Pelakon Chacha Maembong enggan mengulas lanjut mengenai video kontroversi miripnya yang didakwa hanya berbikini di Bali, Indonesia bersama teman-teman baru-baru ini.
Chacha,23, menambah dia tidak mahu isu yang berlaku mengganggu konsentrasi dirinya yang mahu menjaga kakak, Emma Maembong yang dimasukkan ke hospital kerana diserang demam panas dan jangkitan kuman.
“Minta maaf banyak-banyak saya tidak mahu keluarkan apa-apa kenyataan sekarang.
“Buat masa sekarang saya tidak mahu keruhkan lagi keadaan memandangkan Emma masih dalam hospital.
“Sekarang pun saya bergegas mahu ke hospital dan kalau boleh saya mahu fokus menjaga kakak terlebih dahulu.
“Saya memang tak boleh, minta maaf… tak nak jawab fasal perkara tu. Saya biarkan saya dahulu sebab mahu jaga keluarga terlebih dulu buat masa sekarang,” katanya.
Beberapa hari lalu tular beberapa potongan video yang dipercayai telah dimuatnaik menerusi Instastories yang seterusnya viral di media sosial.
Penularan video-video tersebut sekaligus mencetuskan reaksi kurang senang netizen.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
NUR Diangkat Ke Filem Tahun Depan, Pengarah Dalam Dilema Fikir Cara Hidupkan Kembali Watak Ustaz Hamadi
Pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin, mengesahkan drama rantaian popular, Nur, bakal diangkat ke layar perak, tahun hadapan.
Katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian, filem yang diangkat dari drama rantaian popular itu akan diterbitkan oleh syarikat produksi miliknya, Radius One Sdn Bhd dengan kerjasama Primeworks Studios.
“Selepas sekian lama mengarahkan drama untuk siaran televisyen, saya kini bersedia menyahut cabaran menduduki kerusi sutradara filem pula.
“Saya berasakan, inilah masa yang tepat untuk saya berbuat demikian, apatah lagi minat orang ramai terhadap drama yang menemui penonton TV3 selama dua tahun berturut-turut itu masih kuat,” katanya seperti yang dipetik.
Filem tersebut dijangka bakal menjalani penggambaran Mac tahun depan memandangkan salah seorang pelakon utamanya, Amyra Rosli yang baru sahaja mengumumkan mengenai kehamilan anak kedua.
Berkongsi mengenai perjalanan cerita dalam versi filem pula, pengarah terbabit akan mengembangkan cerita daripada kesinambungan Nur musim kedua.
“Tentunya kami berdepan dilema, saat ini, memikirkan cara untuk menghidupkan semula watak Ustaz Hamadi yang mati dalam Nur 2.
“Selain Amyra dan Azhan Rani, kami juga akan mengekalkan barisan pelakon asal seperti Syafiq Kyle, Noorkhiriah dan Azar Azmi,” jelasnya lagi yang turut memberikan aspek skor muzik untuk filem teesebut kepada Amylea Azizan dan Farouk Roman.
Menerusi kerjasama sama sebelum ini, mereka pernah menghasilkan beberapa lagu popular seperti Tak Pernah Hilang, Pudar, Tetap Kamu dan Bimbang.
View this post on InstagramA post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on
Foto: Instagram Syafiq Kyle/Azhan Rani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berhijab Sejak Aidilfitri, Oktovia Manrose Percaya Rezeki – “Selebihnya Saya Harap Terus Istiqamah.”
Pelakon Oktovia Manrose mengakui dia sudah pun berhijab sejak Aidilfitri lalu, namun memilih untuk tidak terlalu menggembar-gemburkan mengenai soal penghijrahannya itu.
Oktovia bagaimanapun mengharapkan agar dirinya kekal istiqamah.
“Sebenarnya, saya segan dan tidak terlalu terbuka berkongsi soal penghijrahan. Saya lakukannya kerana Allah SWT.
“Ya, saya mengesahkan sudah bertudung. Cukuplah komen ringkas, selebihnya saya harap terus istiqamah dalam perjalanan kehidupan baharu ini,” katanya.
Memetik BH Online, Oktovia atau nama sebenarnya, Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman turut bersyukur kerana segala tuntutan kerjaya seni sudah diselesaikan sebelum membulatkan hati untuk bertudung.
“Semua tugasan lakonan sudah diselesaikan. Jadi, saya tidak berhutang lakonan lagi. Jika ada rezeki berlakon, saya terpaksa menangguhkan keinginan ini.
“Saya percaya rezeki Allah luas, insya-Allah. Saya ingin fokus dalam beribadah dan mencari keredaan Allah.
“Saya mahu memberi tumpuan memperbetulkan diri sendiri. Soal kehidupan dunia akan datang kemudian hari,” katanya yang mungkin mempertimbang watak bersesuaian dengan penampilan terbarunya itu.
Sumber, Foto: Berita Harian, Instagram Oktovia Manrose
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kita Buat Baik Pun Orang Mengata, Ini Rezeki Saya,” – Amyra Rosli Bersedia 101% Hadapi Kritikan, Amar Baharin Turut Beri Semangat
Pelakon, Amyra Rosli mendedahkan dirinya sudah pun bersedia untuk berdepan segala kemungkinan yang mendatang, termasuk kritikan setelah diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara baru bagi program popular, Nona.
Menurut Amyra, dia sebolehnya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai hal tersebut, sebaliknya hanya mahu memberikan sepenuh tumpuan untuk menjayakan program ini sebaik mungkin.
“Untuk menerima kecaman, saya sudah bersedia 101%. Saya bukan nak kata saya tak pedulikan komen netizen tetapi kita buat baik pun orang mengata. Ini rezeki saya dan saya akan buat dengan cara saya sendiri.
“Tiada manusia yang sempurna dan cara untuk mengatasi adalah dengan memperbaiki kesilapan. Sekiranya ada pihak yang mengecam kita senyum sahaja. Saya pun dah berusia 30 tahun tiada apa lagi yang perlu saya takutkan,” katanya kepada MH.
Ibu kepada dua orang anak itu berkata sedemikian dalam satu temu ramahnya, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Amyra turut memaklumkan suaminya yang juga merupakan pelakon, Amar Baharin turut gembira selepas mengetahui mengenai tawaran tersebut.
“Amar happy je. Dia suka tengok perjalan karier saya berkembang. Dia sangat menyokong saya. Bila saya dah dapat jadi pengacara Nona ni, dia banyak beri semangat kepada saya.
“Dia tahu isteri dia ni cepat gementar. Bila saya buat latihan seperti teknik melontarkan vokal, dialah yang paling dekat dan banyak memberikan respon untuk saya tahu kelemahan saya,” jelasnya lagi.
Ditanya mengenai harapannya selaku pengacara baru program, Ini reaksi yang diberikan oleh Amyra.
“Saya berharap agar Nona terus menjadi pemangkit semangat buat masyarakat di luar sana khususnya buat para wanita di Malaysia.
“Untuk diri saya sendiri pula, saya ingin memanjatkan rasa syukur sebab saya merupakan antara yang terpilih dan bertuah menjadi salah seorang pengacara Nona yang punyai nama besar dalam negara ni.
“Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh team Media Prima kerana beri kepercayaan ini kepada saya,” akhirinya.
Sekadar informasi, Amyra bakal menggantikan pengacara terdahulu yang juga merupakan pelakon, Mira Filzah yang sudah pun berkhidmat hampir empat tahun bersama program tersebut.
Amyra dan Mira bakal membuat kemunculan istimewa dalam episod terbaru Nona yang bakal bersiaran pada 8 Ogos depan.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI