. Kamu juga seperti saya kita manusia. Hari hari buat dosa, semoga kita kekal berusaha utk jadi yg terbaik di mata Allah SWT.

Ads

“Semoga Allah SWT pelihara kita semua dlm kasih sygnya juga rahmatnya. Ampuni segala dosa dosa kita,Tetapkan hati kita kepadanya juga agamanya.

“Kekalkan hati kita utk berbuat baik,beramal baik,berkata yg baik baik juga bersangka baik bila menilai sesuatu pekara.

Ads

“Semoga kita terus bersilaturahim sesama kita dan menjaganya kerana Allah SWT,” tulisnya.

Isteri kepada Datuk Ramli MS ini juga turut meminta ramai agar sentiasa peka dan menjaga SOP (standard operating procedure) berikutan situasi semasa yang berlaku.

Ads

“Kepada sesiapa yg pulang ke kampung, mohon jaga diri masing masing. Amalkan SOP yg di tetapkan demi kebaikan bersama,” akhiri bintang asal Gelang Patah, Johor ini lagi.

View this post on Instagram

Selamat hari raya aidiladha Muslimin muslimat…. Saya mohon kemaafan atas segala salah silap saya dari yg kenal mahu pun yg tak suka saya…😭😭😭 Dan saya maafkan utk segala fitnah dan umpatan yg diperkatakan selama ini.😘😘😘 Kamu juga seperti saya kita manusia.Hari hari buat dosa 👹👹👹 semoga kita kekal berusaha utk jadi yg terbaik dimata Allah swt… Semoga Allah swt pelihara kita semua dlm kasih sygnya juga rahmatnya. Ampuni segala dosa dosa kita,Tetapkan hati kita kepadanya juga agamanya. Kekalkan hati kita utk berbuat baik,beramal baik,berkata yg baik baik juga bersangka baik bila menilai sesuatu pekara. 😘😘😘 Semoga kita terus bersilaturahim sesama kita dan menjaganya kerana Allah swt…. 🕋🕌🕋 Kepada sesiapa yg pulang ke kg. 🚗⛟🛳🚄 mohon jaga diri masing masing Amalkan SOP yg di tetapkan demi kebaikan bersama…

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on

Foto: Instagram Datin Alyah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI