Isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah ada memberikan kenyataannya terkini berhubung isu skandal yang berlaku melibatkan suaminya bersama rakan pelakon, Oktovia Manrose.
Menerusi entri terkini yang dikongsi menerusi Instagram itu, Bella mengakui menerima apa yang berlaku dengan hati terbuka dan menyifatkan apa yang berlaku sebagai ujian.
“Assalammualaikum wbt. Pertama sekali, berkenaan dengan semua yang berlaku Bella terima dengan hati yang terbuka. Dalam hidup ini,selepas ujian adalah ujian. Itulah lumrah alam. Setiap petunjuk yang kita minta kita harus terima dan setiap yang berlaku pasti ada hikmah.
“Dari semasa ke semasa saya terima banyak dm daripada beri kata nasihat, sokongan, dorongan sehinggalah kecaman. Disini saya ingin terangkan, saya bkn secerdik dan sepintar rata rata manusia lain. Saya adalah diri saya. saya juga manusia biasa yang pasti buat kesilapan,” kongsinya.
Bella turut memaklumkan, pandangan setiap orang terhadap apa yang telah dilakukannya mungkin berbeza dan berharap agar apa yang berlaku ini boleh dikadikan iktibar memandangkan ada wanita yang mungkin takut untuk bersuara.
“Seandainya ada segelintir dan mana2 pihak yg mengatakan tentang pendapat mereka soal perkongsian saya berkenaan rumahtangga kelmarin adalah salah, mungkin pandangan setiap manusia lain2 termasuklah saya. Semoga ramai menjadikan ini sbg iktibar kerana ada wanita yang takut untuk bersuara.
“Segala yang baik kita perbaiki jadikan teladan malah yang tidak baik sebagai sempadan. Apa yang saya inginkan buat masa ini adalah ketenangan.
“Saya ada bertanya dgn ustaz, sudah semestinya untuk tenang adalah mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. selain itu akan lebih tenang sekiranya kita lebih memikirkan dan berusaha utk mengubah diri berbanding mengubah orang lain,” tulisnya.
Pada masa sama, Bella turut memaafkan individu yang terlibat dan rasa lega kerana sudah mendapat tahu kebenaran.
“Saya maafkan yg terlibat sbb sy hanya ingin kejujuran. Saya lega bila mendapat tahu kebenaran dan berani bersemuka utk mengaku kesalahan dan meminta maaf. Mmg akan terasa pedih dan terluka.
“Kita semua manusia penuh dgn kesilapan, sebagai manusia hanya maaf yg perlu diungkap tak susah. Drpd menegakkan benang yang basah apabila kesalahan secara terang terangan tetapi tidak mengaku, yg membuatkan saya kecewa dan marah sebab saya sahaja yg tahu kebenaran.
“Ramai yang meminta saya untuk post video, ada juga segelintir mengatakan saya fitnah. Saya tidak akan sesuka hati ikut emosi untuk post tanpa bukti tapi setelah saya fikir adalah lebih baik saya tunjuk kpd keluarga dan yg terlibat sahaja.
“Maaf yg tersinggung dengan cara saya berkongsi masalah ini, tetapi setiap manusia ada pelbagai cara utk meluahkan, mengendalikan, kerana apa jua masalah, kita tak boleh ingin org jadi seperti diri kita mahupun jd diri org lain. Skrg saya perlukan masa dan ketenangan utk berbincang dgn ahli keluarga,” tulis Bella panjang lebar.
Sebelum ini, Bella ada memuat naik beberapa posting yang antara lain turut mendedahkan teks bersama seorang pengguna media sosial yang bertanya sama ada suami dan seorang rakan pelakon lain ada mengunjungi kelab malam bersama.
Bagaimanapun, perkara tersebut dinafikan rakan pelakon wanita terbabit hingga menyebabkan Bella kembali membalas kenyataan tersebut dengan mendakwa dia mempunyai bukti beberapa video berkaitan.
Akhirnya, pelakon wanita itu menyatakan permohonan maaf terhadap Bella dan mengakui khilafnya.
Foto: Instagram Bella Astillah.