Isu ‘conservatorship’ Britney Spears semakin hangat dan masih lagi berjalan setelah bintang terkenal itu mula lantang mempertahankan dirinya. Dalam laporan terkini, permohonan Britney Spears untuk menukar peguam, Sam Ingham yang diberikan kepadanya pada tahun 2008 oleh mahkamah telah dibenarkan oleh hakim. Dia memilih bekas pendakwa persekutuan, Matthew Rosengart sebagai peguam barunya.

Dalam sesi mahkamah pada 23 Jun lalu, menurut ibu kepada dua anak ini, “Peguam saya Sam Ingham sangat takut sekiranya saya ke depan dan bersuara. Katanya jika saya bersuara, saya terlalu banyak bekerja. Dia memberitahu saya bahawa lebih baik jika perkara ini disimpan kepada diri sendiri.”

“Saya Mahu Membuat Tuduhan Dan Siasatan Dijalankan Terhadap Ayah Saya,” – Britney Spears Mahu Jamie Spears Disabit Kesalahan Ekoran Penyalahgunaan Status ‘Conservatorship’
Sumber gambar: e!online

Terbaharu, dalam kekenyataan mahkamah pada Rabu, 14 Julai pula, Britney telah memberitahu hakim bahawa dia mahu bapanya didakwa atas kesalahan penyalahgunaan status sebagai ‘conservator’. Jelasnya, “Saya di sini untuk menyingkirkan ayah saya dan mendakwanya dengan penyalahgunaan ‘conservatorship’. ‘Conservatorship’ ini telah memberikan peluang kepadanya memusnahkan hidup saya.

Ads

BACA JUGA: “Selama Ini Saya Pura-Pura Gembira,” – Dipaksa Guna Alat Cegah Kehamilan, Britney Spears Mahu Kehidupannya Kembali

Ads

Selain itu pelantun lagu popular Baby One More Time ini turut berkongsi yang dia sangat takutkan ayahnya. Isu ini telah berulang kali terjadi dan ia bermula beberapa tahun lalu sejak ibu bapanya meninggalkannya sendirian di treler mereka beberapa kali seminggu. Dia sangat takut jika ayahnya muncul dalam keadaan mabuk dan memalukannya.

Ads
“Saya Mahu Membuat Tuduhan Dan Siasatan Dijalankan Terhadap Ayah Saya,” – Britney Spears Mahu Jamie Spears Disabit Kesalahan Ekoran Penyalahgunaan Status ‘Conservatorship’
Bahagia bersama kekasihnya, Sam Asghari

Sepanjang berada dibawah ‘penjagaan’ ayahnya itu, Britney telah dikawal dengan ketat dari semua aspek kehidupan termasukkan pemakanannya dan dia bekerja 70 jam seminggu. Katanya lagi, “Gol mereka adalah untuk membuat saya jadi gila, dan saya bukan. Perkara ini tidak OK.”

Sumber: nbc news

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI